Tuesday, 19 April 2016

PERFUME Special!: Thoughts On Cosmic Explorer's Covers

Dah lama rasanya tak bercerita mengenai (the legendary trio) Perfume seolah-olah macam dah melupakan kewujudan mereka. Tidak sama sekali wahai rakan-rakan sekalian. Walaupun dekat blog tak kepochi sangat pasal mereka dekat in real life tidak lah korang tahu gamaknya aku begini setiap kali berada di dalam fitting room butik pakaian.



Seperti yang sedia maklum bagi mereka yang tidak hidup dibawah tempurung dan seumpama dengannya, Perfume telah secara rasminya melancarkan album keenam mereka 'COSMIC EXPLORER' pada 6hb April lepas. Which was like finally~! Like 4 singles back to back with a total of 11 songs tapi still tak keluarkan full album adalah sangat pelik, And fans started to get worried that the new album will not be cohesive and consistent because each single sounds different. Plus with total of 11 singles berapa kerat sangat nak letak lagu-lagu baru dekat full album baru?

Tetapi itu semua akan dibincangkan secara berilmiah pada entry lain sebab kali ni kita akan fokus pada artwork cover 'COSMIC EXPLORER' sahaja. (Please someone explain to me on why Japanese and their tendency to use HURUF BESAR in naming stuff). Dia macam bila jual barang ko akan letak bukan Jagung tapi 'JAGUNG!' atau 'BURGER' instead. Maybe di kejauhan boleh nampak kut kalau semua huruf capital letter.

COSMIC EXPLORER mempunyai tiga jenis edisi dimana dekat Jepun adalah normal satu album mempunyai edisi yang berbeza-beza tetapi isinya hampir sama. Lagi banyak lagi bagus boleh boost sale untuk first week. Peminat tegar pasti membeli kesemuanya secara membuta-tuli lantas pengarah syarikat akan bergelak ketawa mengira wang sambil menghirup champagne. Edisi-edisi berkenaan ialah:

1. Regular Edition
2. Limited Edition (2CD+DVD) Mahal!
3. Limited Edition (2CD+Blu-ray) Sama mahal!

Regular Edition



1.  Apa ni? Album ke buku resepi? Kenapa tak ada nama kumpulan dengan nama tajuk album?  Clashing with their all-capital 'COSMIC EXPLORER' attention purpose. Huh? Huh?

2. That triangle theme thing again that has been used like umptieth times.

3. WHAT THE HELL WAS NOCCHI DOING UP THERE! Tak berkenan aku tengok pose gitu. Nampak uncomfortable tapi acah kena pose professional.




So basically I found this on the Internet. 


Exactly!

4. I don't see any space related theme here. I get it. Tak semestinya kita kena terikat dengan tajuk bukan? Tapi posing in front of your huge face should it give you some insight about the album?

5. Omg! I get it! Nocchi acah posing macam tu gamaknya macam dia terapung lah kan dekat space.

6. Tak ada sapa ke nak taja high heels lain?

Aku bukan apa aku geram sebab nanti kalau aku beli aku akan dapat yang regular edition which is aku tak berkenan dengan cover ni. 

Limited Edition


1. Now, baru kita nampak usaha tu ada kan dekat sini kan. Group name. Check! Album title. Check!

2. Memasing buat pose kaki ketam(?) lol. 

3. The outfits reminds me greatly to Alice in the Wonderland. Not complaining here tho. At least lagi interesting daripada outfits dekat regular edition yang macam beratus kali aku dah pernah tengok diorang pakai tapi alter sikit dekat mana-mana bagi nampak berbeza. Dia macam management memberi arahan dekat team stylist "You all better guna balik kain-kain ni semula tapi olahan design dia kena lain atau waktu rehat korang akan dikurangkan daripada sejam ke setengah jam!" *sambil kunci pintu besi basement* 

4. At least cover ni nampak 'space-y' macam ada berada di dimensi pelik dengan pattern berulang dan simetri. But still! this is not enough to represent anything.

5. Kemunculan high heels hitam yang bosan itu lagi. Bukan 3 pasang dah. Tapi 16 pasang!

Konklusinya this time around the art direction macam quite 'strange' dan random juga. Aku rasa cover art untuk 'Spring of Life' lagi macam bertepatan untuk album kali ini.


Nampak tak? Beza dia kalau guna cover ni instead. Tapi kalau diberi pilihan of course aku akan pilih yang Limited Edition tapi yang pastinya di Malaysia akan keluar Regular Edition sahaja. Benci!

Despite all the 'cercaan' please do check out their new Instagram page @prfm_official. Applause to the team yang buat akaun ini. Talk about hardwork! Ko rajin ke nak upload gambar dekat Instagram sekali tiga gambar supaya susunan gambar tak lari.


Ataupun singgah ke website khas 'COSMIC EXPLORER'. Ko pasti merasa macam berada di galaksi lain dimana lagu-lagu dia direpresent sebagai sebuah planet. Dan setiap planet akan ada nota-nato ringkas daripada retis, komposer, personaliti terkenal, selebriti mengenai pendapat mereka tentang sesebuah lagu. 

2 comments:

  1. Kat Jepun, walaupun masing2 dah maju, tapi penduduk dia still sokong artis kegemaran dgn beli produk mereka.
    So bila ada banyak edition utk satu album/single, sangat tak terkejut sbb dengan cara ni diorang nak pungut duit peminat. Hahaha

    Cuba bayangkan kat Malaysia buat camtu?
    Kita, kata suka sangat artis tu tapi lagu gi donlod free je kat tenet.
    Pastu merungut kenapa artis tak maju. Hahahahahah

    ReplyDelete
  2. Omg. Kenapa komen ko langsung takde mentioned (the legendary trio) Perfume?
    Hahaha.

    Malaysia kalau bab beli music mmg bukan market dia. Susah lah nak kaya kalau mengharap jualan physical album/single (ada ke?). Kalau femes ye. Tapi kalau untuk market tudung haaaa, kalau boleh semua warna nak ada.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...