Monday, 28 November 2016

Random Rants #4

It's that filler post again when you are in the state of I'm not ready to post any completed entry yet! lol! Ingat anime saja ada filler episode? Blog aku pun ada! Not that I'm gaining anything from this. *sedih*


#1 Starting last year, how do I say this.. was the last year yang aku macam full force makan Sushi King secara rakus dan tidak berfikir panjang. Maksudnya kalau aku nak makan sushi aku tak berfikir panjang pasal budget ke apa aku akan terus pergi ke outlet Sushi King berhampiran dan melantak tanpa melihat warna pinggan lagi. Apa? Plate Purple berharga RM6+? *sambil ambik secara angkuh dekat kaiten sushi disebelah* Sedap rasanya? AMBIK LAGI PLATE PURPLE ITU B*TCH TANPA RAGU! Walaupun at the end ko akan merana apabila melihat total bil semua. 

And what like after a year or soo aku macam dah meluat tengok sushi bila hampir semua jenis aku dah rasa berulang kali. Rasa meluat sampai ke tahap pandang pun tak mahu dah. Then pada masa tu aku start rasa adventurous sikit nak makan sushi dengan wasabi. FYI aku memang tak makan wasabi sebab bau dia macam tengik dekat hidung dan warnanya macam hijau pelesu versi chemical kilang lantas menghalang naluri aku nak merasa benda tu at the first place. Tapi lepas dah rasa secara tak sengaja (eh, kata adventurous tadi) it was UH-MAZING~! New flavour unlocked!

Rasa meluat nak makan sushi terus hilang 100%. It's like tasting sushi for the first time! Dia sekarang kalau makan sushi mesti tak sah kalau takde wasabi lepas tu selagi tak terasa wasabi tu keluar dekat hidung sampai otak sakit selagi tu tak sah. I'm officially obsess. Sekarang tak tau 6 bulan lagi lepas tu datang meluat balik gamaknya kena fly pergi Jepun kena rasa yang authentic punya dulu baru macam "Ohmigosh! I'm in love~!". #CintaSushiYangSuci

This reminds me greatly yang macam semakin kita berusia semakin banyak benda yang kita tak suka makan dulu sekarang dah boleh makan. Or is it me alone? Contoh macam dulu dalam list makanan dibenci *buka list parchment sepanjang 10 inchi* ialah terung, taugeh, WASABI, air jagung adalah macam no no kalau boleh elak. Tapi sekarang macam dah boleh makan selamba. This is magnificent isn't it?

#2 If you are following my InstaBahagia atau nama klise dia Instagram mesti dah tau aku sekarang dekat buku volume 6 dalam siri Harry Potter (HP). Bila dah nak dekat penamat ni makin slooow rasanya nak habiskan. Rasa sayang. And I still don't reach the part where Dumbledore is dead. Sebab part Sirius Black mati pun aku macam ni necessary ke? Perlu ke dia mati? J.K. Rowling are you sure? 

And I'm thinking to make some sort of HP mini series on this blog macam nak cerca ke mengarut ke fan-boying ke bagai dalam entry. Do you want me to do it? Do you want me to ramble about why I like Bellatrix Lestrange (!!) or the love story between Ron dengan Hermione rasa macam awkward dan terpaksa? DO YOU?!

Dan bila bercakap pasal HP ehem, aku tak boleh lah macam nak buat-buat lupa yang aku hutang satu entry pasal Fantastic Beasts and Where To Find Them (FB). I know, I know I'm becoming lazy again to write about something lengthy. Tapi another main reason yang aku macam 'reluctant' or could I say 'preoccupied' to write sebab I don't feel quite good about the movie. So, why do I want to write it in the first place. Tbh sebelum tu aku nak confess I'm not a big fan of HP Movie Universe. Don't get me wrong, I love the series but only with the books. Ok, boleh start bash. There are reasons for this and maybe kalau aku rasa nak cerita aku cerita lah tapi kembali ke topik asal I don't feel like writing it up, yet. I'm hoping something different disebabkan watak utama dia adalah adult and maybe we can see more tapi hurrmm.. it was moderately ok.

#3 Ok, I'm done bebel pasal Pokemon Sun & Moon for the whole last week sampai semua orang meluat mungkin next one akan keluar pada tahun depan. Itupun mungkin pasal review or impression aku pasal game tu lepas habis main. Currently aku dekat island 2 (out of 5) sampaikan ada yang cerca kata slownya aku main. And I was like... I'm trying to appreciate it ok, so I'm going to play it slow and easy while bonding with my Pokemon. (Secara tak sengaja aku cerita pasal Pokemon lagi kan?boleh start bash lagi).

