Sunday, 18 September 2016

Part III: Podcast 101 Or Some Sort - Personal Favourite

This entry should be up like monthsssss ago, tapi aku busy dengan life lantas terlupa nak habiskan entry trilogy ini. Kononnya nak bagi time gap lepas keluarkan Part I dengan II supaya aku tak publish topik yang sama berderet. Lepas tu ke laut sudahnya. As for now, I assumed that you guys are now familiar with podcast. What is it about. How it works. Siapa yang macam 'kejadah apa yang aku baca ni?'. Sila lah membuat homework dengan membaca dahulu 2 parts yang aku tulis sebelum ini. Lepas tu baru kembali ke sini semula.



Ok, Mana aku patut mula dahulu. *gosok-gosok tangan* Tetapi sebelum itu, sebagai peringatan ini adalah list personal aku dimana kalau tak nampak nama podcast kegemaran anda disini tidak perlulah kata list ini tak legit lantas meninggalkan komen berbaur negatif. One more thing. To be honest aku ada berbelas juga title podcast yang aku dah subscribed, tapi cuma ada beberapa sahaja title yang aku dengar regularly a.k.a kalau ada episode baru keluar rasa menggelabah lemak nak dengar cecepat. Jadi aku rasa lebih baik aku senarai pendek kan list ni untuk memudahkan semua dan diri aku sendiri.Tak payah tulis panjang-panjang acah aku ada masa sangat nak dengar berlambak-lambak podcast tu.

Millennial

Millennial is by far my favourite podcast right now. Created by Megan Tan dan ia berkisarkan tentang dilema, persoalan ataupun situasi yang sering dihadapi oleh golongan millennial sekarang. Apa yang bestnya setiap episode isunya pasti berkait dengan kehidupan Megan sendiri. Dia macam reality show tapi versi suara.

Episod pertama dimulakan dengan kehidupan Megan selepas kolej. Timbulnya persoalan seperti apa yang perlu dibuat lepas ni? Nak cari kerja berdasarkan course yang dia ambil ke? Or should she completely find another job that she passionate about? But is it really worth it? All of these questions seems familiar kan? Well, bukan Megan aje yang berfikiran sedemikian, rupanya aku pun pernah dan masih lagi menghadapi persoalan sebegini. Tersentak kejap. Kemudian episode-episode seterusnya pun macam relatable dengan diri sendiri and some how it is quite scary how accurate it can be. 

Contoh tajuk episode lain macam ada episode pasal kerja part-time sementara mendapat 'real' job but at the same time kawan-kawan sebaya lain dah berjaya atau isu macam mana nak beli kereta tapi income tak stabil lagi so wajar tak beli kereta second hand? ataupun isu long distance relationship (ehem!), ataupun isu is it acceptable to live with our parents after college or maybe we should moved out and many more.

Maybe just maybe one of the reasons that I like this podcast so much is how I'm glad and relief that I'm not alone in this and there are a lot of people out there that actually confronting the same thing.

Lore

Lore pulak mengenai cerita seram. Dalam setiap episode Aaron Mahnke akan bercerita mengenai kisah-kisah misteri, urban legend ataupun supernatural yang berlaku disatu-satu tempat. Usually dekat Amerika tapi ada juga ditempat-tempat lain. Kelainan sikit podcast ni semasa dia bercerita dia tak guna taktik keji dan murahan dimana akan tetiba letak bunyi mistik mengilai ke jerkah nenek kebayan ke nak kasi pendengar heart attack. Usually dia akan guna instrumental musik yang not so creepy tapi ada sedikit vibe misteri tu sendiri. Since fokus utama dia adalah cara penceritaan dia sendiri.

Aku pernah lah try dengar pada waktu malam. To be precise pukul 2-3 pagi dan aku menyesal dengan perbuatan tersebut. Since it is not a visual tale ko punya imagination liar betul terus wujud perasaan disebalik pintu bilik ada seekor lembaga tunggu masa saja nak tolak sambil menonong ke arah ko yang terbaring atas katil. HAHA.

