Friday 9 February 2018

Jejak Langkah Ipoh Mural Art Trail

Kalau sebut tentang mural art selalunya lokasi pertama dekat Malaysia yang akan dikaitkan dahulu ialah di Pulau Pinang. Yang paling famous sekali ialah mural art 'Boy on the Motorcycle' dan 'Children on Bicycle'. Kedua-dua hasil seni ni dah jadi di antara signature trademarks untuk pulau ni.

Tapi rupanya di Ipoh pun ada mural art dia yang tersendiri yang dipanggil sebagai 'Art of Old Town'. Dan aku dapat tahu mural arts yang berada di Pulang Pinang dan Ipoh sebenarnya dihasilkan oleh orang yang sama iaitu Ernest Zacharevic. Amazing right? Sejujurnya aku memang tak tahu ada mural art dekat Ipoh dengan alasan aku jarang-jarang ke sana. Tetapi sebenarnya kalau orang luar singgah sekejap dekat Ipoh memang tak perasan pun kewujudan mural arts ni sebab kebanyakkannya terletak dekat celah-celah bedah. Celah bedah di sini bermaksud terletak di lokasi yang agak tersorak. Lagi-lagi kalau dalam hati nak cari makan sahaja sejurus tiba di Ipoh memang tak nampak lain dah. Menonong pergi depan tak tengok kiri kanan dah. Ko rasa boleh perasan? Did I just describing myself?

Art mural pertama yang aku tak sengaja nampak dan tak tahu pun ia adalah art mural in the first place ialah gambar orang tua muka kedut seribu tengah memengang secawan air. Dia betul-betul berada dekat dengan Ipoh Tourist Information Centre (ITIC), memang tak akan miss lah. Sebab gambar dia sebesar alam dengan menggunakan hampir keseluruhan dinding bangunan sebagai kanvas lukisan. Kemudian bila buat sedikit research ada lagi 6, ye ENAM teman-teman sekalian, mural arts yang korang boleh explore dan cari dekat kawasan berhampiran. Senang cerita dah jadi one of the main attractions lah dekat Ipoh. 

Disebabkan pada suatu petang yang dingin dengan cuaca yang mendung selepas hujan lebat melanda, aku amik keputusan untuk menjejak dan mencari sampai ke lubang cacing! yes, you heard me right, cari ketujuh-tujuh mural arts ni. Kalau TV3 buat Jejak Rasul, aku pulak nak buat Jejak Mural Art! 

#1 Old Uncle With Coffee Cup


Nilah pakcik tua yang aku katakan tadi. Kalau tengok dekat-dekat, kedut-kedut dia bukan main real lagi. Details betul. Aku syorkan kalau nak start buat Ipoh Mural Art Trail ni korang start dari sini. Kemudian nanti boleh lah start jalan-jalan cari yang lain. Dekat bawah aku letak koordinat dia untuk memudahkan korang mengenal pasti kesemua mural arts ni. You're welcome. Tapi aku tak guna pun koordinat-koordinat ni. Main ikut saja maps yang aku jumpa dekat Google. Sampai masuk lorong-lorong ntah mana-mana cari. Haha. Kebetulan maps tu tak selengkap mana. Memang duk tergagau-gagau lah sana sini sehingga menarik perhatian penduduk tempatan. Budak ni mendeeee!?

Depan dia ialah kawasan parking kereta. Kalau pergi waktu sibuk memang
susah lah sikit nak bergambar sebab kena hadang dengan kereta.

Let me tell you something. Aku start benda alah ni around 5 petang pada waktu public holiday, tapi serius memang kurang betul orang masa tu seolah-olah aku amik pakej private viewing set sebabnya memang tak ada orang sangat time tu. Not that I'm complaining. At least tak payah berebut-berebut nak amik gambar ye dak? So maaaybe you should do the same thing? Pergi petang-petang sikit. Tapi bukan weekdays sebab masa tu semua orang berpusu-pusu nak balik rumah.

Oh, for your information mural uncle ni betul-betul dilukis dekat bangunan di mana terletaknya the first original branch franchise Old Town White Coffee. Sejajar dengan kedudukan lokasi ini dan signature drink yang terkenal di Ipoh iaitu Ipoh White Coffee, mural art ni memang kena sangatlah.  Dekat area sini pun ada kedai Cendol dan Rojak Padang. Kalau berkesempatan dah penat sudah bergambar bagai boleh singgah sebentar. Amboi, baru first mural dah nak berehat. Dasar ambik 50 keping gambar tapi last-last ada satu je cantik mana tak penat.