But speaking about game generally, currently i'm playing Luigi's Mansion Dark Moon together with Pokemon Moon. Hectic gila ko macam mana nak bahagikan masa and I wish that we human do not need to sleep like 8 hours per day so that I can play all these games. *sigh* It is a surprisingly a great game. I'm literally having fun playing it and somehow I wish, I wish that I could show it to you guys my gameplay in video format. 

I've rant about this on Twitter on how leceh it is to record it unless you got some special device or you need to buy another set of modified Nintendo 3DS that able to connect to your PC. Leceh kan? and it is costly too. That make me thinking that I could record it using my old digital camera. But again, aku rasa I've lost the camera's monopod (lenguh lah ko nak hold dua benda. Camera sebelah tangan, main lagi sebelah tangan. Kejung tangan) and you are advisable to record it in dark environment to get decent quality of videos. Which means nigh time. Oh God. Night time. 

Tu belum masuk insecurity bila tengok recording sendiri siap persoal kenapa suara aku garik semacam ni? GARIK BETUL! Malu rasanya. lol. And I was thinking one day, kalau dah bunyi garik tu garik lah lah, embrace it!! KAH KAH. WTF! But let's see how this one goes.

#4 So aku ada nampak one of my favourite Youtuber ada buat video khas untuk KitKat. And I was like "YASSSS!" but then I found out that ada orang nampak video diorang buat tasting satu perisa KitKat yang rasanya macam acah-acah main je, tak panjang mana pun. Lepas tau tak orang tu buat apa? Siap hantar satu package penuh pelbagai perisa KitKat didalamnya lepas tu boleh buat review.

*TRIGGERED*

Aku yang dah buat at least 2 entry yang PANJANG LEBAR pasal KitKat, investing hours of my precious time researching about this, takde pulak orang nak hantar dekat aku KitKat untuk dirasa. WHY YOU? WHY! Lepas tu baru perasan yang ko tu blogger sendu views pun ntah sehari satu orang baca compare pulak dengan diorang yang berjuta followers, apa masalah ko, dik?

FOIINE! *mula mempersoalkan kehidupan*

Friday, 18 November 2016

Pokemon Sun & Moon Hype #3: The Demo

Mungkin ini adalah entry terakhir untuk Pokemon Sun & Moon sebelum aku publish kan full review game ni which is by now you guys might know that I'm buying the Moon version. Dan entry tersebut mungkin akan aku publish lepas aku habis main 'main story' dia which is basically might taking up like 2-3 weeks or more. Ini adalah perkara normal sebab kalau review album pun aku selalu ambil masa lama nak buat sebab nak feel betul-betul bukan sekali dengar terus dah kasi kata putus. This goes the same with games.

Masa post ni keluar mungkin aku dah beli Pokemon Moon dan tengah enjoy main sampai lupa makan dan tidur. Biarkan diri aku pada waktu sekarang tu main. Pedulikan dia. Sekarang aku yang masa lampau ni nak bagi impression semasa aku main demo game yang Nintendo bermurah hati bagi player download dan main acah bagi sedikit taste bagaimana rasanya main Pokemon Sun & Moon.



Seperti yang korang tahu bila dah disebut demo, memang kandungan dia limited gila semua benda ko tak boleh buat. Banyak access route kena tutup, pokemon tak boleh tangkap dan sebagainya. Stress!!

