Sunday 4 February 2018

WIT: Utada Hikaru - Oozora de Dakishimete

Bila baca tajuk blog post kali ni mesti minda korang dah mula berprasangka, "Haa! Ni entry pasal review muzik lah tu. Kosser nak klik baca". Tapi sebenarnya tak pun. Aku pun dah tak buat dah review-review lagu ni. Sebab tahu tak akan dapat sambutan pun. Eh? Macam lah entry-entry lain tu dapat sambutan sangat pun kan. At the end tulis lah apa-apa pun tak akan ada apa-apa pun yang berlaku. Tiba-tiba jadi bitter ni dah kenapa? lol!

Sebenarnya aku suka tengok CM untuk lagu Utada Hikaru yang bertajuk 'Oozora de Dakishimete'.  Berulang kali. Lokasi yang dia gunakan untuk iklan ni pun cantik betul. Dan shot-shot dia pula 'kena' dengan produk yang ingin disampaikan kepada penonton. Dia punya berkesan aku pun rasa nak beli air mineral SUNTORY ni. Spritzer who? At this point I wish they could extend this video to cover the whole full song. Mana cukup 1 minit. Paling penting sekali aku tertanya-tanya di mana letaknya sebenar lokasi yang digunakan untuk iklan ni, maka wujudlah blog post ini untuk mencari jawapan untuk soalan ini dan pada masa yang sama aku boleh berkongsi dengan semua orang apa hasil aku dapat. WOW! Baiknya dia~

Sebelum tu boleh lah tengok video ni dulu kalau yang belum berkesempatan tengok. Favourite scenes aku selain lokasi dia ialah semasa Utada terhantuk kepala pada ranting pokok.


Ok, sebelum aku mula apa-apa aku dapat rasakan mesti sesetengah pembaca macam dah confuse dengan istilah-istilah dan perkataan-perkataan yang telah aku gunakan di atas. CM? SUNTORY? Utada who? Oozora de daki apa? Daki badan? Don't worry bro and sis semua, I've got you covered. Aku cuba terangkan seringkas yang mungkin. 

1. Utada Hikaru

Utada Hikaru

Alright. Janggalnya aku nak jelaskan nama Utada Hikaru ni seringkas yang boleh. Macam satu penghinaan pula. Buat 5 blog post pun still tak habis lagi cerita. Utada Hikaru ialah wanita didalam video diatas.  Kenapa dia ada dalam video ni? Sebab dia yang nyanyi dan tulis lagu yang mengiringi iklan ni. Senang cerita Utada Hikaru ni macam Siti Nurhaliza. Penyanyi solo yang amat terkenal di negara masing-masing. But she is waay bigger in terms of star power.

2. 'Oozora De Dakishimete'

「大空で抱きしめて」atau dalam romaji ditulis sebagai 'Oozora De Dakishimete' ialah tajuk runut bunyi yang dapat kita dengar dalam iklan ni. Ia bermaksud 'Hug me, in the Vast Sky' dan aku personally translate lagu ni dalam BM sebagai 'Dakapku Erat Di bawah Langit Nan Luas'. Haha. Cheesy tak? Oh, lagu ni dapat no 1 ye dekat Carta Digital jadi nampak tak kenapa ia dipilih oleh para advertiser in the first place. Sebab dah tahu akan do well in charts.

3. CM

CM ialah singkatan untuk commercial di Jepun. As simple as that.

4. SUNTORY

SUNTORY ialah syarikat yang super famoooousss dekat Jepun dengan produk-produk air mereka. Fun fact, brand Ribena telah dibeli oleh syarikat ini pada tahun 2013. Namun dalam iklan ini mereka memperkenalkan produk air mineral semulajadi mereka, SUNTORY Tennensui. Sebab tu lah motif iklan ni kita boleh lihat Utada GIGIH! mendaki bukit bagai. 

Ok dah faham semua? Sekarang mari kita beralih kepada the real question here, WHERE THE HELL IS THIS GORGEOUS PLACE?

Suntory/Youtube

Suntory/Youtube

Suntory/Youtube

Disebabkan details video ini semua ditulis dalam Bahasa Jepun macam susah betul nak tahu sebarang maklumat mengenai tempat ini. Kalau yang tak tahu langsung Japanese lagi lah terkulat-kulat nak start dari mana. Not saying that I'm very good in Japanese. No I am not. But since I know pretty much some basic about it at least it can helps me greatly in finding some answers.

Sebenarnya dekat tajuk video ni ada bagi details dimana terletaknya lokasi tempat ini.

サントリー天然水『水の山行ってきた 奥大山』篇 60秒 サントリー CM

Haha. Jangan gentar. Aku pun sebenarnya takut juga tengok tajuk dia. Panjang lebar! Namun ada satu perkataan di situ yang akan bagi kita starting point untuk buat some quick research iaitu:

奥大山

Dua kanji terakhir iaitu 大山, bermaksud big mountain dan memandangkan ada gambar gunung-ganang dalam video ni this could mean something. So my first google image result using this word gave me this.


