Sunday, 24 April 2016

Random Rants #1

I always wanted to do some kind of highlights of the the week and compiled it into one long blog post. Dulu-dulu masa dekat blog lama selalu buat benda ni in case kalau dah kekeringan idea sangat tak tahu nak cerita apa. I would like to do it again but not for the sake as a blog 'filler' but as personal random kind of thing. Boleh lah kepochi pasal benda-benda yang random tanpa perlu rasa redundant nak buat beberapa entry yang berbeza-beza. More like a mini diary perhaps?


#1 Constant Update

Perasan tak bulan ni banyak betul entry aku dah publish. Bila tengok bilangan entry untuk bulan ni saja dah menyamai bilangan post untuk tahun lepas. lol. Dia punya meluap-luap rasa nak taip entry lately ni ada saja benda nak tulis. Tapi takut juga jadi 'hangat-hangat tahi ayam'. Nanti mulalah suam-suam kuku balik nak update balik. Sama macam benda-benda lain. *mengeluh panjang*

Bila dah somehow 'partially active' balik berblogging ni setelah sekian tahun berehat, dia rasa macam janggal sikit boleh rasa perbezaan dia dengan era 2010-2011 dulu. Sebabnya dah ramai kawan blogger dah either move on with blogging life and completely abandon their blog dan yang palin extreme sekali dengan blogger-blogger profile sekali hilang (ini macam Bourne Identity sangat). Makanya reading list aku jadi macam aik tinggal 2-3 kerat je. Haha. Betul lah orang kata petanda bila dah tua tu kan bila ko asyik nak mengimbau balik zaman silam. Asyik mengimbau tak habis.

And since I rarely do some blogwalking nowadays (Tak kejar traffic dah sekarang. Dah tua. Eceh.). Dah tak tau blog apa yang best nak follow. Tapi takpe lah sekarang nak fokus untuk create fan base yang loyal je. MUAHAHAHA GO DIE PLEASE!!

#2 JPN Series

Sekarang tengah kumpul bahan untuk episode dua 'JPN Series'. Dah consider beberapa tajuk dalam list cuma nak pilih mana satu je untuk start buat drafting. Korang boleh mula start follow siri ini dengan baca episode 1 dimana aku bercerita mostly about.... Kit-Kat. Cuma aku tak tahu kenapa aku macam anggap siri ni macam penting sangat. Macam beriya betul nak buat research bagai sebelum nak publish.

One fact when making the first episode is to be honest aku tak puas hati dengan mutu entry tu lagi. Macam rasa tak sampai piawai yang nak. Tapi disebabkan aku rasa sampai bila ko nak puas hati dengan standard tinggi melangit ko tu, you know what? F*** it! Aku terus publish. Lantaklah.

Aku ada tetapkan nak olah siri ni more like an informational-ish type of post but in fun and informal kind of way. Tak nak rasa rigid dan bosan. Lepas tu nak buat topik yang light-light sikit tapi bukan isu yang selalu orang tulis at least dekat Malaysia. Pernah juga terfikir nak buat isu berat macam 'Yakuza' ataupun 'Prostitution and Sex Perception in Japan' tapi macam waaaay too heavy.

Please give me your support by liking and commenting to this new series. Kalau berjaya 'JPN Series' ni aku siap dah fikir nak buat siri lain macam "KRO Series" ataupun "AUS Series". Ko jangan main-main! Haha. Planning baik punya. Episode kedua mungkin akan keluar lewat April ataupun awal Mei.

#3 Pencuri Hati - Ayda Jebat

Kah kah kah. Boleh gelak kejap tak? Sebab random sangat nak cerita. Lagu ni sebenarnya first time aku dengar masa beli barang dekat kedai. Mula-mula dengar rasa fulamak macam mengundang cercaan pulak dalam hati. Muzik dia sebijik macam lagu dangdut perform dekat fun fair. So cheap and trashy in kind a way tapi catchy pula. Ingatkan lagu datang dari Indonesia rupanya penyanyi Malaysia sebenarnya yang nyanyi. Aku rasa tertipu. Loghat dia sebijik-bijik dia buat kut. And who is this Ayda Jebat? Please someone enlightened me about this. 

