Wednesday, 21 December 2016

Thing Myself Say When...

Warning: Entry tidak mempunyai gambar.

Kadang-kadang boleh tahan jugak sakit hati dengan diri sendiri. Bayangkan masa zaman remaja dulu dengan kehidupan yang masih naif, kurang kedut dimuka, stamina masih lagi tinggi (lol), macam banyak gila benda nak dibuat tapi terbantut dengan alasan kurang sumber. Contoh macam ni:

'Teringin nak pergi [masukkan nama tempat disini], tapi...'

a. tak cukup duit, nanti masa akhir semester nak makan apa? Bestnya kalau ada kerja boleh simpan duit sikit untuk pergi mana-mana.
b. tak ada transport lah. Kan best kalau ada kerete sendiri. Tak payah susah-susah nak cari bas bagai.
c. seronoknya kalau ada kawan yang boleh join sekali, Tak ada lah macam terpinga-pinga nak pergi sorang-sorang.
d. jauh sangat tempat ni. Kenapa tak dekat je. Kenapalah [masukkan kawasan tempat tinggal] tak ada tempat yang best-best.
e. blah blah blah blah. Blah blah blah.
f. hurmm... haaah. hurmmm (Tak tau alasan apa lagi nak bagi tapi berdegil nak mengeluh jua)

*fast foward ke masa depan semasa sudah berkerja*

'Teringin nak pergi [masukkan nama tempat disini], tapi...'

a. tak ada masa lah, banyak sangat rasanya komitmen nak kena buat. Balik-balik kerja dah malam. Tak sempat!
b. susah nak cuti lah. Dulu waktu belajar ada waktu lapang banyak. Senang nak rancang pergi mana-mana. Ni kalau cuti pun weekend or public holiday memang ramai lah orang pergi tempat yang nak dipergi tu. 
c. tak cukup duit lah. (DUIT LAGI!) nak bayar loan sana sini. Last-last tinggal untuk savings dengan duit makan saja. Ko rasa?!
d. Kan best kalau blah blah blah...
e. *bebel tak berenti*

In fact rasanya aku memang sedar tapi kadang-kadang buat tak sedar sebenarnya all these a, b, c or you can call it as nonsense whatsoever tu adalah purely alasan saja padahal either ko a) hangat-hangat tahi ayam nak pergi or b) malas. Sebabnya ko keep on creating excuses and more excuses konon nak justify ko memang tak boleh nak buat satu-satu benda tu. Walaupun pepatah ni klise af 'Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih' tapi dia dia adalah relevan af.

Aku bagi lah contoh diri sendiri. Example pasal event Big Bad Wolf (BBW). Masa zaman belajar dulu, aku gila meroyan nak pergi event ni (masa ni BBW tak sediakan basket dan troli and you literally need boxes to fill in your books. Rupa macam homeless dah usung kotak ni sana-sini)  Setiap kali baca blog entry orang lain pasal experience diorang pergi BBW ni (blog was a thing this time around) rasa dengki meluap-meluap tengok. Ko gila ke buku semua murah-murah melampau, sebagai pembaca tegar (at that time) mestilah nak pergi. Jimat duit. 

But I didn't get to go I guess to their first or second year, dengan alasan-alasan klise di atas. But demmit! bila ko apply papatah klise tu. I've finally managed to go there.. unharmed. With at that time aku tengah study area Johor dan BBW usually buat dekat area Selangor. It was quite far kalau nak naik bas, takut rasa penat, nanti nak tidur mana? Takde sapa nak teman ke? Selamat ke? Nak beli tiket macam mana? All over again with unnecessary excuses. 

Tapi at that time rasa determine lantak lah apa nak jadi (ditambah pula dengan darah muda acah rebel Star Wars: Rogue One) capai beg isi apa barang patut terus pergi station bus beli tiket on the spot alone, pergi waktu pagi, start survey buku dari tengah hari sampai subuh esoknya! Lepas tu balik macam zombie waktu pagi-pagi buta. Sekarang, mana perginya alasan a, b, c bagai ko tadi?

