Tuesday 13 February 2018

Game of Serkap: The Infamous Book #6 The Winds Of Winter, Bila, Mengapa Dan Banyak Lagi

Kali terakhir aku tulis mengenai Game of Thrones (GoT) ialah pada September tahun lepas bersempena dengan musim ketujuh siri ini di mana aku ada buat back to back review atau lebih tepat lagi bebelan, untuk setiap episod selepas ia disiarkan di mana aku letakkannya di bawah segmen 'Game of Serkap'. You can read all of them by clicking the links I provided below. Kalau belum tengok lagi baguslah, anggap ia sebagai dessert selepas setiap episod yang telah anda tonton. Penuh dengan 'idea-idea' yang bernas. But if you are here for the book then skip this one and read ahead.


Disebabkan musim seterusnya mungkin akan keluar awal pada tahun depan, 2019, makanya blog ni macam sepi dan sunyi tanpa sebarang cerita mengenai siri ini. Dan disebabkan dah agak lama tak tulis apa-apa makanya rasa afdal kalau aku tulis something about it. Oh, don't worry aku tak akan sentuh isu-isu kompleks ataupun sejarah keluarga Stark ke apa sebabnya aku pun akan pening sekali sebab lore cerita ni sangat details and it takes time to get to know it. Lagi-lagi kalau yang gigih nak tahu watak ni apa hubungan dengan dia, pakcik? Ibu tiri? Mak kawan kepada ibu saudaranya? dan sebagai.

By the way di saat blog post ini ditulis aku tengah baca buku GoT yang pertama. Bacaan kali kedua to be exact. Ada lagi suku macam tu akan habis dan maybe aku akan move on untuk buku kedua. For your information kalau dalam versi buku, siri ni tak dipanggil sebagai GoT. GoT atau 'The Game of Thrones' ialah tajuk untuk novel pertama. Buku kedua dipanggil 'A Clash of Kings' dan seterusnya sampai lah ke buku kelima. Siri ini lebih dikenali dengan panggilan 'A Song of Ice and Fire' (ASOIAF). Kalau orang sebut pasal ASOIAF ni selalunya akan merujuk kepada versi buku. Singkatan GoT pula selalunya akan refer ke versi siri drama dekat HBO tu. Ok, get it? Macam buat some GoT 101 basic introduction pula.

Random House

Setakat ini ada 5 jilid dalam siri ASOIAF yang telah diterbitkan dan penulisnya, George R.R. Martin, ada bagitau yang siri ini akan habis pada buku yang ketujuh. Maknanya ada lagi 2 buku yang belum dikeluarkan. Buku yang yang kelima, 'A Dance With Dragons' telah diterbitkan pada, okay brace yourself, Julai 2011 iaitu pada 7 tahun yang lepas. Yes, you read it right. So basically fans of all around the world have been waiting for the next installment since ages. Haaa, part ni aku nak sentuh dan cerita. Bila dan mengapa buku ni lamaaaa sangat nak publishnya. Sebelum apa-apa pun meh sini aku clarify sikit sebelum berlaku apa-apa confusion akan timbul kelak seperti soalan daripada reader kita ni (tiba-tiba),

"Eh? Bro, tapi kan season 8 katanya season terakir GoT. Macam mana boleh pulak cerita ni habis dulu kalau buku dia belum habis lagi???"

Baiklah sis and bro sekalian, this is when things get complicated. Tak complicated pun sebenarnya tapi kalau nak diterangkan dalam bentuk tulisan mungkin susah sikit terangkan. Aku akan terangkan semudah yang mungkin tanpa tulis berjela-jela (because I tend to do that) and try to stick to the point. Sekarang aku akan guna terma GoT untuk merujuk kepada drama siri dan ASOIAF pula untuk versi buku.