Tapi macam biasalah cerca punya cerca last-last a-ku-ku-ah-ku repeat dah beberapa kali dah woi. WTF? I hate myself.

#4 Blog Renovation

Pernah juga terfikir nak buat blog renovation secara besar-besaran, buat design, letak menu bar, widgets bagai semua baru nampak proper blog kan? Tapi semua tu memakan masa lagi-lagi part nak mengodek coding HTML macam fussy gila malas lah nak buat. Rasanya layout sekarang pun aku rasa memadai kan? Simple black classy macam tu. 

Bersyukurlah kan at least header blog tu sekarang aku buat proper sikit compare dulu aku letak kosong plain word tajuk blog saja. In positive way, blog ni tak lah jadi berat sangat nak loading dan yang paling penting isi blog bukan? Itu yang akan tarik pembaca sebenarnya. Hashtag sedapkan hati. Rasanya kalau nak ubah apa-apa pun in future, I don't think I will make any major changes.

Tuesday, 19 April 2016

PERFUME Special!: Thoughts On Cosmic Explorer's Covers

Dah lama rasanya tak bercerita mengenai (the legendary trio) Perfume seolah-olah macam dah melupakan kewujudan mereka. Tidak sama sekali wahai rakan-rakan sekalian. Walaupun dekat blog tak kepochi sangat pasal mereka dekat in real life tidak lah korang tahu gamaknya aku begini setiap kali berada di dalam fitting room butik pakaian.



Seperti yang sedia maklum bagi mereka yang tidak hidup dibawah tempurung dan seumpama dengannya, Perfume telah secara rasminya melancarkan album keenam mereka 'COSMIC EXPLORER' pada 6hb April lepas. Which was like finally~! Like 4 singles back to back with a total of 11 songs tapi still tak keluarkan full album adalah sangat pelik, And fans started to get worried that the new album will not be cohesive and consistent because each single sounds different. Plus with total of 11 singles berapa kerat sangat nak letak lagu-lagu baru dekat full album baru?

Tetapi itu semua akan dibincangkan secara berilmiah pada entry lain sebab kali ni kita akan fokus pada artwork cover 'COSMIC EXPLORER' sahaja. (Please someone explain to me on why Japanese and their tendency to use HURUF BESAR in naming stuff). Dia macam bila jual barang ko akan letak bukan Jagung tapi 'JAGUNG!' atau 'BURGER' instead. Maybe di kejauhan boleh nampak kut kalau semua huruf capital letter.

COSMIC EXPLORER mempunyai tiga jenis edisi dimana dekat Jepun adalah normal satu album mempunyai edisi yang berbeza-beza tetapi isinya hampir sama. Lagi banyak lagi bagus boleh boost sale untuk first week. Peminat tegar pasti membeli kesemuanya secara membuta-tuli lantas pengarah syarikat akan bergelak ketawa mengira wang sambil menghirup champagne. Edisi-edisi berkenaan ialah:

1. Regular Edition
2. Limited Edition (2CD+DVD) Mahal!
3. Limited Edition (2CD+Blu-ray) Sama mahal!

Regular Edition



1.  Apa ni? Album ke buku resepi? Kenapa tak ada nama kumpulan dengan nama tajuk album?  Clashing with their all-capital 'COSMIC EXPLORER' attention purpose. Huh? Huh?

2. That triangle theme thing again that has been used like umptieth times.

3. WHAT THE HELL WAS NOCCHI DOING UP THERE! Tak berkenan aku tengok pose gitu. Nampak uncomfortable tapi acah kena pose professional.




So basically I found this on the Internet. 


Exactly!

4. I don't see any space related theme here. I get it. Tak semestinya kita kena terikat dengan tajuk bukan? Tapi posing in front of your huge face should it give you some insight about the album?

5. Omg! I get it! Nocchi acah posing macam tu gamaknya macam dia terapung lah kan dekat space.

6. Tak ada sapa ke nak taja high heels lain?

Aku bukan apa aku geram sebab nanti kalau aku beli aku akan dapat yang regular edition which is aku tak berkenan dengan cover ni. 

