Tuesday, 13 December 2016

Gigitan Pertama: Original & Chocolate Hokkaido Baked Cheese Tart

It's been a while, like a loooong centuries ago that I write something about food. Jadi kali ni aku nak cerita pasal tart yang aku dah obsess kadang-kadang bila tengah drive menempuh jam masa balik kerja ataupun main game ataupun sebelum mata terlelap pada tengah malam aku boleh mengidam benda alah ni.

Nope, it's not your typiccal Blueberry Tart or even Custard Egg Tart oorr Portuguese Tart. It is freaking Baked Cheese Tart. Lebih specifik lagi Hokkaido Baked Cheese Tart. Sebenarnya tak merancang pun nak rasa benda ni walaupun there is a lot of 'buzz' here and there pasal tart ni.  Tapi bila dah ada orang bagi ko rasa lah. Dan pada gigitan pertama...

it was a blessing.

Boleh tak bayang bila rasa dia menyelubungi seluruh lidah lepas tu rasa nak terangkat bontot sikit *sambil mata terpejam* lepas tu rasa macam nak ascended to cloud 9. It is officially my favourite tart. Ini gambar yang aku amik sebelum peristiwa hampir nak terapung itu berlaku.


Secara luar tart dia kelihatan masak tapi dekat center dia bila ko gigit baru dapat rasa filling cheese  dia adalah lembik. Ko macam terpedaya sekejap ingatkan the whole thing adalah semi solid. Dan kalau tak berhati-hati boleh tumpah filling dia. Rasa dia super creamy with cheese in a good way dan diiring dengan kulit tart yang rangup. 

While the taste is good. Harga dia pulak agak mahal untuk golongan miskin dan golongan pertengahan. RM5.80 untuk satu piece. Dan kalau ko beli ada ke nak beli satu? Mesti dua atau tiga baru cukup (untuk sorang). But well, despite the unbelievable hefty price I just don't care. Bila dah rasa nak makan I will buy it like nobody business. Biarlah ada pepatah mengatakan "Ikut hati mati, ikut rasa binasa". MARILAH BINASA BERSAMA-SAMA DENGAN TART NI!

Buat masa sekarang ada dua perisa yang available. Cheese, as the original flavour dan Coklat. Tapi aku prefer yang original sebab yang coklat rasa mediocre. Aku perasan kalau coklat, tekstur tengah dia lebih lembik dari perisa original kalau ko tak berhati-hati duk berlari anak ke, boleh terkeluar filling dia. So kalau tapau ingat jangan gedik masa pegang benda ni walaupun dia dah packing baik-baik dalam kotak. Nescaya anda akan menyesal apabila melihat tart anda hancur apabila sampai dirumah. Dah lah mahal!


Tapi selain tart ni aku perasan dah makin banyak kedai brand lain yang jual Baked Cheese Tart muncul macam cendawan selepas hujan. Kalau korang ada rasa brand lain, boleh suggest untuk aku rasa. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...