But you still manage to do some things and here are my observation:
  • Fungsi 3D langsung tak ada, maybe nanti saiz demo akan jadi besar sangat hence the reason. And the frame quality is quite poor. Yet again mungkin ni jadinya bila game dah compress dan senang untuk didwonload.
  • Masa mula main, akan diberi sekor Pokemon, Ash-Greninja. Katak ninja yang lately ni populariti dia semakin meningkat naik Pikachu haruslah berasa risau takut-takut maskot Pokemon akan ditukar. lol. Dan Pokemon ni boleh ditransfer ke full game nanti konon macam special appreciation gift sebab ko akhirnya terperangkap dan beli full game. Ash-Greninja ni quite rare sebab dalam game biasa ko akan dapat Greninja biasa saja. Dia hanya wujud dalam dunia anime sahaja. Jadi macam special lah bila ko ada menatang kata biru ni.
Source: Serebii
  • First time jumpa villain group iaitu Team Skull (Sama macam Team Rocket tapi misi jahat yang berbeza) and they are so interesting and unique! Aku tak boleh berenti senyum/cringe tengok perangai BBNU ahli Team Skull ni. Maybe this might be my favourite villain team after all. Watch the video below to see the BBNU-ness.
  • The music is goood! The battle music especially, boleh rasa urgency nak battle tu. Background music for town and some areas are also good, Game Pokemon normally memang best music game dia. Tak pernah kecewa.
  • While fighting, masa nak pilih attack yang mana, akan ada satu note tulis mana satu attack yang effective mana satu yang tak effective which is for me is a good addition in the game. Selain tu kalau nak tengok summary sesuatu jenis serangan masa battle tengah berjalan pun boleh. Bagus untuk casual player yang tak ada masa nak hafal type mana satu attack berkesan lawan dengan sekian type. But competitive player might find this feature annoying.

  • Aku ada jumpa Pikipek, Pikachu, Jangmo-o, Hakama-O, Rockruff, Yungoos sepanjang demo ni berlangsung. Limited Pokemon lah senang cerita.
  • You get to ride Tauros. Love this function tho. Plus in the full game boleh menunggang, terbang, berenang dengan macam-macam lagi Pokemon macam Charizard etc.
  • The camera angle is good. Bila ko lalu certain area dia akan zoom ataupun pusing ke kiri sikit. Tak bosan sebab akan ada view dari pelbagai arah.
Overall aku enjoy main demo game ni but it was quite short. Lepas dah habis main semua ko macam..


Now let's hope that the full game will be good. And please story line jangan klise dan predictable sangat.

Wednesday, 16 November 2016

Pokemon Sun & Moon Hype #2: The Content

Based from previous entry I've told you guys that Pokemon Official Channel has released tons of teasers including some facts, information about new Pokemon or their new abilities and it's impossible for me to cover and review the whole thing one by one. Dah terlambat! So I'm going touch on things that I'm interested enough ataupun yang aku rasa penting untuk kita semua tahu.

Rasanya game Pokemon Sun & Moon (S&M) kali ni banyak perubahan dan tambahan baru yang GameFreak masukkan. AND I'M NOT COMPLAINING!! Teringat masa dulu baru masa baru ura-ura nak promote Pokemon S&M, feature pertama yang dia bagi tau ialah penambahan 2 bahasa baru iaitu Traditional and Simplified Chinese! No more language barrier!


Memang minta dicerca oleh masyarakat umum benda-benda macam gini! Sepatutnya tak payah fokus pun nak bagi tau option ni. Haha. Tetapi semuanya dilupakan bila design 3 Pokemon Starter telah diumumkan.

#THE STARTER

People went craaaazy bila Rowlet, Litten dan Popplio diperkenalkan dan bermula lah penyakit asabiyah menular dalam hati hitam masing-masing. Siapa paling cute, siapa paling femes dan tidak dilupai kecaman hebat terhadap Popplio yang dikatakan menyerupai singa laut berhidungkan badut ditambah pula namanya seakan nama penyakit Polio.


And believe me that their final evolution cool gila I can't brain this. Even Popplio pun jadi cantik ko jangan memain. Sekarang aku dilema nak pilih yang mana satu. Cuma satu lah, aku pun macam pelik kalau  rupa cantik macam tu kalau jantina jantan pun rupa macam tu juga ke? Tak rasa macam pelik ke? Kalau macam masuk musim mengawan macam lagi tak pelik ke? Wait, what??! Don't even start with Incineroar.


#MAP

Aloha region is literally inspired by Hawaii Island. Walaupun aku rasa macam pilihan lokasi tropikal ni tak jadi masalah buat aku, plus dia nampak cantik, cuma saiz map dia macam nampak kecik. Maksud aku dia punya kecik takut setiap pulau tu macam kalau ko explore secara rakus dalam sejam dua dah habis. Nanti cepat lah game habis bukan? And I'm hoping for some surprise element later on konon-konon ada fifth island muncul from deep sea ke ataupun ada hidden island somewhere ke as we progress in the game. I need drama/plot twist in this even when you are playing a RPG game!



