Wednesday, 2 August 2017

Game of Serkap: Ep 3 'The Queen's Justice'

Hello there you lowborn people! Bertemu kita kembali dalam minggu ketiga Game of Thrones (GOT). Bagi yang macam pertama kali membaca post blog ini lepas tu blur kenapa terus episod nombor 3, well sis and bro semua anda telah terlewat! Namun jangan risau, boleh rujuk bebelan aku untuk episod-episod yang lepas dengan klik pautan dibawah ini.



Now are you ready? Let's us begin.



THANK GOD episode kali ini pace dia agak konsisten dan transition for each scene tak nampak aneh. Even scene Theon yang pendek tu pun tak nampak weird. Props to the director; Mark Mylod for this. Apa yang aku nampak sekarang ni ialah perubahan telah berlaku secara mendadak pada dominasi kuasa yang sebelum ini kita nampak Dany macam akan menang dengan membawa bala tenteranya ke Westeros dan Cersei mungkin akan kalah sambil meneguk 'Milk of Poppy' di atas Iron Throne. Namun bak kata Cersei "When you play the game of thrones, you either win or die". Sekarang ni Cersei pula mendominasi kuasa dalam permainan ini.

Aku dah agak dah sejurus diorang bersetuju dengan plan 'Divide and Conquer' method itu instead of terus all out serang King's Landing seperti dicadangkan oleh Yara, semuanya pasti akan musnah sedikit demi sedikit. Zzzzz. Sekarang mari kita semak apakah status untuk kedua-dua team Dany dan Cersei.

Dany's Team

1. Dragons (Drogon, Viserion, Raegal) - Terperuk buat pekasam dekat Dragonstone
2. Dothraki - Terperuk dekat Dragonstone jua bertindak sebagai pengawal-pengawal istana.
3. Greyjoy Fleet (Yara & Theon) - Kena bakar. RIP
4. Unsullied - Terkial-kial sangkut dekat Casterly Rock.
5. House of Tyrell - RIP
6. Dhorne - RIP

Cersei's Team

1. Greyjoy Fleet (Euron)
2. Emas dan harta pusaka House of Tyrell
3. Iron Bank
4. House of Lannister
5. House of Tarly
6. Modified weird gigantic Crossbow aka Ballistic. (zzzzzzz)

Well, at least Jon Snow mungkin akan berpihak kepada Dany nanti. We'll see about this.

1. Terkejut gila aku sebab Missandei sekali lagi ada lines dalam episode kali ni instead of jadi tunggul kayu dengan menyambut kedatangan Jon dan Ser Davos ke Dragonstone. Plus boleh tak aku kata Dragonstone ni walaupun gloomy dan dark tapi cantik.


Teringin nak tengok Citadel punya environment macam mana pula tapi apa yang kita dapat ialah benda-benda jijik pula. Takde ke buat shot-shot macam ni? Save duit ke?

2.

LOL at Varys' face when Malisandre casually gave out some prophecy about his death.

3. Masa Missandei duk bebel-bebel pasal status Dany yang panjang lebar tu korang tahu tak aku punya mata duk rolling sampai ke belakang.

"You stand in in the presence of Daenerys Stomborn of House Targaryen, rightful heir to Iron Throne, rightful Queen of the Andals and the First Men, Protector of the Seven Kingdoms, The Mother of Dragons, The Khaleesi of the Great Grass Sea, The Unburnt, the Breaker of the Chains."

ZZZZZZZZZZzzzzzZZZZZZZZ*tak habis lagi?*zzzzZZZZZZZZzzzzzz

But to be honest Missandei, mana title 'Queen of Meereen'? 'The First of Her Name'? Kalau nak brag bagi semua title terus habis-habisan. Plus, for each episod aku macam sikit demi sikit hilang rasa suka dengan Dany. She is now all about titles and want people to acknowledge her. Calm down girl!

4. And of course Jon Snow is getting hard time to convince Dany to fight together along with him instead of focusing towards war at the South. I wish somehow diaorang ada simpan satu kepala White Walker ke apa tunjuk bukti. Kalau aku pun mesti tak percaya juga.

Tapi masa Dany duk pot-pet pasal sejarah lama konon dia sorang saja menderita paling teruk sekali orang lain tak dia ada berkata,

"The world hadn't seen a dragon in centuries until my children were born. The Dothraki hadn't crosss the sea, any sea. They did for me..... blah blah blah" 

Tapi ko tak boleh pulak nak menimbang possibility yang White Walkers boleh wujud? KE-LA-KAR. But thanks to Ser Davos dia tolong pertahankan kredibiliti Jon Snow. Cuma part mati hidup kembali tu tak sempat kena cakap sebab kena jeling. lol. But at least they got the Dragonglass now. 

5. Rupanya hantaran lamaran Euron kepada Cersei ialah pembunuh anak perempuannya, Myrcella. Well, apa yang suka ialah jawapan Cersei kepada Euron 'You'll get what you want after we won the war' atau dengan kata lain 'Ko tunggu nanti aku bunuh kau pula'.