Koordinat: N 04.59843° E 101.077827°

#2 Paper Plane

Can you spot it?
Kalau jalan depan sikit melintasi bangunan mural pertama tu, nanti akan nampak lokasi mural art yang kedua. Tapi kepala kena dongak sikit ke atas. 


Aku duk bayang gigih lah si Ernest ni melukis mural ni. Tinggi benar. But it makes sense. Sebab dari jauh seolah-olah mural ni berada di dada langit. Cumanya aku tak boleh nak agak dekat T-shirt budak baju putih tu gambar apa sebenarnya? Lego Batman ke? Dan budak tu buat topeng acah superheroes ke dengan menggunakan tangan dia? Ataupun sekadar imitasi topeng random untuk parti masquerade? Soo many questions.

Koordinat: N 04.59843° E 101.078542°

#3 Kopi 'O'

Bila dah masuk mural ketiga ni korang dah kena lintas jalan dan kena mula guna peta. It will help you a lot. Dia dah berada di lokasi lain pula. Hanya dekat mural ni saja yang pada masa aku pergi tu ada 2-3 kali orang datang amik gambar. While for the other murals tak ada. Dipandang sepi saja.


This one is definitely my favourite. Kalau tatap betul-betul korang akan nampak details renyukan plastik-plastik bungkusan air tu. It looks soo real but fake at the same time. Dengan straw klise belang putih merah tu memang style Malaysian sangat. Boleh ralat tengok. Lepas amik gambar tu ambil lah masa tengok jangan terus balik pulak. Sebab macam ruginya datang jauh-jauh ambil gambar semata. Kalau sekadar amik gambar lepas tu tengok dekat phone rasanya tak payah datang sini pun tak apa. Dekat Google Image banyak. Seize the opportunity by seeing it and indulge the arts with your own eyes. Walaupun minuman favourite aku teh ais, tak rasa berdendam pun dengan pilihan pelukis untuk guna Kopi 'O'. #tibatiba


Mural ini berhadapan dengan bangunan pattern belang-belang ni. So kalau tak jumpa lokasi mural di atas carilah bangunan ni. Bila tengok perbezaan rasa ketara sangat sebab bangunan tu cat punya lah cantik tapi kemudian bangunan depan dia macam messy betul and that's the charm that I found interesting.

Koordinat: N 04.596771° E 101.078612°

#4 Hummingbird

Dekat kawasan yang sama ada pada bangunan berdekatan dengan mural Kopi 'O' terdapat mural yang keempat iaitu mural hummingbird. Another one of my favourites. Lokasi mural ni kena betul sebab terletak bersebelahan pokok seolah-olah burung ni sedang mencari makanan. 


Tompokan warna pastel yang macam lusuh dan kusam pada badan burung tu really attract my attention. It's soo pretty. And I read somewhere yang lubang-lubang  dekat dinding tu actually ialah tempat sarang burung. 


Saja nak ingatkan yang dua kawasan mural ni iaitu Kopi 'O' dengan Hummingbird ialah kawasan tempat letak kereta berbayar. Makanya kalau datang waktu busy macam akan kacau experience korang untuk bergambar. So plan your trip wisely. Kalau datang nak tengok saja should not be a problem I guess.

Koordinat: N 04.596715° E 101.078483°

#5 Evolution

Mural yang seterusnya betul-betul terletak dekat dinding bersebelahan dengan bangunan warna biru tu aka Muzium Ho Yan Hor. Ho Yan Hor ni actually ialah brand teh yang berasal dari China. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah singgah masuk sebentar. Tapi waktu aku pergi ni dah tutup pula.


Masa ni semua kedai-kedai makan tengah busy set up meja kerusi semua but ignore all that and just get yourself beside the building and you will see...


Mural ni bertemakan suasana Ipoh pada masa era perlombongan bijih timah. Kalau perati suasana dia very dark and gloomy macam penuh asap meliputi setiap kawasan. Nampak betapa pesatnya industri perlombongan pada masa ini. 