Limited Edition


1. Now, baru kita nampak usaha tu ada kan dekat sini kan. Group name. Check! Album title. Check!

2. Memasing buat pose kaki ketam(?) lol. 

3. The outfits reminds me greatly to Alice in the Wonderland. Not complaining here tho. At least lagi interesting daripada outfits dekat regular edition yang macam beratus kali aku dah pernah tengok diorang pakai tapi alter sikit dekat mana-mana bagi nampak berbeza. Dia macam management memberi arahan dekat team stylist "You all better guna balik kain-kain ni semula tapi olahan design dia kena lain atau waktu rehat korang akan dikurangkan daripada sejam ke setengah jam!" *sambil kunci pintu besi basement* 

4. At least cover ni nampak 'space-y' macam ada berada di dimensi pelik dengan pattern berulang dan simetri. But still! this is not enough to represent anything.

5. Kemunculan high heels hitam yang bosan itu lagi. Bukan 3 pasang dah. Tapi 16 pasang!

Konklusinya this time around the art direction macam quite 'strange' dan random juga. Aku rasa cover art untuk 'Spring of Life' lagi macam bertepatan untuk album kali ini.


Nampak tak? Beza dia kalau guna cover ni instead. Tapi kalau diberi pilihan of course aku akan pilih yang Limited Edition tapi yang pastinya di Malaysia akan keluar Regular Edition sahaja. Benci!

Despite all the 'cercaan' please do check out their new Instagram page @prfm_official. Applause to the team yang buat akaun ini. Talk about hardwork! Ko rajin ke nak upload gambar dekat Instagram sekali tiga gambar supaya susunan gambar tak lari.


Ataupun singgah ke website khas 'COSMIC EXPLORER'. Ko pasti merasa macam berada di galaksi lain dimana lagu-lagu dia direpresent sebagai sebuah planet. Dan setiap planet akan ada nota-nato ringkas daripada retis, komposer, personaliti terkenal, selebriti mengenai pendapat mereka tentang sesebuah lagu. 

Monday, 18 April 2016

Insecurities

They say that you should not believe the things you tell yourself so late at night. Because at this time some believe that your body and especially your mind is in vulnerable, fragile. This tendency also is prolly due to all the hassle that you've have been through all day long. Any thoughts (usually the negative stuff) might sneak into your mind and you might find yourself felt soo miserable afterwards. Especially if you are alone. So much for the advice and here I am writing about all of this at 1:00 am. 

This topic is by far the most personal thing ever that I've written so far. To be honest I'm not the type to write all this stuff to the public. I am after all a very private person. But by writing this, I hope it somehow will give me some kind of acknowledgement or acceptance to myself that I completely aware about this feeling and I'm starting to embrace it at the point that I will no longer trying to ditch and completely ignore it. It is somehow a part of me. A part of how I am now.

First, I admit that I'm among 'that' people who suffers and have to deal with insecurity in their life. At one point sometimes I will try avoid looking at the mirror. But somehow in real life I manage to get it under control by suppressing the feeling deep down as far as possible. Meanwhile while I'm on social media the insecurity is at rampant level. Since my social media are not followed by people in the real life that I neither know or meet in daily basis.

When I'm started to feel it,  like wildfire it consumed all over my body and drag myself back to this dark bottomless pit. The pit of hopelessness. Every day is a bad day and I will ramble like a hopeless soul at one point the substance of posts (in the social media) are getting repetitive. Words such as fat, useless, talentless started to appear like a daily mantra. Thank God that my level of insecurity nowadays is quite minimal compared to the last few years. Those years were insane.

Back in my collage life where I'm all young, naive and at the same time struggling to finish the course all alone, the experience was so overwhelmed that I started to question myself what am I really good at? What is exactly my specialty. I'm maybe not born genius but at least there must be something that I'm good at. But what? You know the need to validate yourself that 'I'm worthy'. If not to the public but most importantly to myself. Unfortunately, I've found none at that time.

That moment when meeting friends or other new people, I will automatically start thinking, "He's not that good in class but at least he's good in sports and drawing!" or "She's not that pretty but at least she's smart". The thoughts of judging yourself by comparing with others are inevitable. You know the feeling when you see everything is good, all rainbow in everyone's life but not yourself.