Ataupun pernah sekali bila describe entiti tu aku macam eh tetiba apsal meremang ni? NAMPAK TAK KO JANGAN DENGAR MALAM-MALAM.

Dia ada 42 episode. Disebabkan aku lambat subscribe podcast ni jenuh jugak lah nak catch sampai latest episode. Lepas tu dengan masa nak dengar pun limited kan sebab dengar disiang hari saja.

Nocturne

Nocturne pulak ialah monthly basis punya podcast dimana dia fokus terhadap peristiwa yang berlaku pada waktu malam (lagi!). Tapi dia bukan fokus kisah mistik lah. MOST of it. But with me following this podcast I started to appreciate more about night time. Like a lot. Selalunya orang (macam korang) akan mengaitkan waktu malam dengan perkara yang berbahaya and normally our instinct always try to make us feel that we need to avoid doing anything at this time and should have just stayed at home. I used to think this way but then this podcast truly give me some new perspective about our Earth's dark period of time.

As Vannesa Lowe explores all the incidents that occurs during this period of time or interviewing others which they felt very good and compelling during these time hours, I realized that nighttime is not that bad actually.

To make it specific ada episode mengenai isu kenapa some people can get more creative and energetic during this time around, isu 'light pollution', orang yang berkerja pada waktu malam and of course some creepy stuff (sikit jee). My personal favourite ialah episode dimana Vanessa pergi ke hutan pada waktu malam bersendirian(!) dan aku dapat rasa macam aku pulak berada dalam tempat dia. It was scary but thrilling at the same time. Dan aku pulak dengar time nak tidur dengan keadaan bilik gelap-gelita memang maximize betul experience mendengar. lol.

While some episode can be quite boring. Maybe a couple of episodes out of 21 so far. Which is ko boleh skip kalau nak majoriti adalah menarik untuk didengar.

Honourable Mention

Hanourable Mention ialah list aku recommended untuk dengar tapi since aku tak boleh nak follow banyak sangat sebab 'masa itu emas' jadi aku dengar regularly sahaja.

Serial

Serial is good. Season 1 dia memang best. Mengenai Sarah Koenig cuba siasat balik satu kes benar pembunuhan seorang gadis sekolah menengah dan cuba tengok sama ada betul tak Adnan (didapati bersalah dan dah dihukum penjara) betul-betul melakukan jenayah ni. Like literally semua bukti dia korek balik, interview balik semua orang yang terlibat, buat analisis, jumpa pakar-pakar untuk mendapatkan pendapat mereka dan kaitkan balik dengan kes ni tengok relevan ke tak. 

While S1 is good (really good I think) aku rasa S2 dia tak berapa sangat.
Ted Radio Hour














Topik-topik yang dikupas dalam podcast ni ada yang interesting. Contoh macam 'What is Originality', 'Solve for X', 'The Case of Optimism' and many others. Dengar macam geeky kan? Haha. A bit lah but somehow a really god medium for us to contemplate or perhaps to understand more about certain things. But the down side is dia punya durasi panjaaang dalam 1 jam per episode dan aku hanya dengar bila betul-betul ada masa ataupun masa tengah drive. Lepas tu tajuk bukan main banyak. Aku hanya akan pilih mana yang betul-betul pique my interest.

Mystery Show














Sebab dia ada 6 episode saja lepas tu konon berjanji Season 2 akan keluar tapi dah nak setahun lebih tak muncul-muncul juga so aku letak dekat sini. Amik ko. By the way ini adalah podcast mengenai Starlee Kine seorang detektif amatur cuba menyelesaikan misteri yang orang submit dengan syarat misteri tu solusinya dan jawapanya tak boleh dicari dekat Google.

