Tuesday 23 January 2018

Kek Look Tong Temple Ipoh

Hi! Dah lama tak cerita pasal lawatan ke tempat-tempat menarik. I miss writing a long entry yang macam syok sendiri tu just like what I've done in the past. Asyik-asyik cerita pasal makanana saja macam tak fair juga, Ipoh pun ada lokasi-lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Tiba-tiba jadi duta tak rasmi Ipoh. Sebab tu je lokasi yang paling dekat dan tak membebankan isi dompet sangat ye teman-teman sekalian. Haha. Tapi it's about time pun. Dulu masa kecil tak ada kemudahan nak bergerak sana-sini, bila dah ada sekarang sewajarnya ambil peluang yang. Rasa macam ignorant juga sebenarnya, lokasi dekat kawasan sendiri tak pernah nak explore atau lagi tragik tak tau pun wujud, tapi dalam minda dah set dan kenal semua nama-nama tempat yang famous dekat luar negara yang entah bila dapat pergi tu. Eh, jap macam tengah usrah pulak tiba-tiba kan? 

Bandar Ipoh ni terletak di dalam kawasan yang dikelilingi oleh bukit-bakau batu kapur, which is cantik gila kalau korang dapat lihat dari sudut panorama. Kalau lalu dekat jalan highway ke Ipoh akan nampak pemandangan macam ni. Kalau waktu pagi lagi cantik dengan ada tompokan awan-awan putih sambil diliputi kabus pagi serta pemandangan hijau yang melata disetiap bukit diselang-seli pula dengan struktur batu kapur. Kalau dapat peluang ni buka tingkap (kalau boleh bukalah, kalau naik bas tak boleh kan), tarik nafas, hayati dan tatap pemandangan yang ada depan mata. Hilang masalah dunia sekejap. Disebabkan bukit-bakau jenis batu kapur banyak dekat Ipoh, makanya ada banyak juga lokasi temple dibina dekat kawasan ini. Ada dalam 5-6 lokasi kalau tak silap. I will explore all of them kalau boleh. Tapi kali ni aku melawat Temple Kek Look Tong dululah sebab destinasi ni termasuk dalam top list lokasi yang perlu pelancong-pelancong akan singgah kalau datang Ipoh. Pelancong-pelancong dari luar negara pun suka datang sini. Cumanya to be honest ye, destinasi-destinasi temple ni selalu akan 'miss out' dalam itinerary orang melayu muslim. Sebab temple kan, baik pergi masjid katanya. Haa macam tu alasan ntah apa-apa tu.  Gamaknya kalau pergi China, Jepun atau Korea destinasi tempat beribadat orang lain kalau boleh tak nak pergi macam tu. You are missing a lot by skipping these places weh.

Laluan masuk menuju ke entrance.

Nak pergi sini senang saja, kalau tak ada kereta sendiri ko pakai Grab/Uber terus boleh sampai. Kalau pakai kereta guna Waze atau Google Maps saja, senang. Tapi kena ingat lah nama tempat ni Kek Look Tong. Aku senang nak ingat nama ni ingat Kek dengan Lontong, haaa terus melekat dekat kepala kalau guna nama makanan. lol. Tapi Kek Long Tong bermaksud "Cave of Great Happiness" sebenarnya. Masa nak masuk ke sini mula-mula ko akan lalu kawasan perumahan macam pelik gila betul ke jalan ni? Kemudian ko akan masuk macam laluan semak dan hutan-hutan sikit seperti dekat gambar diatas dimana hati ko tidak akan gusar lagi selepas itu takut salah jalan ke apa. 

Main entrance

Tapi sebelum kita sampai dekat entrance aku nak bagitaulah yang sebelum datang ke sini aku tak pernah Google gambar-gambar temple ni so mata aku still lagi virgin dan tak expect atau bayangkan apa-apa pun. Namun setelah melepasi pintu entrance berwarna merah dan hijau diatas...


Rasa macam kena transport dekat tempat lain bukan dekat Ipoh dah. Depan ko terbentang dengan lush greenery! Nak parking pun senang. Boleh saja park dekat bawah-bawah pokok depan entrance temple ni. Parking percuma ye dan masuk pun percuma. Cuma bawak badan saja datang sini. Lagi satu nanti ada surprise dalam gua ni nak tunjuk. Kalau nak tahu kena baca sampai habis.


Maafkanlah ye gambar kalau ada yang bersinar lebih tu. Sebabnya aku datang tengah hari buta. Matahari dekat atas kepala. Kalau nak datang better datang weekdays. Masa aku datang ni kurang gila orang macam heaven nya tak payah nak berebut-rebut. Dari jauh pun kedengaran pakcik-pakcik sembang dekat bawah pokok. Disebabkan ini kawasan gua so macam bergema lah perbualan mereka. Kemain rancak sembang. Alternatif warung kopi ke?

Laluan sebelum masuk ke dalam mulut gua

Dekat tangga masuk ke gua ni ada macam hiasan miniature kecil. Ada banyak design. Kalau ko sibuk saja nak selfie ataupun rakus nak masuk ke dalam memang tak perasan. 

Boleh ralit tengok satu-satu. BELUM MASUK
DALAM LAGI

Yang paling tak boleh blah tetiba ada macam Eifel Tower. Motip? Terganggu fantasi aku jap yang sedang berada di salah sebuah kota larangan di China.

