Sudah jemu makan mi segera dengan cara yang sama? Anda inginkan sesuatu yang baharu atau alternatif yang lain untuk menikmati makanan segera ini? I've got you covered. Mari aku berkongsi resepi rahsia turun-temurun (lol) cara-cara untuk membuat Martabak Manggi. Nama saja Martabak Maggi tapi kalau nak guna jenama lain pun tak kisah janji perisa kari. Sebab Martabak kan sinonim dengan perisa kari kan? Namun kalau nak guna perisa lain pun tak apa, cumanyanya resepi yang aku kongsikan ni korang anggap macam resepi asas saja. Kalau lepas ni kalau nak ubah suai letak perisa lain ke, tambah bahan lain ke, terpulang.
BAHAN-BAHAN (For 1 pax)
1 paket mi segera berperisa kari*
1 biji telur*
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2-3 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Ok, sebelum kita mula memasak. Nampak tak tanda asterisk '*' ni disesetengah bahan yang disenaraikan di atas? Yang ni aku anggap sebagai bahan yang wajib ada. Yang lain tu sebagai sampingan sahaja. Kalau masa tu korang malas sangat nak prep bahan bagai atau bahan-bahan tak cukup atau budget tak ada yang tinggal maggi dengan telur saja dekat dapur pun tak apa. Dua bahan ni pun dah cukup untuk buat resepi ni. Mudah gila. Yang lain tu macam aku cakap dalam intro di atas hanya untuk memeriahkan lagi rasa dia. Tak ada pun tak apa, kalau ada lagi bagus.
CARA MEMASAK
1. Rebus mi segera (minus perencah kari) sehingga masak. Tapi jangan masak lama sangat sampai dia lembik. Biar besederhana tekstur dia. Kemudian tapis sehingga kering.
2. Dalam pada masa yang sama. Kita sediakan bahan basah dia dahulu. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan letaklah secubit garam dan gula serta perencah kari tu tadi. Gaul sehingga sebati.
3. Cincang bawang merah, putih dengan cili padi dan masukkan ke dalam mangkuk berisi telur itu tadi. Kacau sehingga sebati. Bawang besar tu sebenarnya separuh pun dah cukup tapi disebabkan aku suka bawang aku potong lah semua terus.
4. Kemudian ambil mi segera yang telah ditapis tadi dan gaulkan bersama dengan sebatian telur tadi sehingga MESRA!
5. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak macam nak masak telur goreng dan tunggu sehingga ia panas. Kalau nak fancy rasa wangi berlemak gunakan mentega.
6. Masukkan adunan mi tadi ke dalam kuali secara perlahan-lahan dan goreng kedua-dua bahagian sehingga masak.
7. Sedia untuk dimakan.
Disebabkan aku kebulur, aku letak hirisan ayam goreng diatas. |
TIPS & TRICKS
⇒ Garam dan gula ni optional. Kalau dahulu aku tak letak pun sebab takut nanti dia termasin pula sebab perencah kari tu pun dah masin. Tapi tu time beginner lah. Sekarang ni bila dah tau agak, aku letak je. The taste is slightly better. Sebab ada rasa manis juga tak adalah rasa masin kari saja. Oh, dan ingat konsep ni. Lagi banyak bahan-bahan yang korang tambah lagi akan kurang rasa perencah kari tu. Kalau masak tak tambah apa-apa aku rasa letak gula saja. Sebab masin dia dah cukup dah. Melainkan ko yang jenis suka extra masin.
⇒ Sebab resepi ni guna sebiji telur sahaja, berpada-padalah masa nak tambah bahan. Sebab nanti masa mengoreng takut martabak ni hancur lebur bila nak flip ke bahagian lain. Kalau nak tambah telur kepada 2 biji pun boleh untuk atasi masalah ini tapi aku prefer stick to one egg kalau nak luaran murtabak ini jadi crunchy tapi di dalamnya pula empuk lembut dimakan. Aku pernah guna dua biji telur tapi kemudian dia jadi tebal dan ambil masa pula nak masak bahagian dalam dia. Bila tebal luar dia tak jadi crunchy sangat.
⇒ Speaking of extra ingredients. Sebenarnya banyak bahan-bahan yang boleh dicampur. Aku pernah letak isi ayam, sotong, udang, lebihan ikan goreng. Guna apa yang ada. Kalau sayur boleh letak kobis, lobak, taugeh dan macam-macam lagi. It's up to you to experiment yourself with other stuff. Maybe next time nak letak cheese ke, cendawan ke, sosej ke, or guna perisa maggi tom yam ke, ayam ke. Make the recipe yours. Tapi ingat tips sebelum ni. Berpada-pada jangan banyak sangat letak. Tahu nafsu tu kalau boleh nak letak semua benda kan. But just don't. Moderation is our friend here.
Aku juga ada campur sotong goreng di dalam resepi di atas. Nak letak ayam juga tapi macam dah banyak sangat tu yang letak dia asing dekat atas saja. |
⇒ Nak dapatkan bentuk martabak yang cantik bulat, masa nak tuang tu korang boleh adjust-adjust sikit dengan sudu/sudip bagi dia cantik. Pada masa ni juga isi-isi macam bawang, cili tu boleh lah bagi rata dekat semua kawasan. Tak lah nanti setempat saja dia terkumpul. Bila dah rasa bahagian bawah macam dah start pejal masa nilah boleh mula flip. Bukan flip hair tapi flip untuk masak bahagian atas dia pula.
⇒ Masa menggoreng pastikan api tak kuat sangat. Nanti takut luar martabak cepat rentung. Pada masa yang sama tekan-tekan sikit tengah martabak tu dengan sudip supaya isi dalam dia masak cepat. Takut pula nanti luar dah cantik masak tapi tengah-tengah dia lembik lagi.
Rasanya tu je kut tips yang aku ingat setakat ni. Diharapkan resepi ini dapat membantu anda semua menikmati mi segera dengan cara yang baru. Walaupun aku rasa dah berlambak resepi ni orang share. Tapi kalau ada apa-apa soalan boleh ajukan di ruangan komen dan aku akan cuba jawab mana yang boleh. Tapi resepi ni memang mudah dan cepat lagi-lagi kalau dah mahir buat. Tabur sini tabur sana goreng kejap dah siap. Kalau dah cuba buat boleh lah share gambar. I won't judge.
Tq for the tips. Helpful sangat!
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteThank you�� aq Bru nk cmpur mcm² hahahahah
ReplyDelete