Dalam
entry yang lepas aku ada mention salah satu idea aku untuk mengukuhkan "online presence" adalah dengan membuat podcast sendiri tetapi disebabkan malas macam puaka aku abandon terus idea tu. Lepas tu aku baru teringat yang kesedaran masyarakat di Malaysia tentang podcast adalah rendah sekali.
Contohnya bila aku duk cerita (spam tbh) pasal podcast dekat media sosial haramlah ada nak yang reply macam lah aku bercerita pasal kuantum fizik ataupun tengah berbincang mengenai kemunculan bakteria baru. Selepas habis bercerita rasa sunyi pula sebab tak ada sapa respon. *meratap*
Ini mengingat aku, dulu pun mana ada orang tau sangat pasal "Youtuber" ni. Bila aku buat entry pasal Youtuber Malaysia kegemaran baru lah ramai tahu dan mula aware sikit (eceh!). Ini bukan omongan kosong kerana banyak juga penyumbang blog views masuk dekat blog lama adalah pasal benda ni. Ingat tak ada entry lain yang femes ke selain daripada entry "Cara-Cara Menghilangkan Double Chin". Nampak tak zaman kegemilangan dulu?
So this time around aku nak cerita perihal podcast which is one of my latest obsession and then change to a hobby. Podcast ataupun dengan bahasa mudahnya ialah siri audio yang bercerita tentang satu-satu topik. Dahulunya podcast selalunya berkisar pasal tentang perbincangan tentang isu-isu semasa dan topik kritikal. Sekarang ni ruang topik dah makin meluas sampai dan banyak siri berani mula explore isu muzik, sejarah, teknologi, business, arts, pendidikan, hiburan, culture *tidur sekejap* komedi, hobi, personal life dan lain-lain lagi. Lagi best ada yang buat siri cerita fiction. Macam ko tengok drama tapi melalui audio macam awesome gila ko tak payah tengok pelakon kayu mahupun ulangan babak zoom muka acah dramatik.
Basically ko cuma perlu guna earphone (depends mengikut keadaam, kalau tengah memasak didapur ataupun bertani dilaman rumah boleh dengar melalui speaker) dan ko hanya dengar orang tu bercakap sampai habis. Easy peasy ko tak payah buat apa!
Tapi of course ko kena ada apps untuk dengar benda alah ni. Usually podcaster akan upload episod diorang dekat iTunes dulu lepas tu baru orang boleh download dekat device masing-masing. Pengguna iOS beruntung gila sebab memang dah pre-install apps podcast dalam phone maka cumanya tekan apps tu dan terus search title podcast dikehendaki macam what the hell aku pengguna Android sangat mencemburui anda! Bukan kerana anda berharga tetapi sebab dah ada apps podcast siap-siap dalam phone #JusticeForAndroid
Kepada pengguna Android pula macam aku kena bersusah sikit, sikit je lah. Cuma kena search dan install certain apps dekat Play Store dan terus boleh dengar melalui apps tersebut. Ada yang jenis percuma dan ada yang berbayar. Since aku dah dengar podcast ni dah lebih 4-5 bulan makanya aku dah ada beberapa siri podcast yang aku dah follow. Antaranya ialah.. haa yang ini aku akan kongsikan pada entry yang seterusnya. Itu pun kalau ada yang berminat nak tahu. Tapi peduli lah berminat korang berminat ke tak, aku nak cerita juga.
Tapi one thing about podcast sebab dia solely based on visual makanya bila dengar tengah malam ko boleh tertidur lepas tu esok pagi tengok episod tu dah marked as played padahal ko macam wut since when? Fokus dik fokus!
You know what? Let's make this as a series. Aku buat 3 parts. Ni part 1 sebagai pengenalan. Setuju?