Alright! Nampaknya kita berada di jalan yang betul. 2 gambar terakhir siap ada pose kuak lentang Utada Hikaru di celahan pokok tu did confirm our first assumption mengenai nama tempat yang kita nak cari tu. But I need the name in English. And thank God the first Google result gave me this website.

Tottori

Jadinya tempat yang dicari selama ini berada di kawasan Tottori, Jepun dan nama gunung tu adalah Mount Daisen. Setelah baca sedikit info, Mount Daisen ni dikatakan gunung yang kedua famous selepas Mount Fuji dan selalunya memang jad tempat favourite pelancong yang gemarkan suasana alam semulajadi.

Wikipedia

Kalau nak baca lebih lanjut mengenai tempat ini aku ada link kan website-website yang boleh korang baca dan refer kemudian. In case lah mana yang tetiba rasa nak pergi juga tempat ni. Jangan risau semua dalam English.

#1 Wikipedia - Page klise yang harus kita pergi dulu. lol
#2 不思議だいせん atau Fushigi Daisen - Page ni details gila kalah Wikipedia. Accommodation, activities, transportation untuk pergi ke Mount Daisen semua ada dalam ni. You name it.
#3 Japan-Guide.com - Artikel ringkas tetapi padat. Sesuai dibaca kalau bercadang nak mendaki gunung ini.

Suntory/Youtube

Seperti yang telah disebut di atas kita boleh mendaki Mount Daisen ni, 4 kilometer, dianggarkan 3 jam, untuk sampai ke Misen Peak. Jadinya Utada Hikaru mendaki guna trail ini kah? Hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi yang pastinya dia mendaki kawasan ni bukan sesaja sebab produk air mineral SUNTORY tu memang sumber dia datang dari sini. Even kilang memproses air dia pun dibina di kawasan ini. Jadinya bukan lah propaganda nak menipu consumer tunjuk kawasan cantik-cantik konon nak buktinya betapa freshnya air mineral dia tapi rupanya gunak air yang telah dirawat.

Ok. Lagi satu bila musim luruh kawasan ini akan jadi seperti gambar dibawah

Tottori

Kalau dalam gambar dah cantik macam ni tak tau lah kalau tengok dengan mata sebenar rasa macam mana. Boleh menangis! Manakala pada waktu winter boleh pergi ke Ski Resort untuk bermain salji dan sebagainya. In fact dalam setiap musim ada saja aktiviti yang boleh dilakukan. All year round.

Oh, sebelum tu perkataan 奥大山 sebenarnya bukan merujuk kepada Mount Daisen secara spesifik. Mount Daisen ditulis sebagai 大山 manakala   奥大山sebagai Okudaisen. Bukan, bukan kita kena tipu. It's actually located at the same place. Okudaisen lebih merujuk kepada satu kawasan dalam kawasan pedalaman di sepanjang kaki bukit Mount Daisen hence the addition of the word 奥, Oku. Secara teknikalnya Okudaisen, Kidanizawa ni lah yang merujuk kepada scene dimana Utada berdiri di tengah-tengah sungai yang dikelilingi oleh batu-batu yang diselaputi oleh lumut-lumut hijau itu. 

Suntory/Youtube

Suntory/Youtube

Boleh klik pada link di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kidanizawa, kawasan air sungai yang cantik gila ni. Nature 100%. Tiada unsur modenisasi disini. Untuk mengelakkan salah faham meh aku ulangi sekali lagi. Kidanizawa ni kawasan sungai yang terletak didalam pedalaman Okudaisen disepanjang kawasan kaki bukit Mount Daisen. Jadi sebenarnya tempat yang dicari ada 3 iaitu Mount Daisen, Okudaisen dan Kidanizawa. Yay! Misi tercapai.

Semoga dapat pergi suatu hari nanti selagi kaki dan lutut masih sihat bergerak. Tetapi sementara tu aku dengar sajalah lagu ni lepas tu berangan sendiri berada dekat tempat ni. 

Suntory/Youtube

2 comments:

  1. Hohoho aku kagum dengan kegigihan kau research lokasi dan latar belakang produk air mineral ni hahaha.

    Aku selalu anggap lokasi utk apa-apa produk video (CM ke, PV ke, MV ke) akan diedit lawa bagi, maknanya realiti tak seindah dlm video tu, tapi aku rasa Daisen ni memang lawa pun tak payah edit banyak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju dengan statement ko mengatakan selalunya kalau material yang berbentuk promosi selalunya memang dia kan edit bagi lagi cantik. Indah khabar dari rupa macam tu.

      Namun kalau diambil dari orang biasa macam aku memang selalunya Indah rupa dari khabar! Contohnya macam blog post travel aku gambar dekat situ bagi aku tak secantik dari mata aku melihatnya. Macam tak adil pula. Mungkin sebab guna kamera murah kut.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...