Sunday, 18 September 2016

Part III: Podcast 101 Or Some Sort - Personal Favourite

This entry should be up like monthsssss ago, tapi aku busy dengan life lantas terlupa nak habiskan entry trilogy ini. Kononnya nak bagi time gap lepas keluarkan Part I dengan II supaya aku tak publish topik yang sama berderet. Lepas tu ke laut sudahnya. As for now, I assumed that you guys are now familiar with podcast. What is it about. How it works. Siapa yang macam 'kejadah apa yang aku baca ni?'. Sila lah membuat homework dengan membaca dahulu 2 parts yang aku tulis sebelum ini. Lepas tu baru kembali ke sini semula.



Ok, Mana aku patut mula dahulu. *gosok-gosok tangan* Tetapi sebelum itu, sebagai peringatan ini adalah list personal aku dimana kalau tak nampak nama podcast kegemaran anda disini tidak perlulah kata list ini tak legit lantas meninggalkan komen berbaur negatif. One more thing. To be honest aku ada berbelas juga title podcast yang aku dah subscribed, tapi cuma ada beberapa sahaja title yang aku dengar regularly a.k.a kalau ada episode baru keluar rasa menggelabah lemak nak dengar cecepat. Jadi aku rasa lebih baik aku senarai pendek kan list ni untuk memudahkan semua dan diri aku sendiri.Tak payah tulis panjang-panjang acah aku ada masa sangat nak dengar berlambak-lambak podcast tu.

Millennial

Millennial is by far my favourite podcast right now. Created by Megan Tan dan ia berkisarkan tentang dilema, persoalan ataupun situasi yang sering dihadapi oleh golongan millennial sekarang. Apa yang bestnya setiap episode isunya pasti berkait dengan kehidupan Megan sendiri. Dia macam reality show tapi versi suara.

Episod pertama dimulakan dengan kehidupan Megan selepas kolej. Timbulnya persoalan seperti apa yang perlu dibuat lepas ni? Nak cari kerja berdasarkan course yang dia ambil ke? Or should she completely find another job that she passionate about? But is it really worth it? All of these questions seems familiar kan? Well, bukan Megan aje yang berfikiran sedemikian, rupanya aku pun pernah dan masih lagi menghadapi persoalan sebegini. Tersentak kejap. Kemudian episode-episode seterusnya pun macam relatable dengan diri sendiri and some how it is quite scary how accurate it can be. 

Contoh tajuk episode lain macam ada episode pasal kerja part-time sementara mendapat 'real' job but at the same time kawan-kawan sebaya lain dah berjaya atau isu macam mana nak beli kereta tapi income tak stabil lagi so wajar tak beli kereta second hand? ataupun isu long distance relationship (ehem!), ataupun isu is it acceptable to live with our parents after college or maybe we should moved out and many more.

Maybe just maybe one of the reasons that I like this podcast so much is how I'm glad and relief that I'm not alone in this and there are a lot of people out there that actually confronting the same thing.

Lore

Lore pulak mengenai cerita seram. Dalam setiap episode Aaron Mahnke akan bercerita mengenai kisah-kisah misteri, urban legend ataupun supernatural yang berlaku disatu-satu tempat. Usually dekat Amerika tapi ada juga ditempat-tempat lain. Kelainan sikit podcast ni semasa dia bercerita dia tak guna taktik keji dan murahan dimana akan tetiba letak bunyi mistik mengilai ke jerkah nenek kebayan ke nak kasi pendengar heart attack. Usually dia akan guna instrumental musik yang not so creepy tapi ada sedikit vibe misteri tu sendiri. Since fokus utama dia adalah cara penceritaan dia sendiri.

Aku pernah lah try dengar pada waktu malam. To be precise pukul 2-3 pagi dan aku menyesal dengan perbuatan tersebut. Since it is not a visual tale ko punya imagination liar betul terus wujud perasaan disebalik pintu bilik ada seekor lembaga tunggu masa saja nak tolak sambil menonong ke arah ko yang terbaring atas katil. HAHA.

Ataupun pernah sekali bila describe entiti tu aku macam eh tetiba apsal meremang ni? NAMPAK TAK KO JANGAN DENGAR MALAM-MALAM.

Dia ada 42 episode. Disebabkan aku lambat subscribe podcast ni jenuh jugak lah nak catch sampai latest episode. Lepas tu dengan masa nak dengar pun limited kan sebab dengar disiang hari saja.