GoT selalunya akan guna trend dimana satu season akan berdasarkan plot daripada satu buku. Namun selalunya GoT akan tapis sikit mana-mana sub-plot yang kurang penting atau info yang boleh diabaikan sebab dapat jimat masa dan wang. Believe me when I say that this book is dense with information.  Maka secara logiknya season 1 akan ambil isi dari buku #1, Season 2 dari buku #2 dan seterusnya sampailah season 4. Bila sampai season 4,  kesemua plot kelima-lima buku dah habis dicover dalam GoT. Jadinya bila team GoT nak sambung cerita untuk season seterusnya tapi dah tak ada bahan nak dijadikan rujukan (disebabkan George tak habis lagi tulis). Makanya diorang terpaksa buat cerita sendiri. Kalau nak tunggu nanti semua pelakon dah tua dan banyak lagi masalah lain yang akan timbul. Disaat ini lah siri ini berpecah kepada 2 versi kesinambungan yang berbeza. Versi GoT satu dan versi ASOIAF satu. Maknanya plot dalam season 5, 6, 7 dan 8 dah jadi berbeza dengan buku. Jikalau dalam GoT ada watak yang dah mati tapi dalam ASOIAF, setakat buku kelima ditulis, watak tu mungkin belum arwah lagi dan ada kemungkinan dia akan hidup sampai ke sudah. The possibilities are endless here.

"Tapi, tapi.. bro tadi kata ada lima buku tapi kenapa dapat sampai season 4 je? Bukan patutnya dapat cover sampai season kelima ke??????''

Jap. Kata nak cerita pasal buku #6 ASOIAF, ni dah kenapa macam jadi macam sesi Q&A pula ni? lol. Baiklah. Trend satu season satu buku ni stop sampai buku #3 sahaja sebab buku #4 dengan #5 actually berlaku pada tempat yang sama tapi pada tempat yang berbeza. Buku #4 mengenai watak-watak yang berada di kawasan Westeros manakala buku #5 dekat Esos. Kalau cantum dua-dua buku ni nanti kalah kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Maka publisher decided untuk pecahkan jadi dua novel. Total dua-dua buku kalau campur akan jadi 1900 muka surat macam tu. Berkepuk jadi macam bata buku dia dan harga pun akan mahal sedikit. Namun pihak HBO decided untuk cantum saja dua-dua buku ini dalam satu season saja. Sebab tu walaupun ada 5 buku tapi boleh hanya dapat 4 seasons GoT sahaja.

Cukup, cukup untuk setakat ini. Sekarang marilah kita bertukar ke topik sebenar entry ni. Intro paling panjang pernah tulis! At this point disebabkan ramai fans dah lama sangat tertunggu-tunggu bila gamaknya buku #6 nak keluar sebab dah 7 tahun, kalau ada anak dah masuk darjah satu dah! Penantian ini dah bertukar menjadi 2 respons, satu, group yang dah redha dan jadikan ia sebagai bahan lawak antara satu sama lain,

Higgs Broson/Tumblr

Goodreads
Of course the author himself decided to join the crowd,

Twitter
Dan satu lagi ialah group yang dah start jadi agresif dan mula berduka-cita sampai ke tahap setiap kali kalau George tweet setiap kali tu la akan ada yang tanya bila nak siap tulis The Winds of Winter? Bila?? Kalau aku mesti stress sebab hari-hari kena macam ni. So what about me you ask? I'm most probably will be in the first group lah and fun fact! Aku sebenarnya baru baca buku #2 dimana aku ada 3 lagi buku yang belum dibaca. Jadinya disebabkan inilah aku tak terasa sangatlah penantian yang lama tu. Sejujurnya aku pun baru juga terjebak dalam siri ni. Thus, I have a lot of things to catch up. Namun bagi fans yang tunggu bertahun-tahun tu aku simpatilah and I know exactly what do you guys feel. Tapi janganlah sampai harassed orang tu sampai hari-hari hantar angry tweets or message. As for me he can take whatever time he wants to complete the story and publish it whenever he deemed fit and I will be here waiting. Tapi mestilah tunggu versi paperback sebab versi hardcover mahal. So I need to wait for like extra months for this!! *air mata mengalir*

Since kita ni manusia biasa, normal lah kalau tak bergos.. I mean membuat educated guesses bila buku yang ke #6 ni akan keluar. Oh, I forget, buku #6 dan #7 dah ada tajuknya dah sebenarnya. 'The Winds of Winter' and 'A Spring of Dream' respectively. Plus!! cover buku #6 pun dah ada. Isinya tak ada lagi. LOL! 

Fansided

Yes, the cover art is not fake. 'For the moment' said by George himself. Dan kalau mana korang yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai item dalam cover tu boleh baca di link ini. Ia yang dikatakan sebagai 'The Horn of Joramun' (Boleh meruntuhkan tembok) atau 'Dragonbinder' (Boleh mengawal naga). Ok, sekarang mari kita buat analisis ringkas untuk bandingkan berapa tempoh selalunya George perlukan untuk terbitkan buku-buku beliau sebelum ini. 