This then lead to excessive eating disorder where I channel myself to escape from all the dejection. Of course I've gained a few kilos after that. And of course when you are physically gained weight, people started to say things. Starting as jokes 'Ko gemuk lah' or 'Bila nak kurus balik ni?' it hurts deep inside. Fat shaming will never solve anything. And then worst of the worst started to happen. With you being morally down with academic stuff, being fat and worst possible not anyone there to be with you, the disappointment towards myself felt surreal and suicidal thoughts starting to emerge.

Soo much drama! But don't worry, I'm still living stronger than ever today. This past event is what I always like to view it as a part of me growing up. When you have been through the cruelest part of your life, you will start to appreciate the good stuff. You won't see the other part without the other. This 'dark era' of mine has changed me a lot in a way that I'm proud of myself today. How it shaped my perspective and altitude on certain issues, becoming more compassionate and among other things. It is priceless.

As for the insecure feeling, I've learnt that ALL people have their own insecurities and dealt with it everyday. But the thing is some of them might not show it up. Maybe at some point they do questioning about themselves just like my former self "Why I can't be just like this guy" or "Why can do like this?". Maybe it is human nature? I don't know. So basically I'm not alone in this. But at that time I didn't realize about this.  

I don't say that I'm completely free from this feeling. It just I handle it a lot better nowadays. Sometimes I do feel terrible, for example when I looking at other people blog post and started to feel "Man, their post is so much better than me in terms of language, contents and here I am posting about Kit-Kat..." Hahaha. You can't help yourself kan? Social media can really trigger this feeling mostly.

Have you ever felt insecure like when posted your selfie and then you started to feel "Buruknya aku". This happens to me a lot. And then I realized why the hell that I need to feel ashamed about myself. This is my face. And I end up not deleting those selfies on Instagram as encouragement to accept myself.

But the thing about insecurity is, this feeling always kept me grounded, felt more humble.



And one last thing, please do seek some friends, family. care-line, forums or anything where you can get the some support. Being alone dealing with this will not help you at all. 

Wednesday, 13 April 2016

Top 3 National Geographic Covers For 2015

Walaupun sudah masuk April tapi tak mengapalah 'better late than never' bukan? Bulan Januari patutnya lagi afdal kalau nak post pasal benda ni tapi masa tu kan semangat nak menulis pun suam-suam kuku lagi. Tapi sekarang ni haaa tak berenti menaip macam banyak betul perkara terbuku yang nak diluahkan.

One fact about me, National Geographic (NG) is my favourite magazine. Like the only one. Aku pernah try baca mags yang lain, ko sebut genre apa fashion? travel? science? tapi semuanya tak melekat kecuali majalah NG ni. Mungkin antara sebabnya ialah bagaimana penyampaian artikel dia yang bersifat ilmiah tapi bukan disalurkan dalam bentuk yang rigid dan bosan. Bukan semata-mata teks panjang tetapi diselitkan dengan gambar yang cantik yaa ampun kadang-kadang lama juga aku tenung satu-satu gambar tu. 

Team NG ni aku rasa dari dulu lagi memang dah tahu dalam menyampaikan maklumat dalam satu-satu artikel dua-dua faktor iaitu penulisan dengan gambar adalah sama penting. Selalunya akan ada diorang tepek gambar yang saiz dekat dua muka surat! Tambahan lagi bila nak bentangkan pasal data ke, statistik ke, timeline etc. mesti bersungguh gila buat kadang-kadang rasa ralat kalau tengok sambil lalu. Rasa tak fair lah dengan usaha yang dicurahkan buat macam tu. (Dia sama perasaan ralat bila ko baca manga dengan lajunya padahal mangaka tu lukis satu frame gamaknya makan sehari!) No wonder perkataan 'graphic' dalam Geografic tu sendiri bukan sekadar perhiasan saja. They mean it by delivering it.

Since entry kali ni kita fokus secara visual sahaja makanya korang ingat tak cover NG yang paling iconic yang aku rasa sampai laa ni aku masih lagi ingat.

Afghan Girl, edisi Jun 1985.


Amazing. Aku tak lahir lagi tahun edisi ni keluar tapi cover ni sampai sekarang duk menjadi perbualan. Sebab tu kali ni aku nak kongsi tiga cover pilihan aku untuk tahun lepas. So here are my personal favourite.



