Hi!
Kalau diikutkan tahun ini (2017) merupakan tahun ke-tujuh aku menjinakkan diri ke dunia blogging. Jikalau ikut waktu timeline artis bila dah masuk 7 tahun makanya elok-elok lah sedar diri sebab zaman gemilang ko dah hampir tamat. Ramai lagi bakat-bakat baru diluar sana yang lebih muda yang akan mempelopori arena seni ini.
Namun aku bukan selebriti (yet). Jadinya timeline ni tak memberi apa-apa kesan pun.
There was ups and downs during these 7 years. Pernah rasa hopeless hendak update blog sebab tiada sambutan. Pernah hiatus daripada blogging disebabkan kekangan masa dan tenaga. Pernah rasa seronok sebab dapat komen yang banyak dalam satu-satu post. Pernah rasa down sampai rasa mahu tutup blog. Pernah rasa gembira dapat bertemu blogger-blogger lain yang berbeza latar belakang. And that is life.
Aku tak fancy enough untuk travel merata-merata. Tak ada budget besar untuk review restoran dan makanan mahal-mahal. Tak ada bakat untuk ambil gambar-gambar menarik. Tak ada tips menarik untuk dikongsi. But here I am still writing about something even if it was about a cheap ice cream, it is still fun sharing it with all of you guys, my readers.
Jadi, marilah bersama-sama menempuh penggembaraan ini melalui penulisan seorang blogger picisan yang bernama WZ.
Cheers. =)