Koordinat: N 04.5964° E 101.079252°

*********

Mural 'Trishaw' ni sebenarnya terletak jauh sikit from the rest. So kena bawa banyak bersabar sebab kena menapak sikit. Tapi tak jauh mana pun. Dia dekat area-area Lane Concubine. Kalau nampak macam ada lorong-lorang yang meriah-meriah sikit cuba cari dekat situ. Dia dekat hujung-hujung. Tapi kalau nak selamat guna lah koordinat yang disediakan ataupun main agak-agak berdasarkan map yang aku akan bagi dekat bawah nanti. Sebelum jumpa mural Trishaw ni aku macam dengar sayup-sayup lagu lebaran berbahasa mandarin(?). Yelah nak dekat Chinese New Year ni katanya.


Bila datang dekat-dekat bunyi ni datang dari kedai ni. Excuse me, ni kedai ala-ala rimba ke? Hahaha. Aku macam sangsi betul dengan kewujudan kedai ni macam kenapa nak bersembunyi disebalik hutan banat ni? Susah orang nak nampak. Kemudian aku perasan yang sebenarnya aku tengok dekat belakang kedai dia. MEMANG LER! Lepas tu aku ada juga termasuk lorong yang ada payung-payung warna-warni disusun dekat atas.


Ni kalau budak-budak hipster dan para instagrammer nampak mesti menggelitis tak senang duduk nak tangkap gambar dekat sini. YAS! GET THOSE LIKES! Then dekat satu kawasan dekat Concubine Lane ni macam ada satu kedai lampu lip-lap yang familiar. Aku macam helloo jangan kata...

The most random thing ever. 

#6 Trishaw

Aha! Here we go. Mural keenam kita. Yang ni berbeza sikit sebab trishaw tu memang betul-betul ada dekat situ. Bukan lukisan. Kalau nampak macam kena belah dua pula benda tu. I like this one too. Dalam 7 mural arts ni rasanya ada dua sahaja yang guna kombinasi lukisan dan perkakas sebenar. Trishaw dan mural yang seterusnya kita akan pergi.


Koordinat: N 04.59531° E 101.078511°


#7 Girl

Yes, the last one. Confession time~! Mural ni aku jenuuuuuuh cari tapi tak jumpa-jumpa sampai sakit-sakit bahu badan semua kelibat apa pun tak nampak. Guna koordinat pun still tak jumpa. Stress gila. Segala jenis lorong aku masuk siap diekori oleh 2-3 anjing lagi. Gila adventurous! Walhal aku rasa mesti aku duk penat sangat sampai mungkin kalau mural ni terletak sebelah aku pun aku dahtak nampak. Disebabkan dah nak senja. Aku buat keputusan untuk balik saja. In the meantime lebih sesuai jika tajuk mural ni ditulis sebagai  'GUUUUUURLLLL WHERE ARE YOU?' buat sementara waktu.

Disaat aku taip blog post dan nak cari gambar yang sesuai sebagai pengganti sementara rupanya mural ni memang dah tiada. Sebab pemilik bangunan tempat mural ini dilukis dah cat semula bangunan tersebut. You can read the whole things here. Kecewa dan sedih kejap. Dari tujuh wonders dah jadi 6 macam tak lengkap pula. On a different note PATUTLAH CARI TAK JUMPA-JUMPA!! Memang pada waktu cari tu pun dalam hati aku rasa benda ni dah tak ada. Sebab cari bagai nak rak ye.

Koordinat: N 04.59691° E 101.078152° (RIP)

I found this one map kut-kut korang nak guna sebagai guidance untuk cari mural-mural ini. It's quite useful.



*********
Dikala mencari mural (Gone) Girl tu aku ada jumpa banyak lagi mural arts yang lain. Namun yang semua ni bukan hasil karya Ernest. Kalau tengok design pun boleh nampak bezanya. Lokasi semua memang random gila dan aku rasa ada lagi mural arts yang lain yang bersembunyi di lokasi-lokasi lain.





Design masing-masing memang pelbagai. Aku paling tak boleh tahan mural pokok yang dahan dia macam banyak betul buah dia tumbuh. Siap ada limau bali lagi. Dan ada juga mural yang details betul. Overall I like my the experience I got from this trail. From here boleh nampak side Ipoh yang tersembunyi. Suasana orang set up kedai, random encounter dengan claw machines di mana hadiah dia ialah patung Doraemon pakai baju perayaan CNY, anjing liar tapi friendly (lol) dan senyuman dari penduduk tempatan. 

Jumlah keseluruhan waktu aku habiskan untuk aktiviti ini ialah lebih kurang 2 jam. Lama juga macam jungle trekking. Ni semua pasal mural Girl tulah. Tapi rasanya sejam dah cukup boleh habis, but if only you are good with maps and direction.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...