  • Edisi April 2015

Gambar cakerawala yang brilliantly colourful and beautiful ni diambil dengan menggunakan telescope hubble space. Rasa macam kerdil bila tengok gambar sebegini. I would hang this picture on my wall.

Satu perkara lagi, aku baru tahu sebenarnya untuk bulan April 2015 ni ada alternate cover yang lain. US edition guna cover President Lincoln bersempena dengan ulang tahun 150 tahun pembunuhan dia. While the rest of other countries will get the Hubble version.


Aku juga baru tahu rupanya NG memang kerap buat alternate cover. Selalunya bergantung kepada satu-satu negara. Cover berbeza tetapi isinya maintain sama.
  • Edisi Jun 2015

Nampak tak macam mana daun marijuana tu menjalar keluar daripada perkataan National Geographic tu? Details at the best.
  • Edisi November 2015


Aku suka isu cover ni macam ko tepek gambar. Bubuh dua perkataan. Dah siap. Simple tapi efektif. Sekali lagi dekat Indonesi cover dia lain. Rasanya ni masa negara kita dengan negara Indonesia menghadapi jerebu teruk yang sampai berbulan-bulan tak hilang tu. Hence, this cover I guess.


Konklusinya aku berpendapat cover NG untuk tahun 2015 ni aku tak berapa impress sangat. Ada beberapa isu yang cover dia yang guna 3D punya illustration which was a bummer sebab aku selalu prefer over a real picture. Let's hope 2016 can be more impressive sampaikan ke tahap aku akan menggelupur dilema tak tahu nak pilih yang mana. So, see you again next year.

Ah! One more thing. April 2016 tahun ni NG sekali lagi akan buat alternate cover. Bukan 2, bukan 3 tapi 10! Puaka. Kalau collectors gamaknya resah gelisah akan berbelanja lebih semata-mata nak dapatkan semuanya. Aku tak tau dekat Malaysia akan dapat yang mana tapi rasanya macam possibility tu akan dapat cover our own Malayan Tiger tu.


Tapi cover gambar Snowy Owl, Koala dengan Coquerel's Sifaka comel juga!

Monday, 11 April 2016

Part II: Podcast 101 Or Some Sort - How To Listen To It

Previously on "Podcast 101 Or Some Sort".

Aku ada sentuh sedikit pengenalan mengenai Podcast. Mungkin bukan detail sangatlah. Patutnya buat lagi panjang lebar supaya dia berpotensi untuk jadi entry berunsur 'hasutan' supaya semua orang akan terpengaruh nak dengar. But at least you get some rough idea about it. Maybe aku akan buat pada Part III nanti. Tapi kalau jenis tak sabar semua benda nak cepat, cepat, cepat! boleh search sendiri sementara menunggu post tersebut. Manakala untuk entry kali ni aku dedahkan cara untuk nak akses ke dunia podcast ni. Pintu ke dunia lain secara rasminya telah terbuka people!!

1. I'm sold, but how the hell do I listen to this thing?

Sebenarnya senang saja. Disebabkan kita ada dua main mobile operating systems; iOS dengan Android maka aku akan tunjuk satu-satu.

a) iOS

Cari logo apps ini di dalam senarai app anda. It shouldn't not be that hard. Kalau tak jumpa tu maybe ntah korang bubuh celah-celah mana  ke dalam folder unused app ke. Sedih betul kalau berbuat begitu.


Bila dah jumpa makanya voila, dah boleh dengar. Mudah gila ko nampak! Menyampah rasanya nak terangkan.

b) Android

Manakala untuk golongan macam kita yang selalu dianak tirikan jikalau ada apa-apa update selalu yang paling terakhir terima, kenalah pergi ke Play Store dan download apps yang tertentu untuk dengar Podcast. Ada yang free dan juga ada yang berbayar. Kita bermula dengan...  

i) Free Apps

Aku ada try app 'Podcast Player FM' untuk beberapa hari.


And surprisingly it was good. Mungkin sebab layout dia seakan-akan sama dengan app yang aku tengah pakai sekarang ni tu yang rasa macam familiar. Lepas dah install, korang boleh lah explore sendiri podcast mana yang berminat untuk didengar. Ada carta, discover page, boleh ubah-ubah setting bagai dan yang paling penting jeng, jeng, jeng! App ni tiada iklan.

ii) Paid Apps

Ok, personally aku guna 'Pocket Casts'. Semua function dia sama macam 'Podcast Player FM' diatas tetapi dia ada extra more functions, korang boleh main-main settings dia (auto download, sleep mode, skip settings etc.).