Contohnya aku amik description episode 1 yang bertajuk Video Store;

"Laura rents a video. When she tries to return it the next day, the video store is gone"

Jeng! Jeng! Jeng! Nak tau kenalah dengar sendiri. Kosser nak cerita. So that's it. Boleh search lah title-title ni kalau berminat. Tapi ingat adik-adik semua sebenarnya ada baaaaaaaaaaanyaaaaak lagi podcast diluar sana. Tema pun bermacam-macam. Cuma kita perlu rajin explore. It is another different world out there. Dan bagi yang dah berkecimpung dalam dunia podcast cuba share apa podcast kegemaran anda di bahagian comment. 

Oh, one more thing. Podcast kini boleh didengari melalui Spotify for both Android and iOS users. Sweet!

Thursday, 15 September 2016

Gigitan Pertama: McD Taro Pie Muncul Tetiba Tanpa Amaran

Semalam duk tweet tanya bila lah McDonalds nak keluar perisa baru untuk section dessert dia since I'm soo done with Mango. Jangan salah faham, magga ni diantara buah kegemaran aku tapi bila McD translate kan ia ke bentuk desserts dia macam....


Mungkin terlalu manis untuk akulah tapi aku surprise dengan kemunculan nata de coco dalam filing dia. A very nice addition! But still..


And by being psychic as I am semalam komplen bila perisa baru nak keluar hari ni terus keluar perisa baru. Ke ada marketing team follow discreetly segala komen aku dimedia sosial dan dijadikan sebagai panduan?  

Presenting..

Pie Taro
Gambar tak boleh blah punya terletak kemas bagai dengan brightness kalau boleh nak up skala 10. But nevertheless aku terus beli satu. One more thing before that aku suka betul dengan hala tuju dessert McD sekarang dimana pilihan perisa dia lain daripada lain. Tak play it safe macam dulu asyik jual classic Apple Pie flavour sahaja macam buah epal tu je lah available dekat bumi ni kan? Dulu ada filling buah mata kucing, lepas tu bubur cha-cha, mango dan yang paling latest Taro. Macam ni lah kita mahu!

But first, what is Taro? After doing some extensive research (quite a confusing one I tell you), sebab aku bayang Taro ni dalah Yam. Benda yang sama. Tapi bila tengok majoriti ramai pulak kata Taro dan Yam ni actually benda yang berbeza tapi dari spesies yang sama. So I can not called Taro as 'Keladi' dalam BM lah kan? Sebab it is not a Yam. Tapi rupanya orang Malaysia used Yam to refer to Taro. APAKAH. #Keladiception

TL;DR Yam di Malaysia adalah Taro tapi orang sini dah terbiasa refer ia sebagai Yam. For further reading please click HERE.

Ok tamatlah sudah segmen 'Mari Mengenali Sayur Di Kebun'. Marilah beralih kepada benda yang sebenar.

Packaging general pie McD dimana kalau esok nak keluar perisa baru tapi tak sempat
nak submit design untuk printing specific packaging.
Oh I am very disappointed sebab packaging dia guna general punya style. It should be in purple. You know how McD have their own box for every menu that they have. =( 

Now let's move to the tasting part. The crucial part.


Marilah berkata-kata baik dahulu ye. I do enjoy the crunchy pastry as always, hands down tapi fillings dia again manisss. Sama macam mango. Rasa Taro to ada tapi just a slight taste since dia bukan macam keluarga citrus rasa kuat dan tajam. Aku rasa kalau makan ni bila dah sejuk memang akan lagi manis. Berdasarkan gambar diatas yang ketul-ketul tu aku rasa Taro yang dipotong kecil kemudian disaluti dengan sirup pekat yang aku rasa macam gula warna purple saja.

Should I buy it again? Nope? Should I recommend it? Maybe. Sebab kalau sales perisa pelik-pelik ni tak naik makanya lepas ni diorang akan stick balik dengan perisa epal tu. It's going to be boring again. Nampak macam selfish tapi ada kewajarannya disitu. lol. But still go grab one lah rasa. Judge on your own mana tahu standard lidah korang manis yang jenis mendatangkan diabetes. But again do eat it while it is hot.   

Thursday, 1 September 2016

Pokemon Sun & Moon Dilemma: Which One To Choose?

