Wednesday, 3 January 2018

Kunjungan Pertama: Gerai Makanan Dan Minuman Rahamath - Nasi Kandar

Hi! Last time, aku dah cuba dua buah restoran di sekitar kawasan Ipoh, you guys can check the links below:


Since laksa dah cuba, nasi ayam pun dah apa kata kali ni rasa Nasi Kandar pula. Ok, sebenarnya bila cakap pasal Nasi Kandar dekat Ipoh memang mostly orang akan suruh ko pergi rasa Nasi Ganja dekat kedai Kopi Yong Suan tu. Kedai ni punyalah famous hari-hari memang akan berderet orang beratur nak makan macam tak jemu-jemu lah. Tak kiralah local ke pelancong ke semua sama saja memang suka pergi sini. Punyalah orang duk ketagih nak makan hence the name Nasi Ganja.

Tapi kali ni bukan tempat ni yang aku nak cerita, tapi tempat lain pula tapi masih jual menu yang sama iaitu Nasi Kandar. Cumanya tempat ni korang janganlah berharap nasi dia juga akan dinamakan bersempena dengan illegal substances macam Nasi Heroine ke Nasi Ketamin ke. lol. Tapi tak bermakna bila nasi dia tak ada nama gelaran bagai tu kita boleh memandang rendah kepadanya. Mungkin lagi sedap manalah tahu.

Nak dijadikan cerita aku mula perasan tempat ni masa nak lalu jalan area Masjid Negeri. Tempat ni memang hot spot selalu akan terjadi jam especially during peak hour. So secara kebetulan pula masa tu traffic jam jadi ternampaklah kedai ni. Lokasi dia memang celah bedah betul memang ko tak akan perasan kalau berdesup laju lalu jalan ni. Dia di antara masjid negeri (dekat dengan pintu C) dengan satu deret bangunan. Lepas tu macam ke dalam sikit kedudukan dia. Memang boleh senang terlepas pandang. Plus, dekat situ juga ada kawasan medan selera (dekat dengan menara jam, berhadapan dengan Masjid Negeri) makanya kalau orang yang tak tahu langsung pasal kedai ni mesti terus pergi ke medan selera tu saja.


Kedai dia memang kecil kalau tengok dari luar tapi memang selalu rancak dengan kehadiran orang ramai. Aku mula-mula ingat kedai biasa melayu jual nasi lauk campur untuk waktu lunch tapi bila buat research sikit rupanya kedai jual nasi kandar. Dan kedai ni pun agak popular juga kalau nak diikutkan dikalangan warga tempatan tapi tak lah sefamous Nasi Ganja tu. Rasanya kalau ada Top 3 list dia ni nombor 2 lah lepas Nasi Ganja. Masa aku pergi pun mostly banyak lagi local yang makan dekat situ. Tak nampak sangatlah kelibat ada orang luar (I mean selain warga Ipoh). Selain aku lah. Aku kalau masuk pun nampak benar orang luarnya sebab dok awkward dan blur-blur. Yelah, NAK ORDER DEKAT MANA NI?!


Disebabkan kedai dia dekat luar nampak kecil kalau masuk memang kecik pun. HAHA. Rata-rata meja disusun rapat-rapat memang style kongsi meja dengan semua orang. Tak kira kaum, bangsa dan negeri. Tak boleh nak choosy sangat! Kalau memilih tak nak kongsi dengan siapa-siapa memang tunggu kucing bertanduklah memang tak ada sapa nak berikan privasi yang ko dambakan tu. Memang kena main bantai saja duduk dekat mana-mana. But it was fun experience. I don't mind it either.


So basically ko kena pergi kaunter dia (dimana semua orang tengah serbu macam nak beli ikan), lepas tu order apa yang ko nak. Nak apa cakap. Nak ayam ke daging ke, telur ke. Kalau bisu malu tak payah makan. Aku time lepas dia letak sayur dengan kuah kari tu aku decided nak ambil ayam sahaja. Ye, ye kedengaran macam sikiiitnya. Diet ke?


Tapi sebenarnya portion nasi dia macam untuk orang yang lapar tak makan dua hari. Mujur aku tak tambah telur lah, daging lah which korang boleh tambah kalau nafsu besar. Tips: Option untuk nasi separuh ada tapi kena bagitau dia awal-awal lah ye. Cumanya aku tak pasti motif dia bagi aku tengkuk tu. Dengan harga RM5.30 aku dapat nasi putih, sayur dan ayam merah rempah.

The Taste:

Surprisingly good. Gediknya nak suprise apa kan kalau secara logiknya kalau dah ramai datang mestilah sedap kan? Bukan apa kadang-kadang indah khabar dari rupa. Yang ni khabar dia pun indah, (rupa agak messy to be honest sebab main bubuh je kan dalam pinggan tu) rasa pun tak mengecewakan. Personally, (again) aku bukan peminat tegar Nasi Kandar, jadinya aku tak boleh nak agak mana standard nasi kandar yang best mana yang tak. Hanya berharap dengan rasa tekak sendiri saja. Kali ni tekak aku macam kata 'YASSS'! Kari dia tak pekat sangat tapi still sedap. Lepas tu dekat hujung pinggan belah kiri tu ada macam tempekan kuah lain. Tu actually macam ada rasa yogurt masam sikit which was wuuut~! Rasa agak ganjil disitu tapi still compliment with the main curry. Dan kari dia tak pedas which is a good news for people who don't like spicy stuff. Mula-mula punyalah risau boleh habis ke tak ni? Sekali licin habis. Hurmmm. Senyum tak perlu kata apa-apa. *sendawa berirama*


Cumanya lepas makan benda ni mulalah rasa keawangan-awangan kepala minta disogokkan bantal sebab dah kenyang gila ko rasa nak tidur terlentang for the rest of the day. Tak sesuai gila kalau makan ni lepas tu nak buat aktiviti berat pula. 

Lagi satu kedai ni style dia makan dulu bayar kemudian dimana ko kena hafal apa lauk ko ambik nanti baru dia kira. Which is risky gila sebenarnya untuk owner kalau ada yang berniat jahat pasti ambil segala jenis lauk-pauk tapi last-last masa  nak bayar kata ambil lauk ayam saja. Tapi nanti keluar dari kedai saja mesti buih mulut sawan akibat perbuatan jijik ini. Dah lah masjid sebelah saja kan? lol! Dan dia juga ada menyediakan perkhidmatan tapau. Boleh lah bungkus kalau nak lagi.

Tips berguna yang lain ialah kalau boleh datang lah awal sikit dalam pukul 11 ke. Elakkan waktu lunch hour memang bergasak-gasak lah korang dalam tu macam sardin. Kemudian kalau dalam ingatan naif korang plan nak makan waktu petang saja or waktu dinner saja, BERANGAN! Kedai ni pun dah nak tutup time tu sebab dia hanya buka pada waktu lunch hour sahaja. Sebab tu aku suggest pergi awal sikit. Sini pun susah juga nak cari parking. So kalau jumpa parking yang kosong tu masuk saja walaupun macam jauh sikit dari lokasi dia. You will thank me later.

Address:

Gerai Makanan Dan Minuman Rahamath
Jalan Dato Sagor,
30000 Ipoh, Perak

2 comments:

  1. sedapnya nampak ayam tu =L
    bila tah nak jalan2 cari makan, ipoh tu jauh benor utk aku saja g makan semata XD
    tunggula kalo ada urusan kat situ ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis! Pack your back and just go! Life is too short kalau nak tunggu ada urusan bagai. Haha. Senang je aku cakap kan. But do tell me ur experience kalau dah singgah rasa.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...