#1 A Game of Thrones: -
#2 A Clash of Kings: ≅3 tahun
#3 A Storm of Swords: ≅2 tahun
#4 A Feast for Crows: ≅5 tahun
#5 A Dance with Dragons: ≅6 tahun

#6 The Winds of Winter: 7 tahun and still counting

Bila kita tengok trend di atas boleh nampak lah semakin lama semakin panjang waktu diperlukan George untuk habiskan satu-satu buku. Jadinya tempoh 7 sehingga 8 tahun di sini nampaknya agak 'normal' di sini. Makanya kita boleh expect mungkin akan keluar dalam akhir tahun hadapan. Namun semua kiraan ni hanya nak menyedapkan hati saja. Dia macam at least kita ada something walaupun ia adalah ilusi yang boleh kita pegang daripada terbiar, tergantung tak bertali menantikan waktu yang tak kunjung tiba. Haa macam tu metafora kita. Yang lawaknya bila aku check dekat Goodreads lagilah lama siap tulis tahun 2020 lagi. Hahaha. Kemudian aku terfikir kalau begitu bila kita akan dapat buku #7? Kalau tengok trend di atas kalau buku #6 ambil masa... katakanlah 8 tahun, yang #7 mestilah lagi lama kan? So I guess plus minus around 10 years? Maknanya kalau begitu dalam tahun 2030 kita akan dapat buku ni. HAHAHAHA. Nak guna GIF ni jugalah.


Nevertheless take your time George. Aku pernah baca dalam salah satu blog post dia mengatakan dia mungkin akan keluarkan buku #6 dan #7 sekaligus! Hah! THAT will be amazing and shocking stunt ever! But I'll take that with a grain of salt. Aaaaaand while writing this blog post I've discovered another news. Tak tak nak kata bad or good news. You decided yourself. Sebelum ni George ada bagitau yang dia at the same time ada tulis siri lain. Siri ini dinamakan sebagai 'Blood and Fire' yang berkisar mengenai kegemilangan dinasti Targaryen. Jadinya buku pertama untuk duology ini dikatakan dah nak siap dan akan diterbitkan sebelum The Winds Of Winter. Baiklah.

Apa-apa pun I'm excited for both projects. Walaupun macam-macam teori yang keluar mengatakan mungkin George sengaja lambat-lambatkan publish buku dia sebab nak tengok reaksi penonton dengan season terakhir GoT, ataupun George dah tua tak ada tenaga nak tulis dengan kadar yang laju  ataupun dia tengah revamp balik plot cerita tak nak bagi sama dengan GoT atau sebagainya, at the end kita still kena tunggu juga. Namun aku tahu yang paling orang risau ialah faktor umur. Sempat ke George nak publish semua buku-buku dia? Since he's 69 now. To counter this argument atau sekali lagi nak sedapkan hati, J. R. R. Tolkein pun hidup sampai 81 tahun. Namun soal umur-umur ni susah nak jangka. Manalah tau dia boleh hidup sampai 100 tahun ke. Tapi ada juga twist pasal isu umur ni. Ada fans kata bukan umur George yang jadi persoalan sekarang tapi kami, pembaca ni, sempat ke nak baca? Haha. That is dark weh. Tak tau nak komen macam mana.

Luckily for me I have 3 more books and 1 anthology book from him that I need to cover. Plus there are tons other fantasy series out there that I need to read. So this issue will not bug me much. Or at least for now. 

2 comments:

  1. Wow, nice pasal GoT.. aku tak baca, cuma tengok series ni.. btw, aku follower blog lama ko, dan ter-tekan plak link ke blog baru ni, kihkihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi lagi singgah ke blog tak seberapa ni. Rasanya dah bertahun juga tinggal blog lama tu. So, welcome back I guess? Haha

      Kalau minat GoT selain dari blog post ni aku ada juga buat macam ulasan untuk semua episod untuk season lepas. Jemputlah baca. Blog ni rasanya readers dia mostly suka GoT, hence why I did this tapi biasalah semua silent reader senyap2 je baca. So bila ada yang komen tetiba kata suka GoT ni rasa terkejut jap. Haha.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...