Yang paling penting sekali aku suka layout dia sebab lebih kemas dan attractive. Macam yass! ko better teratur susun macam tu jangan peningkan kepala aku. Seingat aku, aku beli app ni masa harga dia USD4? Tak sure harga sekarang berapa.

2. Yang mana lagi ok?

Dua-dua ok. Trust me. Tapi disebabkan aku terlebih dahulu diperkenalkan dengan 'Pocket Casts' dan layout dia lagi best makanya aku more towards to the second one. Tapi to be honest both are good. Kalau tak nak keluarkan duit install yang free. Kalau sanggup keluarkan duit install yang berbayar. Tak payah berdebat tentang isu ini.


3. Ok dah install, lepas tu nak buat apa?

Macam-macam boleh buat! From there you can choose and find your own favourite by start searching and exploring other podcast. Boleh pergi bahagian 'Chart' kalau nak tengok podcast mana yang femes ataupun anda jenis rebel tak nak follow mainstream boleh lah ke page 'Discover' untuk tengok siri podcast yang lain. Lepas tu boleh lah mereput dalam bilik, kereta, masa buat kerja dengan binge-listening to your new favourite podcast series.


4. Malas lah nak search. Boleh tak suggest ataupun list kan Podcast yang awak dengar? 

Boleh, tapi itu semua akan di dalam Part III aka the last part untuk siri ini! You're gonna have to wait and see.

Saturday, 9 April 2016

Drama Swasta #1

Ikuti perkelahian terungul untuk abad ini! Jangan lupa untuk on 'Subtitle' semasa menonton.


Don't forget to follow me on my new blog's Instagram account for more BTS scenes, blog updates or any blog related news. Ada lah kut nanti satu dua gambar minum kopi dekat cafe hipsturr. Link's below.

A photo posted by WZ (@wzhilmi) on

Friday, 8 April 2016

JPN Series #1 Obsesi Kit-Kat

Hi! Bertemu kita dalam siri terbaru blog suam-suam kuku ini; "JPN Series". Episod pertama selalunya akan memberi petanda aras penentu dimana hala tuju dan masa depan siri ini. Makanya aku berdebar nak taip. Please bantu episod pertama ini rating tinggi supaya ada sponsor nak taja dikemudian hari. *mata duitan*

Maka secara amnya "JPN Series" akan mengisarkan tentang topik-topik menarik datangnya daripada sebuah negara matahari terbit. Aku ada bebel sikit sinopsis siri ini di artikel lepas. Boleh refresh semula ingatan lemah korang di artikel tersebut dengan klik di >>> SINI.

Sekarang mari kita mulakan! よろしくおねがいします!

Bercakap mengenai Kit-Kat, spesies coklat ini tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia, yakni kalau sebut tagline "Rehat sebentar bersama..??!" *hulur mikrofon dekat audiens* 

"KIT-KAT!"

Yess! Betul. Dia punya sinonimnya tagline tu menunjukkan betapa jenama Kit-Kat tu sendiri dah sebati dalam kehidupan harian kita. Coklat yang berasal daripada England ni terkenal dengan pek berwarna merah dan isi kandungannya mengandungi beberapa coklat bar (mengikut saiz) yang dicantum rapat-rapat. Dulu masa kecik-kecik coklat ni aku rasa yaa ampunn mahal benar rasa tak mampu lah beli. Dah lah pek halus 4 bar tu ko caj beringgit-ringgit! Maka kembali lah ko kepada snek Apollo murahan. Tapi bila dah dewasa alhamdullilah boleh lah beli kalau rasa teringin tu ada. 

Dekat Malaysia selalunya aku tengok perisa dia coklat original biasa cuma tahun ni Nestle tetiba bawak masuk Kit-Kat Green Tea which is like a blessing to us. To be honest aku tak gemar makan Kit-Kat ni tapi bila Kit-Kat Green Tea datang I was like..