#ALOHAN TYPE

Antara satu kejutan yang membuatkan orang terkaget sebentar ialah pengenalan kepada Alohan Pokemon. Ingat Exeggutor? Pokemon berbentuk Nanas yang mempunyai 3 wajah yang nescaya kalau buat Pajeri Nanas orang terkejut tetiba ternampak bentuk muka dalam kuah! Well, dekat Aloha Region ada Exeggutor jugak tapi versi lain sikit. 


Tengkuk tak boleh mengalah panjang lagi kan? Sama macam dekat dunia sebenar sebagai contoh ada beruang berbulu coklat, hitam dan putih berbeza mengikut kawasan yang didiami. Sama lah jugak macam dalam dunia Pokemon. Dan bukan Exuggutor sahaja yang ada versi Alola tapi ada Vulpix versi ais, Muk versi Paddle Pop Pelangi, Dugtrio berambut blonde, Persian berwajah Sphera, Rattata debab dan macam-macam lagi. 


Dan apa yang aku perhatikan design Pokemon khusus untuk Aloha region ni mostly semuanya unik dan berwarna-warni. I couldn't express my excited no more.

And look at these birds Pokemon moving!!


#ROTOM POKEDEX

Sebelum kita pergi details kepada Rotom Pokedex, kepada newbies diluar sana Pokedex ialah macam mesin acah kamus electronik Besta tapi lebih sophisticated untuk cari sebarang info pasal Pokemon. Bagi aku Pokedex ni ok lah lagi-lagi kalau nak check dekat mana lokasi nak cari Pokemon sekian-kian ataupun nak tau info untuk certain Pokemon tapi takdelah rasa macam wow hebatnya dia. Tapi dalam Pokemon S&M, Pokedex ni telah dirasuk bukan syaitan tetapi sejenis Pokemon bernama Rotom lantas Pokedex ko yang bosan tu tetiba ada personaliti mulut kepochi. Makanya penggembaraan anda tidak akan sunyi lagi dengan adanya gadget tak boleh berenti cakap.


Let's just hope it's not going to be annoying sampai rasa nak mute.

#ULTRA BEAST

Again another big surprise in this game. Kemunculan Ultra Beast. Ultra Beast ni bukan Pokemon tapi satu entiti yang lain. Alien? Makhluk ghaib? Pokemon experiment gone wrong? Tidak lah kita tahu selagi tak main game ni sampai habis. Their design look super weird and creepy aku literally tak boleh describe Ultra Beast ni apa sebenarnya motif dia nak wujud selain ada aura kejahatan yang pastinya akan mengugat keamanan dunia.


UB-02 Beauty? UB-02 Absorption? Apa kebenda ni? Why their name macam tentera punya id? Why you? Why? So much mysteries!



#Z-MOVE

Z-Move adalah macam bankai dalam dunia Pokemon. Pokemon can use this powerful move to attack and slaaay other Pokemon without mercy. And can I tell you that it is freaking cute move!


Kenapa aku cakap cute ialah sebelum memulakan Z-Move the trainer (kita lah tu) kena macam buat pergerakan khusus sebelum melempiaskan kuasa itu ke seantero dunia. Watch the video above if you don't believe me.

Lepas tu nama attack tak boleh catchy lagi kan?

Pikachu - Catastropika
Rowlett - Bloom Doom
Litten - Inferno Overdrive
etc.

But my favourite is...

Snorlax - Pulverizing Pancake (!!! WAKAKAH)


Dengan semua benda ko tak rasa excited ke nak main? Ni belum lagi aku bebel pasal Pokeride, Poke Refresh, Battle Royale. Tapi cukuplah setakat ini and in the next entry aku akan cerita pasal demo Pokemon S&M yang aku sempat download daripada e-shop.

Monday, 14 November 2016

Pokemon Sun & Moon Hype #1: Intro

Disebabkan minggu ini officially akan keluar Pokemon Sun & Moon (S&M), marked your date guys; 18th November 2016, we will talk all about it this week. Banyak gila benda nak cerita sampai rasanya tak cukup masa yang tinggal baki lagi 3-4 hari sebelum Jumaat ni. But don't your worry after this we will be going to focus on the 'Fantastic Beasts and Where To Find Them'. Since it will be clashing with Pokemon, I'll try my best to cover them as much as possible. Seperti yang dikatakan dalam entry Random Rants #3, kindly go read the book first before we start dwelling into the magical world again!

And now let's get back to Pokemon S&M. 2-3 bulan sebelum ini Channel Rasmi Pokemon ada upload banyak video teaser berkaitan Pokemon S&M to hype thing up. Sadly enough I don't have much time to cover all of these videos and I'll try to cramp, summarize and post it into several entries. YUP, YOU HEARD IT! SEVERAL ENTRIES!!