Hi! Walaupun sekarang masyarakat tengah mengalami demam Pokemon GO, (To be honest, aku tak terfikir pun dia akan jadi satu fenomena) aku pulak sedang sibuk menimbang-tara versi Pokemon Sun & Moon (on Nintendo 3DS platform) yang manakah patut dibeli pada akhir November nanti.

Fyi I've already made a personal special 'tabung' for this game since last June because mind you, it's a freaking expensive game. Btw the 'tabung' is still short a couple of 20-30 ringgit, but somehow aku yakin aku akan berjaya mencapai target yang dikehendaki since sekarang baru lagi September *kekening*. Makanya, sumber kewangan should not be an issue right now. but WHICH version should I pick? 



For those of you who is not quite familiar with the Pokemon games. Especially they format they used when selling this game, here is a heads up for you before we indulge further with this important life-decision making. 
  • Pokemon game selalunya akan keluar dalam dua versi. Trend ini adalah wajib bagi setiap release. Pokemon Red and Blue (1998), Pokemon Gold and Silver (1999), Pokemon Diamond and Pearl (2006), Pokemon X and Y (2013) and etc. 
  • Gameplay untuk dua versi ini adalah sama cuma yang berbeza adalah jenis Pokemon dalam setiap versi. Contohnya dalam Pokemon Red akan ada Ekans, Mankey dan Oddish manakala dalam Pokemon Blue akan ada Sandshrew, Vulpix dan Meowth. Senang cerita bayangkan ada dua nasi lemak dari gerai yang sama tapi Nasi Lemak jenis A ada extra seperti ikan bilis dan sayur kangkung manakala Nasi Lemak jenis B ada kacang dan telur dadar. Same thing but slightly different ingredients.  
  • Dikatakan matlamat buat dua versi ni adalah untuk menggalakkan 'trade in' diantara pemain-pemain. Tapi aku prefer motif utama dia adalah untuk kaut untung lebih supaya Poke Maniac diluar sana keluarkan duit lebih untuk beli dua-dua versi. More version means more profit!!
  • Dan of course dalam setiap versi akan ada their own special legendary Pokemon. You can't get all the good things in life you know! You HAVE to choose. Unless if you have some extra pocket money.
Since tabung aku tu hanya cukup-cukup untuk membeli satu versi sahaja, then I need to choose. CAREFULLY.

Disebabkan pada saat entry ini ditulis, tiada lagi khabar berita untuk list Pokemon mana adalah eksklusif untuk versi mana, terpaksalah kita bergantung harap pada cover game sahaja. And let's start with.....

Pokemon Sun



So it's a mutated lion I see.....
Based what I got from the Pokemon website this legendary Pokemon is called as 'Solgaleo' with Physic and Steel type. Solgaleo kelihatan sungguh berotot especially dibahagian kaki aku rasa macam are you those type of people yang pergi ke gym lepas tu post tunjuk muscle dalam Instagram? Yes, I am quite intimidate by this image. Tetiba. But I do have a soft spot with Physic type of Pokemon.

Lepas tu perasan tak the design dia punyalah bersungguh nak tunjuk 'Sun' dia, dengan brightness cahaya matahari tu kalau boleh nak bagi mata silau kan? 

Pokemon Moon


It's a mutated bat I see.....
This is one is called as 'Lunala' with Physic and Ghost type. Aku macam prefer versi 'Moon' sebab one, I love dark motive. Second, the legendary is a Physic (yes!) and Ghost type Pokemon, But the design is waay too much. Dan ko tak rasa ke bentuk dia sejibik macam the Maleficent?  

As for now I am more lean towards Pokemon Moon but this is mainly because of the dark motive. Pokemon Sun is too bright for my taste. lol. But this might change if the list of version exclusive has been revealed since I've got my eyes on several Pokemon that I wanted to be in my team when exploring the Aloha Region

How about you guys? Which version do you prefer?

*This entry will be updated in time to time if some main information has been released to the public. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...