And don't forget the special Kit-Kat Edition Rubies yang acah eksklusif ko jangan main-main satu kotak sampai berpuluh ringgit boleh lah buat hantaran tunang budget ke apa.

Itu di Malaysia, which is aku rasa adalah dalam 2-3 perisa (correct me if I'm wrong) tetapi jikalau di Jepun *bunyi gendang rebana muzik Naruto start * bukan satu, dua mahupun tiga. Tetapi empat puloh enam ratus qewdstqcwtxc! perisa.

Acah letak beberapa perisa dulu..
Kemudian menggeluppur lemas dalam lautan Kit-Kat

Mengapa di Jepun (usually always get the good things) ada banyak perisa manakala kalau Nihonjin datang Malaysia dia boleh jeling je 2 perisa Kit-Kat kita tu?

Always remember children.

"Demands = Supply"

Kit-Kat is among the famous chocolate snack among Nihonjin. Sebab tu supplier dia berani letak perisa pepelik bagai. But the first big question is 'WHY?" Of course there is a reason for it. Dan aku rasa Kit-Kat agak.. how do I said this.. "lucky?" dalam hal ini. First thing first, dekat Jepun cara sebutan Kit-Kat ialah:

  • Kit-Kat = キットカット (Kitto Katto) 

secara literalnya bermaksud "You surely get a cut!" LOL! which is like ni petanda malang ke apa? Tetapi there is a twist about it bila guna dalam form plurals.

  • Kit-Kats = キット勝つ。キットカツ (Kitto Katsu) 

which is tetiba perkataan yang berunsur malang tadi berubah kepada "You surely win!" macam wut! Sebutan 'Katsu' tu sendiri mirip benar dengan sebutan "To win". Dan maka tetibalah coklat Kit-Kat ni berubah nasibnya bukan hanya sekadar sebuah makanan malah ia juga boleh menjadi tanda keramat bertuah! 

Biasanya Kit-Kat akan selalu diberi kepada calon-calon pelajar untuk amik peperiksaan. Jadi bila makan or terima Kit-Kat ini, Insya-Allah (tetiba) boleh jawab soalan exam tu nanti. Amin! But one thing that get my attention is how Kit-Kat siap sediakan ruangan kosong dibelakangnya. Boleh lah tulis ucapan ringkas ke apa. 

Tulis "Dear Oppa! Ganbare! - Kekasih mu dari seberang,
Mikochan"

Ah! Did I mentioned yang ada perisa-perisa dia ada yang keluar eksklusif di sesetengah daerah di Jepun. For example,
1. Kit-Kat Citrus Golden Blend - Daerah Chugoku/Shikoku
2. Kit-Kat Beni Imo (Sweet Purple Tomato) -
Daerah Okinawa/Kyushuu
3. Shinsu Apple- Daerah Shinsu

Dan kadang-kadang ada juga seasonal/special edition perisa yang pelik-pelik macam gila experimental ko kadang-kadang tak boleh nak proses otak.

Kit-Kat Soy Sauce. Kalau benda ni first thing masuk Malaysia
 kicap Jaleen mesti volunteer dulu.
Kit-Kat Wasabi.Goodluck makan.
Kit-Kat Sports Drink. YUP, YOU READ ME RIGHT.
Dan berbagai-bagai lagi lah perisa macam Edamame, Read Bean Sandwich, Baked Corn, Sake, Chilli etc, But unfortunately semuanya tak confirm halal toyyiban makanya to boleh lah rasa even kalau ada depan mata pun.

As for me jikalau Malaysia nak memperkenalkan perisa baru lagi dekat sini, since aku tak yakin dia akan bawak masuk perisa pepelik. Please bawa masuk at least perisa pisang. Nak luar warna kuning juga macam dalam gambar!



Jikalau anda? Perisa apa yang ingin anda dibawa ke sini? じゃ、またね。

Glosari:

1. よろしくおねがいします, Yoroshiku Onegaishimasu = Sila beri tunjuk ajar
2. Nihonjin, 日本人 = Orang Jepun
3. じゃ、またね,, Jya, mata ne = Baiklah, Jumpa lagi.

(BONUS MATERIAL)

Lihat tips daripada Kourtney Kardashian bagaimana cara-cara untuk makan Kit-Kat! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...