Tapi sebelum itu aku nak declare yang aku bukan seorang Pokemon expert. Pengetahuan aku mengenai Pokemon adalah limited kepada 151 Pokemon pertama aka the "First Gen'. Waaay before Pokemon only consist 15 standard types, before Eeevee getting more evolution types other than Flareon, Jolteon and Vaporeon, before berries existed or in conclusion before everything is getting complicated.

Aku tak pernah habiskan main Pokemon Red, Blue or even Yellow sebab kalau main pun dulu dekat Cyber Cafe bukan dekat rumah. Kalau ada someone mentioning about someone from Pokemon except Professor Oak aku akan start confuse dan tertanya-tanya. So this marked my first full adventure into the Pokemon world. Bayangkan perasaan ko bila tahu Snorlax (Beruang debab tidur 24 jam tu) ada evolution bawah dia iaitu Munchlax setelah bertahun dekat kepala ko tanam Snorlax tak ada sebarang evolution. Lepas tu rupa Munchlax langsung tak ada persamaan dengan Snorlax. Pening sekejap. Why GameFreak, why?

???
Dan jangan risau aku tak akan bercerita mendalam sangat pasal dunia Pokemon ni supaya semua orang boleh follow dan aku tak lah kedengaran macam nerd sangat. Just some basic thing supaya boleh hype sama-sama sehingga aku dapat main Pokemon S&M dan completely lupakan Pokemon GO dan boleh uninstall natang tu buat selama-lamanya.

Oh, one more thing. I've decided to pre-order the Moon Version. Hahaha. Following my heart katanya. Speaking of Snorlax, tau tak ada bantal Snorlax dijual and it's HUUUUUUGE!

!!!!!!!!!!!!!!

Freaking adorable nak kena lenyek kee hah!! And mind you the price tag is 52,000 yen aka RM2,000++. DEMMIT!!

Thursday, 10 November 2016

Gigitan Pertama: McDonald's Young Coconut Pie


So after that underwhelmed Taro Pie, McDonald's Dessert Corner is back once again with another new flavour. Yang bestnya Malaysia sekarang ni kan nak masuk musim tengkujuh dengan possibility dalam satu-satu hari mesti akan ada hujan pada petang atau malam harinya. Tapi McD decided untuk melupakan dan berpura-pura macam cuaca lembap ni tak wujud dengan membuat dessert bertemakan buahan TROPICAL!! 

*imagine hula dance dalam hujan ribut petir sabung-menyabung*

Putting that imagination aside, aku sebagai duta unofficial pie McD pastilah akan menjalankan tugas dengan membeli dan mencuba rasa pai yang baru ni bagi pihak semua rakyat jelata. Just to remind you guys, aku tak beli either Coconut Caramel Sundae nor Coconut Caramel Mcflurry sebab aku nak fokus solely dekat pai sahaja. (Selain daripada fakta Horlicks Mcflurry adalah yang paling sedap sekali tiada perisa lain boleh challenge lantas dianggap membuang masa dan uang untuk merasainya).

With RM2++ you will get yourself with this 'Young Coconut' flavoured pie.

Tipikal packaging. 
Yet again my criticism pasal packaging ni ialah ia terlalu general. McD kalau dia malas nak design packaging untuk perisa pai baru dia akan guna design macam gambar dekat atas. Tau ko nak jimat design and printing benda baru, tapi disebabkan hampir semua menu ko ada their own special package tak rasa ke pie ni di selalu anak tirikan? I rest my case.

Nevertheless the content is the next important thing here. Yet again hands down, love the pie crust. Crunchy and tasty. No complain about this. Meanwhile here is the view for the filling.


Surprisingly ada kelapa dalam dia!! No fake ingredients whatsoever. lol. The filling was good lagi-lagi kalau makan waktu panas. Please do eat this pie while it is hot. Please ya. Kewujudan inti kelapa ni really gives some texture to the pie. Plus it is not that super sweet. This is far better than Taro Pie, Mango Pie, Lychee Pie combined all together.

While it is not giving me any urges to do any dance hula dance or felling tropical at once, I have to give this pie a passable grade. I will definitely going to repeat eating this if possible.


See that. A real inti kelapa. Or was it? Jangan kata kelapa sintetik ke apa buat produce dekat lab. That would be a big letdown. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...