Hi guys! Kali ni nak buat sedikit ulasan tentang McDonald's Golden Prosperity Burger yang kononnya nak letak di bawah segmen 'Gigitan Pertama'. Tapi macam pelik sangat sebab in real life bukan sekali dah gigit, berkali-kali dah rasa burger ni. Cumanya kali ni McD ada tambah perkataan baru iaitu Golden atau dengan nama yang kurang glamer sikit 'Hash Brown'.
Ye, ye boleh dengar lah rungutan-rungutan dekat belakang tu kata "Burger klise ni nak direview? Dah nak dekat hujung-hujung promo dah pun. Come on man!" You know what? Blog ni pun dah klise jadi apa salahnya buat benda klise? Lagipun aku mana pernah buat entry pasal burger ni kan? Maka sewajarnya buat satu walaupun macam dah terlambat. And you. Yes, you young man. Shut up and read this blog post until the end. #Gaduh #JanganMainMain
McDonald's |
Secara umumnya meh lah aku bagitau secara berterus-terang. McD punya portion makanan bagi aku selalunya sedikit. Jadinya kalau beli mesti tak rasa kenyang walaupun dah upgrade saiz kepada saiz besar. Kemudian dengan harganya yang kadang-kadang boleh mencecah RM20 seorang termasuk dengan add-on dessert bagai (sebab tak cukup kan, so tambah lah macam-macam lagi), jadi rasa macam tak berbaloi pula. I mean I love you McDonald's but I can't eat you regularly. My wallet is screaming with agony every time I go to your drive-thru lane. Jadinya aku selalu beli secara ala carte dengan hanya beli burger sahaja. Air gas digantikan oleh teh ais restoran depan manakala fries pula digantikan dengan karipap sardin 3 seringgit dekat gerai berdekatan. Bukan kedekut tapi rasa lebih berbaloi jikalau buat begini. (KATANYAA)
Ok, mari kita kita mulakan sesi unboxing menu ini
Ok. Not bad. I like the way the beef patty terjulur keluar sikit. Macam bagi ilusi wow! I've got extra meat. |
Katalah apa-apa pun, tapi deep down to my heart as a default answer aku memang suka dengan Burger Prosperity ni. Sebabnya ialah 1) bawang 2) bawang dan 3) sos lada hitam yang pedas. Setiap kali tergigit bawang dia setiap kali tu lah aku rasa macam sedaaaap sangat burger ni. Rasa manis-manis bawang dengan kombinasi sos lada hitam yang pedas tu seolah-olah menari-nari kegembiraan di setiap pelusuk tunas lidah tanpa gagal. I LOVE IT. Dan aku tau burger ni akan tergolong dalam kategori sama ada orang akan suka atau orang tak suka langsung. Sebab ada yang jenis tak makan bawang langsung. Jadinya penjelasan aku tentang betapa nikmatnya burger ini tak relevan dengan golongan ini. Hey, you can eat that Spicy Chicken McDeluxe, mister. Don't need to hate us people that love this burger.
TETAPI (YA, SAJA NAK CAPS LOCK), setiap kualiti burger akan berbeza-beza di lokasi yang berlainan. Masalah utama yang dihadapi oleh hampir semua franchise makanan. McD juga tidak terkecuali tetapi aku rasa piawai makanan dia tak seteruk yang dihadapi oleh KFC sekarang. Makanya, kepuasan untuk memakan setiap burger akan berbeza-beza bergantung kepada tempat yang anda pergi. Tak konsisten. Kalau dapat kitchen crew yang jenis buat sambil lewa well, you are in bad luck.
Disebabkan aku pernah menikmati burger Prosperity yang lebih sedap, aku bolehlah buat perbandingan dan konklusi yang pembelian kali ni macam lebih banyak ke arah kurang. Sebagai contoh:
1) Sos lada hitam kurang. Ada bahagian yang tak kena salut. Jadinya masa kunyah akan rasa kering dan kasar. Tapi ada satu masa aku pernah dapat yang daging terlebih kena rendam dalam kuah sampai plastik bungkus dia lembik semacam. But I'm not complaining. He he he.
Bagi aku a good burger doesn't need the help of chili sauce anymore especially if they have their own special sauce. Kalau burger tu sos dia cukup rasa buat apa nak cecah sos cili lagi? Sebab bila cecah sos cili semua rasa akan tenggelam. Namun bila makan burger ni aku tak perlukan sos cili lagi. Tapi kalau sos sikit macam ni rasanya nak tak nak kenalah lah ada sos cili. :(
Bagi aku a good burger doesn't need the help of chili sauce anymore especially if they have their own special sauce. Kalau burger tu sos dia cukup rasa buat apa nak cecah sos cili lagi? Sebab bila cecah sos cili semua rasa akan tenggelam. Namun bila makan burger ni aku tak perlukan sos cili lagi. Tapi kalau sos sikit macam ni rasanya nak tak nak kenalah lah ada sos cili. :(
2) Bawang agak sedikit. Yet again, this is normal. Dekat poster iklan macam meriah saja kan? Rasanya suku bawang pun tak sampai. Tak meriah macam dalam poster tu. Tapi macam biasalah. Bila ada asterik kecik dekat bawah poster tu they can get away with this. Illustration purpose only ye.
But the big question is, will this addition of hash brown bring more prosperity to our tongue? Nope. Rasa sama saja. Sejujurnya di saat aku menikmati burger ini aku terlupa langsung ada hash brown dalam dia. I do get the idea that the crispiness of the hash brown might add a new different texture to this burger but somehow it's just there being unnoticed. Disebabkan ia diletakkan directly di atas daging yang tersadur dengan kuah black pepper ni, makanya bila kita mula nak makan, kuah dia dah meresap masuk ke dalam hash brown menjadikan dia sedikit lembik dan kurang ranggup.
So my final verdict is ditch this one and just get the original version. Kalau rindu sangat nak makan hash brown ni boleh je order dekat menu set breakfast McD ni. Ada lah dia dekat situ.
Jujurnya, yang Golden ni (ada hashbrown) aku tak rasa lagi.
ReplyDeleteTapi yang biasa dulu tu selalu dah rasa. Macam kau kata, burger dia berbeza ikut restoran, or maybe ikut shift siapa yang tukang lipat burger pada waktu beli. Entahlah. McD maybe dah set recipe dan standard, tapi bila guna tenaga manusia, banyak sangat variable yang tak boleh nak kawal HENCE rasa yang berbeza.
Hey, kau tak kumpul mainan Happy Meal ke? Kalau rajin buat laa review Happy Meal pulak hehehehe
Setiap menu mesti ada SOP dia, cumanya pemantauan tu depends dekat supervisor tgk anak2 buah dia prepare macam mana. Kalau tak supervise jadi ginilah, standard tak konsisten. Branch A kuah lebih, Branch B sayur kurang etc.
DeleteNice juga idea ko beli Happy Meal tu. Sebab aku tak pernah beli. Selalunya Chicky Meal saja masa zaman kecik2 dulu (Wujud ke lagi?). Tapi aku mesti akan rasa stress nanti sebab portion dia sikit gila dah lah set large prosperity burger ni aku rasa tak cukup. But MAYBE I'll try buy one and make a review about it.