Kemudian kita dapat menyaksikan bagaiman Cersei bertukar menjadi Psychopath dengan menyeksa wanita Dornish itu dengan membuatnya melihat Obara mereput mati perlahan-lahan di depan mata. Begitu poetic cara penyeksaan ini. lol. You can give Cersei prop lah cipta cara kematian secara kreatif ni. Tapi yang paling creepy lepas menyeksa terus 'turn on' lantas bergegas jumpa Jaime untuk membuat hubungan kelamin. Beeeeetch!!

6. Well, this time around Sansa get to show some of her management skill. This is the Sansa that I like. Daripada duk bebel-bebel dekat tepi tak puas hati. Btw Littefinger ni bila nak move on? Aku rasa berdozen kali dah Sansa duk cerca dia. Every opportunity. Tapi dia gigih cuba memenangi hati Sansa. He really like Sansa doesn't he?

7. Bran is baaaack! With flawless skin and trimmed haircut manakala Meera looks like a mess. Nampak tak sapa yang buat kerja berat selama ni?! lol.



The reunion with Bran dengan Sansa was heart warming, tapi tapi.... Bran macam gila distant dan emotionless. Taulah ko Three-Eyed Raven kan tapi berlagak creepy pula macam tahu semua benda about the past and the future but won't say anything about it. Instead ko creep out your own sister dengan throwback kisah silamnya yang tragis???

Bran: I'm a Three-Eyed Raven (I know everything you insignificant mortal!)
Sansa: I don't know what that means (You are creeping me out!)
Bran: It's difficult to explain (I know everything you insignificant mortal!)
Sansa: Try, please for me (Ookaaaaayyy)
Bran: Blah, blah blah *Mengelak untuk jawab*

Bran: .....And you were so beautiful in your white wedding dress
Sansa: I have to go back inside, Bran. (Weirdo!!!)

8. Aku suka exposition daripada Tryion untuk describe penakhlukan Casterly Rock oleh Unsullied. Tapi it felt too short and sudden. Tetiba Lannister terus dapat conquer Tyrell punya istana dimana rupanya ada plot twist yang Cersei and team rupanya nak emas dan harta pusaka House of Tyrell. Tak kisah pun sebenarnya Casterly Rock tu. Aku rasa diorang duk save budget lah simpan untuk something huge untuk episod mendatang. Yang ni biar acah-acah light dulu.

Ah! lagi satu nampak tak masa Unsullied dah berjaya conquer Casterly Rock tetiba Euron punya fleet tetiba datang nak musnahkan kapal-kapal yand ada. Macam magic nya! Semua tempat ko ada. Dapat sekat Yara ke Dorne at the same time sempat pula pergi ke Casterly Rock. Aku macam tak boleh terima jap. 

9. GUYS!! One of my favourite character is officially arwah. Ini adalah tribute untuk Lady Olenna, The Queen of Shade aka Mother of Mulut Puaka.

 

Sebelum sempat mati pun sempat mencela kan. And I love the way she tries to plant the seeds of doubt into Jaime so that one day he can start seeing Cersei in a bad light. Korang tunggulah! Plus, betul ke Lady Olenna mati? Ingat tak rule drama kita, jangan assume satu-satu watak itu mati selagi tak nampak dia mati depan mata kita. Remember The Hound? Maybe Lady Olenna sempat minum antidote selepas Jaime berlalu pergi. We never know..


4 comments:

  1. ada link / website nak tgk game of throne season 7 online ke?

    ReplyDelete
  2. -Star-
    Aku mmg dr awal tgk xbp suka Dany, pastu jd makin xsuka lol! Adakah sbb aku xtgk dr season 1?
    Jaime tu bila xmelibatkan kesetiaan dia pd Cersei he's charming. Tp bila kuar jahat dia tu benci aku hahaha
    Aku rs cm cepat sgt season ni, mungkin nk save budget n sbb short season kan.
    Tbh aku xsuka character arc cam Bran tu. Apa2 cite yg bila konon dia dh ascended humanity pastu cm xde perasaan bagai

    ReplyDelete
  3. @star

    Season 1-3 aku suka dia sbb dia macam start dari kosong. Lps tu dia macam hapuskan sistem hamba abdi semua tapi makin lama duk obsess dgn iron throne sikit2 ungkit pasal pangkat dia. Mother of Dragon lah apa lah. Gurrrl!! We know that thanks for the countless reminders.

    Jaime tu sesuai kalau membina masjid, eh I mean tiang rumahtangga dengan Brienne. Hahaha. Mungkin sbb dia dah tua kut so mcm lama kelamaan dia dah realize there's more about this world selain dari sifat narsis dia tu. Ntah2 masa dah insaf mati pula watak dia. lol. Biasalah kalau jadi baik mesti mati cepat.

    I agree with you about Bran.

    ReplyDelete