Nocturne

Nocturne pulak ialah monthly basis punya podcast dimana dia fokus terhadap peristiwa yang berlaku pada waktu malam (lagi!). Tapi dia bukan fokus kisah mistik lah. MOST of it. But with me following this podcast I started to appreciate more about night time. Like a lot. Selalunya orang (macam korang) akan mengaitkan waktu malam dengan perkara yang berbahaya and normally our instinct always try to make us feel that we need to avoid doing anything at this time and should have just stayed at home. I used to think this way but then this podcast truly give me some new perspective about our Earth's dark period of time.

As Vannesa Lowe explores all the incidents that occurs during this period of time or interviewing others which they felt very good and compelling during these time hours, I realized that nighttime is not that bad actually.

To make it specific ada episode mengenai isu kenapa some people can get more creative and energetic during this time around, isu 'light pollution', orang yang berkerja pada waktu malam and of course some creepy stuff (sikit jee). My personal favourite ialah episode dimana Vanessa pergi ke hutan pada waktu malam bersendirian(!) dan aku dapat rasa macam aku pulak berada dalam tempat dia. It was scary but thrilling at the same time. Dan aku pulak dengar time nak tidur dengan keadaan bilik gelap-gelita memang maximize betul experience mendengar. lol.

While some episode can be quite boring. Maybe a couple of episodes out of 21 so far. Which is ko boleh skip kalau nak majoriti adalah menarik untuk didengar.

Honourable Mention

Hanourable Mention ialah list aku recommended untuk dengar tapi since aku tak boleh nak follow banyak sangat sebab 'masa itu emas' jadi aku dengar regularly sahaja.

Serial

Serial is good. Season 1 dia memang best. Mengenai Sarah Koenig cuba siasat balik satu kes benar pembunuhan seorang gadis sekolah menengah dan cuba tengok sama ada betul tak Adnan (didapati bersalah dan dah dihukum penjara) betul-betul melakukan jenayah ni. Like literally semua bukti dia korek balik, interview balik semua orang yang terlibat, buat analisis, jumpa pakar-pakar untuk mendapatkan pendapat mereka dan kaitkan balik dengan kes ni tengok relevan ke tak. 

While S1 is good (really good I think) aku rasa S2 dia tak berapa sangat.
Ted Radio Hour














Topik-topik yang dikupas dalam podcast ni ada yang interesting. Contoh macam 'What is Originality', 'Solve for X', 'The Case of Optimism' and many others. Dengar macam geeky kan? Haha. A bit lah but somehow a really god medium for us to contemplate or perhaps to understand more about certain things. But the down side is dia punya durasi panjaaang dalam 1 jam per episode dan aku hanya dengar bila betul-betul ada masa ataupun masa tengah drive. Lepas tu tajuk bukan main banyak. Aku hanya akan pilih mana yang betul-betul pique my interest.

Mystery Show














Sebab dia ada 6 episode saja lepas tu konon berjanji Season 2 akan keluar tapi dah nak setahun lebih tak muncul-muncul juga so aku letak dekat sini. Amik ko. By the way ini adalah podcast mengenai Starlee Kine seorang detektif amatur cuba menyelesaikan misteri yang orang submit dengan syarat misteri tu solusinya dan jawapanya tak boleh dicari dekat Google.

Contohnya aku amik description episode 1 yang bertajuk Video Store;

"Laura rents a video. When she tries to return it the next day, the video store is gone"

Jeng! Jeng! Jeng! Nak tau kenalah dengar sendiri. Kosser nak cerita. So that's it. Boleh search lah title-title ni kalau berminat. Tapi ingat adik-adik semua sebenarnya ada baaaaaaaaaaanyaaaaak lagi podcast diluar sana. Tema pun bermacam-macam. Cuma kita perlu rajin explore. It is another different world out there. Dan bagi yang dah berkecimpung dalam dunia podcast cuba share apa podcast kegemaran anda di bahagian comment. 

Oh, one more thing. Podcast kini boleh didengari melalui Spotify for both Android and iOS users. Sweet!

1 comment:

  1. Macam best.
    Aku berminat nak layan podcast, tapi sbb kena guna connection tu yg payah tu.
    Kalaulah dia macam radio, tuning je frekuensi dah dapat siaran, kan senang. Hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...