Contoh lain? Remember dekat blog lama aku (tak habis lagi move on kan), meroyan tak tentu pasal kata bestnya kalau dapat pergi itu ini. Guess what? Again dengan dengan budget ciput student plus dengan ko nya yang anti sosial, kenderaan tak ada itu ini. Aku managed pergi ke Melaka, Seremban etc. Sekarang, sekali lagi mana perginya ko punya alasan a, b, c bagai tu?

Kembali kepada waktu sekarang, again bila aku mula merungut tak boleh buat itu ini. After all this while, ko tak perasan ke ko dah lalui semua benda ni?? Dan mostly bila aku merungut ialah masa baring atas katil. HAAA! Let's be frank kadang-kadang memang ada time bila betul-betul tak boleh nak buat sesuatu sebab well, kita hanya merancang. But most of the time we or should I say I keep on creating problem that should not exist in the first place. Paranoid tak tentu hala.

Macam dulu nak tulis blog konon harapannya kalau lah ada kamera yang berkualiti mesti bersemangat nak tulis blog kalau ada gambar-gambar menarik. Tapi bila dah ada kamera digital sendiri, gambar ntah ke mana blog ntah ke mana and I've once stop completely writing any post for about 1-2 years after that. Sekarang mana relevan kamera cantik = banyak blog post tadi?

Bukan pasal tulis blog saja tapi benda lain juga macam at one time aku pernah rasa kalau ada kamus ni blah blah mesti proficiency bahasa aku akan bagus melambung-lambung dalam 3-4 bulan. Bitch, you are delusional. Bila dah ada bukan 1, tapi 3 kamus dan satu daripadanya adalah freaking mahal punya kamus yang mengakibatkan diri sendiri merana dihujung bulan nak survive duit dah habis tapi lepas tu kemajuan yang nak dicapai tak seperti yang diharapkan. After owning this stuff mostly start buat benda-benda melagho lantas terus lupa nak buat apa yang patut in the first place. This sounds like me dishing out my own dirt, haha, but joking aside aku nak remind balik diri sendiri yang sebenarnya ia kembali pada diri sendiri. Please tell me that you can relate to this. Bukan aku sorang saja struggle pasal ni. (Mula drag semua orang).

*tengok cermin*

If you wanted to do it. Then do it.  

Sunday, 18 December 2016

Membebel Pasal Fantastic Beasts & Where To Find Them

Bulan lepas aku ada sort of beriya kata nak buat entry pasal 'Fantastic Beast & Where To Find Them' (FB) demi meraikan kemunculan kisah ini ke skrin putih. Malah sampai ke satu tahap sebelum nak tengok movie ni aku bercadang nak buat entry khas untuk bagi rasa hype sama macam aku buat 3 entry back to back bersempena pelancaran game Pokemon Sun & Moon.


Tapi nampaknya plan tu tak menjadi. Don't get me wrong. Aku dah ready semua nak buat entry pasal ni dengan idea kasar nak identify semua magical beast yang muncul dalam semua trailer FB ( ada 3 kalau tak salah) dan buat sedikit keterangan pasal setiap haiwan ini. Plus, ingat tak aku ada suruh baca buku FB terdahulu? Yup, mula-mula ingat nak buat keterangan berdasarkan buku ni lepas tu boleh lah nerding all the way through pasal the new side of magical world of J.K Rowling all over again. I even have already identified Bowtruckle, Niffler, Demiguise etc. in there and even that legendary Thunderbird (FYI Thunderbird my school house if I decided to learn my magical stuff at Ilvermony instead of Hogwarts).