Okaaayyy

Ingat tak aku ada mention yang aku datang masa tengah hari buta. Lepas masuk dalam terus rasa sejuk macam natural air-conditioner. Luas pun luas bahagian depan dia. Semua lantai dia cement render jadi senang untung bergerak ke sana ke sini. Bersih pun bersih. Mula-mula masuk aku dengan skeptiknya ingatkan ni jelah kan tempat dia. Macam kecewa jap sebab tak puas. Tak letih pun lagi. Rupanya dekat dalam ada lagi!! Kena naik tangga. Cumanya jangan lah macam over eksaited tergedik-gedik jalan dalam ni sebab gua ni banyak kawasan yang air dia menitik-nitik dari atas stalactite gua. Jadinya banyak tempat yang licin maka berwaspadalah and mind your steps. 

Pandangan pertama sejurus masuk ke dalam

Pandangan dari dalam melihat ke arah luar
Bila dah naik tangga masuk dalam lagi best sebab management temple ni ada pasang lampu-lampu  di tempat-tempat yang strategik untuk menonjolkan lagi kecantikan semulajadi struktur dalaman gua ni. Tempat duduk seperti benches pun ada disediakan kalau penat boleh duduk sekejap sambil menikmati udara yang segar. Aku ada nampak sorang pakcik ni siap duduk pejam mata relax saja tidur ke? Tapi aku macam ish! Mungkin dia sedang bermeditasi tu. #husnuzon

Boleh ralit tengok

Suka tengok gambar yang no 3 tu. Cantik kemas


Dalam ni juga ada beberapa patung logam besar Buddhist and Taoist yang disadur dengan warna emas. Disebabkan temple ni still fully operational dan digunakan oleh masyarakat jadinya janganlah bising sangat sebab takut kacau orang nak beribadat. Tapi time aku pergi ni tak ada nampak kelibat orang sembahyang pun.

Nampak tak sign boord tu? Tolong
jangan lompat kijang disini.

Tempat ni dikatakan sudah menjadi tempat ibadat sejak dari 1920-an lagi dan kemudiannya diperbesarkan kawasan dalam gua tu sebab berlangsungnya proses penggalian bijih besi. Tu yang depan dia besar semacam. Kemudian lepas stop proses perlombongan ni ia dibuka semula sebagai temple sampailah ke hari ini. Selepas dah puas tengok-tengok dalam ni ingat tak surprise yang aku katakan nak cerita dalam awal-awal post ni. Dekat belakang gua ni ada tempat rahsia sebenarnya. Rahsia la sangat kan. Rahsia dia ialah ia ada taman!!

Hello~! Dekat mana ni? Dah tersesat di kaki bukit
di negara China ke?

Tak sangka betul part yang ni. Dengan suasana menghijau dia. Rasa refreshing betul. Bila ko masuk area ni dia macam calming, sunyi macam tu. Tapi dengar cerita dekat belakang tu ada macam orang buka lombong ke apa kalau nasib tak baik jadi bising. Luckily masa aku pergi tak ada pencemaran bunyi berlaku.

Pejalan kaki pun cantik macam ni

Sayang time ni bunga teratai tak
berkembang. 

Masa ni ada insiden lawak jap. Masa tengah explore dekat area ni ada 2 orang sami ni. Sami-sami ni pelawat juga. Dia ada bawak 2 orang budak. Sorang budak kecil sorang lagi macam belia remaja. Masa aku tengah selisih dengan mereka ni, budak remaja tu bagi sign language sambil buat tangan bentuk burung kalau kita main game ohsom tu kemudian diikuti dengan simbol nombor 2. Beriya dia tunjuk berulang kali. Eh? Dia ni nak main game teka perkataan ke? Kemudian aku respon lah kat dia kata 'Snake? 2 snakes?' Namun dia cuma muka muka cuak acah cemas macam tu. Sudah, aku dah start seriau lah kan. Lagi-lagi tempat ni pun macam hutan sikit possibilty nak ada benda-benda ni memang ada. So aku elak lah pergi jauh-jauh sangat. Kalau terjumpa nanti nak buat apa? Last-last ko nak tau apa benda sebenarnya maksud dia?



Angsa rupanya! Hampeh. Mati-mati aku ingat ular tedung ke, ular senduk ke. Mesti dia kena kejar lah tadi tu. Kacau lagi. Memang disenduk lah ko. Aku bila teringat muka trauma budak tu macam lawak jap. Tapi apa-apa pun terima kasihlah dik untuk amaran itu.  

Dalam taman ni pun banyak view yang menarik

Pondok ni boleh buat jadi tempat berangan
jadi maharaja betul. 'Mana teh oolong
beta!' *libas kain*

Area ni ada pondok-pondok rehat macam dekat gambar diatas tu. Boleh duduk-duduk lepak sambil tengok pemandangan semua. Kemudian masa aku nak balik kedengaran pula bunyi orang main seruling. Ya ampppunn memang imiginasi berada dekat China tu terasa betul. Bila orang tu main seruling dia punya bunyi alunan muzik tu macam bergema dan jadi kuat makanya jadi sedap didengar. Kombinasi kawasan gua ni dengan bunyi seruling tu betul-betul kena. Namun bila sampai part akhir tetiba dia jadi out of tune sebab ada note dia tiup jadi nyaring gila. Hahaha. Lawak betul. Terbantut kejap imiginasi aku.

Overall memang tempat ni worth it untuk dilawati. Kalau nak lari sekejap dari kebisingan dan kesibukan ibu kota bolehlah singgah sini kejap cari ketenangan. Unless kalau lombong dekat belakang taman tu pun duk bising juga tak boleh buat apa lah. Free pun free. Tempat parking pun banyak. Boleh habis sejam dua dekat sini saja. Kalau lepak sembang mesti lagi lama. Padanlah pakcik-pakcik tu semua suka lepak sini! 

1 comment:

  1. Haha part last plg klako. Thanks for the review. Lama dah x baca blog

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...