Tapi somehow after watching the movie I felt.... something is missing. Perasan dia macam tak ada benda nak fikirkan sangat dan aku move on dengan life and I wonder why. To be honest aku sebenarnya patut sedar yang aku bukan peminat karya Harry Potter dalam medium wayang gambar sejak daru dulu lagi. Call me as the bitter book fans whatsoever I don't care tapi dunia keajaiban Harry Potter sangat menyerlah dan kaya dalam bentuk penulisan. Secara personal aku tak boleh nak angkat 8 filem HP sama taraf dengan the original material. HAH! Jangan ingatkan kembali momen bila Warner Bros amik keputusan untuk jadikan 'Deathly Hallows' kepada 2 siri. I you really have to do a 2-parts movie go with 'The Order of The Phoenix'. Tapi dah terlambat sekarang.

Same goes with FB which I find quite 'average' for my liking. Mungkin aku mengharap something more refreshing sampaikan wujud satu ilusi yang filem kali ni akan bawakan satu benda yang baru. Since it is no longer based on book. They can do whatever they want with the plot. Natijahnya bila dah set kan expectation terlalu tinggi terhadap movie (based solely on trailers pulak tu) kekecewaan pasti menanti dikemudian hari.

And it happened to me. Sebab tu aku decided untuk abandoned nak buat any entry pasal FB. Tapi untuk abaikan FB secara total rasanya agak kejam and I need to write about it at least one. Not a review but my personal thought about it.

-SPOILER TERRITORY-

Kejam kalau kata FB langsung tak menarik cuma it just mildly pleasing for me. And I should expect this based from previous 8 HP movies. Jalan ceritanya berpotensi untuk menjadi menarik tapi ada adegan yang macam statik dan dibiarkan begitu sahaja. Oh, I do know that they are going to make like another 4 FB movies and they might spill more details in there but again being such a total jerk, deep down in my heart I hope it should just have ended with only one story. Sebab aku dengar the next one akan berkisar mengenai Dumbledore dan Gridewald. Rasa macam pelik sebab nak masukkan arc ni dalam siri FB. Aku rasa lagi wajar kalau buat cerita ni dipisahkan dan tak bercampur dengan FB.

Eddy Redmayne sebagai Newt Scamander done a really good job (Aku baru tahu dia ada berlakon dalam Jupiter Ascending. Another potential to be a great film but was wasted with horrible storyline). I do feel he really care about the beasts but somehow the connection is not shown enough. I need him with more scenes interacting with this fantastic beasts. Interacting in organic way sampai aku yakin kalau salah satu haiwan magik ni mati dia akan meroyan dan aku akan rasa benda yang sama. Bukan scene menangkap semua haiwan balik dan humban ke dalam beg semata-mata. The No-Maj guy, Job Kowalski is good also. He done a great job as the comic relief for the movie. Queenie is good also with her Ligilimency stuff but Tina, the heroin is quite forgettable. Dan si Yuna aka Seraphina, the President of MACUSA macam completely useless. What is she doing except buat muka judging? Do some magic stuff! President kut.

Yuna
Scene dalam beg dimana ditunjukkan bagaimana tempat habitat walaupun nampak macam zoo versi binatang sihir is a perfect example. Tapi dia macam sekejap sangat. Yet again jangan cerita pasal CGI dia. Left and right! And I wish they should used practical animation. Baru nampak macam raw dan lebih realistik. Rasanya tak mustahil untuk production team berbelanja lebih sikit kut buat haiwan robotik. Mungkin dah berbelanja sangat kut hired big name actors sebab tu budget kena potong untuk practical effect. Sapa suruh hired big names macam Eddy Redmayne (Academy Award Winner), rising star Ezra Miller (The Flash), Collin Farell, Johnny Depp etc. #SerkapJarang

Speaking of Johnny Depp (at the end he was revealed to be Gellert Grindewald), perasan tak hala tuju movie ni macam beriya betul fokus pasal Grindewald; the next arc punya storyline sampaikan tenggelam kisah Newt. Dah nama pun 'Fantastic Beasts and Where To Find Them' bukannya 'Grindewald with Fantastic Beasts and How To Catch Them'.

But the plot twist is quite good, because you know J.K Rowling and her tendency to twist some stuff with revealed of Credence (budak lelaki yang macam ada Autism (?)) as the Obscurus (entiti hitam berkabus tu) instead of her sister. This was a good revealed.

Dan akhir sekali kecewa sebab tak ada scene brutal magic war like people kiling like nobody business tapi yang dapat adalah scene kejar mengejar dan sedikit penggunaan magic basic. ZZZZZ. Ok aku tahu dia PG13 but at least show some good combat spell. Yelah kan sebab nature movie ni macam dark gritty plus dengan majoriti watak adalah orang dewasa. Instead kita dapat spell 'Alohomora'! Please use all three unforgivable curses will ya?

As conclusion, will I watch the second one? Yes, sebab aku nak tengok macam cerita ni akan berkembang lepas ni. Tapi aku bet the second one will revolve around Newt ex, Leta Lestrange, dan Grindewald akan pecah keluar dari penjara. Cuma aku harap pelis at least dapat lah tengok Ilvermony or Durmstrang (Grindewald's school), sikit pun takpe. And we shall wait like next year?

Tuesday, 13 December 2016

Gigitan Pertama: Original & Chocolate Hokkaido Baked Cheese Tart

It's been a while, like a loooong centuries ago that I write something about food. Jadi kali ni aku nak cerita pasal tart yang aku dah obsess kadang-kadang bila tengah drive menempuh jam masa balik kerja ataupun main game ataupun sebelum mata terlelap pada tengah malam aku boleh mengidam benda alah ni.

Nope, it's not your typiccal Blueberry Tart or even Custard Egg Tart oorr Portuguese Tart. It is freaking Baked Cheese Tart. Lebih specifik lagi Hokkaido Baked Cheese Tart. Sebenarnya tak merancang pun nak rasa benda ni walaupun there is a lot of 'buzz' here and there pasal tart ni.  Tapi bila dah ada orang bagi ko rasa lah. Dan pada gigitan pertama...

it was a blessing.

Boleh tak bayang bila rasa dia menyelubungi seluruh lidah lepas tu rasa nak terangkat bontot sikit *sambil mata terpejam* lepas tu rasa macam nak ascended to cloud 9. It is officially my favourite tart. Ini gambar yang aku amik sebelum peristiwa hampir nak terapung itu berlaku.


Secara luar tart dia kelihatan masak tapi dekat center dia bila ko gigit baru dapat rasa filling cheese  dia adalah lembik. Ko macam terpedaya sekejap ingatkan the whole thing adalah semi solid. Dan kalau tak berhati-hati boleh tumpah filling dia. Rasa dia super creamy with cheese in a good way dan diiring dengan kulit tart yang rangup. 

While the taste is good. Harga dia pulak agak mahal untuk golongan miskin dan golongan pertengahan. RM5.80 untuk satu piece. Dan kalau ko beli ada ke nak beli satu? Mesti dua atau tiga baru cukup (untuk sorang). But well, despite the unbelievable hefty price I just don't care. Bila dah rasa nak makan I will buy it like nobody business. Biarlah ada pepatah mengatakan "Ikut hati mati, ikut rasa binasa". MARILAH BINASA BERSAMA-SAMA DENGAN TART NI!

Buat masa sekarang ada dua perisa yang available. Cheese, as the original flavour dan Coklat. Tapi aku prefer yang original sebab yang coklat rasa mediocre. Aku perasan kalau coklat, tekstur tengah dia lebih lembik dari perisa original kalau ko tak berhati-hati duk berlari anak ke, boleh terkeluar filling dia. So kalau tapau ingat jangan gedik masa pegang benda ni walaupun dia dah packing baik-baik dalam kotak. Nescaya anda akan menyesal apabila melihat tart anda hancur apabila sampai dirumah. Dah lah mahal!


Tapi selain tart ni aku perasan dah makin banyak kedai brand lain yang jual Baked Cheese Tart muncul macam cendawan selepas hujan. Kalau korang ada rasa brand lain, boleh suggest untuk aku rasa. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...