Monday 5 March 2018

Misi Membeli Aiskrim Murah Dan Merasainya Buat Kali Pertama

Selalunya kalau aku beli aiskrim di kedai runcit, aku akan selalu beli Cornetto ataupun Drumstick. Kadang-kadang saja kalau ada duit lebih belilah Magnum. Jarang nak cuba jenama yang lain. Aku perasan juga antara faktor utama aku tak cuba jenama yang lain sebabnya dalam ice cream freezer box tu selalunya jenama yang famous saja yang akan memonopoli ruang dalam dia. Kalau jenama yang tak famous memang akan diletak dicelah-celah bedah yang kadang-kadang ko tak perasan pun kewujudan dia. Dan of course lah stigma murah = tak sedap juga mempengaruhi keputusan pengguna (read:aku) masa nak membeli aiskrim yang murah-murah ni.

Makanya hari ini aku nak cuba sesuatu yang baru dengan cuba untuk membeli aiskrim yang murah  dan tengok sama ada betul tak kualiti ia seperti yang dijangkakan. Bagi lokasi pilihan kedai pula, aku tak pergi jauh mana pun. Kedai yang selalu aku pergi yang paling dekat dengan rumah saja. Tapi dengan syarat:

- Hanya beli aiskrim yang paling murah dan yang tak dikenali

Lepas belek punya belek semua peti ais yang ada, akhirnya aku ended up beli 3 jenis aiskrim yang berlainan bentuk, jenis dan perisa. Akus sengaja beli lain-lain supaya kita dapat lebih banyak variasi. Yang pertama aiskrim potong, yang kedua aiskrim batang kayu yang biasa dan yang ketiga aiskrim wafer.


Aku sebenarnya terkejut juga dengan hasil kali ini sebab sebelum ni tak pernah aku nampak aiskrim ni. Padahal rasanya ada saja dia dalam tu cuma aku saja menoheng tak pandang masa nak beli. Dan percaya atau tak jumlah keseluruhan pembelian semua aiskrim ini hanya RM3.20! WUT THE WUT~! 

Aiskrim #1

Jenama: Jumbo
Perisa: Cendol Pandan
Harga: RM 0.80

Selalunya kalau aiskrim potong packaging dia jenis wrapping yang nipis gila yang kalau kita bersikap rakus sedikit mesti senang terkoyak ataupun dibaluti kertas semata-mata. Tapi aku suka juga style macam ni sebab dah jadi macam trademark packaging untuk aiskrim potong. I'm not complaining. Aiskrim potong is all about that local flavours not about the packaging. Tapi jenama ni packaging dia guna plastik yang agak tebal sedikit untuk standard normal aiskrim potong kemudian ada belang-belang hijau berselang-seli dengan garisan lutsinar dan dihiasi oleh corak gajah-gajah yang macam wutt?? Anak syarikat kain pelikat gajah duduk ke? Terus beli. Dan aku tahu selalunya aiskrim potong antara aiskrim yang murah jadinya aku berani ambil dengan sesuka hatinya tanpa berfikir panjang. Tapi yang ini macam mahal sikit selalunya antara 60-70 sen kan? Gamaknya sebab plastik dia lah tu!


Buka-buka terus ada aroma cendol. Aku macam impress pula. Rasanya dia pula surprisingly macam cendol (lol!). Terbit rasa gula merah di lidah tapi rasa dia tak manis sangat. Contoh terdekat macam korang beli cendol dekat tepi jalan tu tapi versi ais dia hampir semua nak cair. Haa.. macam tulah. Tapi taklah tawar ais semata. Moderate sahaja. Lagi satu bila makan setiap kali kunyah akan dapat rasa kehadiran cendol hijau yang dah beku. Setiap kali gigitan. Aku suka style macam ni sebab selalunya aiskrim potong perisa cendol, cendol dia akan letak setempat sahaja (selalunya di bahagian atas aiskrim). Kali ini serata tempat ada which is nice. Overall aku agak berpuas hati cumanya bila sampai part dekat batang aiskrim tu, rasa batang kayu aiskrim terasa benar. Rasa kayu tu dah meresap tercampur dengan aiskrim. Tu je lah komplen aku.

Aiskrim #2



Jenama: Kentucky Dairy Piccolo
Perisa: Coklat dan Durian
Harga: RM 1.20

Bila aku nampak nampak Piccolo ni aku duk fikir ni bukan ke nama watak dalam Dragon Ball ke? Haha. Sama ada kebetulan atau disengajakan aku pun tak tau. Lagi satu sebab aku pilih aiskrim ni sebab kombinasi perisa dia. Coklat dan durian. Macam wow! Sungguh liar dan unik. Nice, nice. Tak klise macam tu. Walaupun durian antara perisa yang tak masuk pun dalam top 10 favourite aku, idea berani untuk gabungkan 2 perisa ini seharusnya kita cuba dan tidak perlekehkan! Namun bila aku buka dan tengok isi dalamnya...


Kenapa.... Kenapa rupa tak sama macam dalam packaging? Kenapa haru-biru sebegini? Kenapa batang kayu dia senget sebegitu rupa? Soo many questions. Walaupun dikejutkan dengan persoalan-persoalan ini aku cuba bertenang dan bersikap profesional dan terus move on untuk komen rasa dia pula. 

Senang cerita kalau korang pernah makan aiskrim yang dijual oleh pakcik motor yang siap ada bunyi hee hoo hee hoo masa time kenduri-kendara tu, macam tu lah rasa dia. Sebijik. Perisa durian dia memang tak dinafikan begitu kuat sekali sehingga rasa coklat terus tenggelam timbul seolah-olah kewujudannya tidak penting lagi. Aiskrim jenis macam ni memang cepat cair kalau tinggal sekejap memang start lah menitis-nitis jadi messy gila. Kalau sendawa pula, 15 minit kemudian pun bau durian dia tak akan hilang lagi. BUT if you like this kind of ice cream, maybe you'll like this one. Manalah tau.

Aiskrim #3


Jenama: Fon's Wafer
Perisa: ???
Harga: RM 1.20

Aiskrim ni macam shady gila perisa apa pun dia tak bagi tau. Mula-mula aku duk kelebek lah seminit dua nak beli ke tak. Bila tengok bahan-bahan dia ada tulis buttermilk. Aku rasa nilah perisa dia. Tapi pada masa yang sama aku perati saja Wall's Ice Cream Sandwich dekat sebelah dia. Sama juga macam ni. Cumanya lagi mahal dan ada komik dekat atas dia. Tak ke lagi fancy! Namun aku berjaya tepiskan pemikiran ini dan kembali kepada misi kita yang sebenar.



Sedihnya tengok rupa dia. Aku boleh bayang lah aiskrim ni dah alami proses sejuk-cair berulang kali sebab tu jadi tragik sampai macam ni. Bukan lah nak mengata ke apa, tapi belum apa-apa aiskrim dalam dia dah meresap masuk dalam wafer. Kemudian dia jadi soggy semacam membuatkan wafer tu tak ranggup dah.


Wafer dia sebijik rasa macam aiskrim kon murah. Sepatutnya wafer ni kenalah lama untuk membantu kita menikmati aiskrim yang diapit ditengah-tengahnya namun bila aiskrim start cair dia pun sekali jadi lembik. Macam hek eleh. Harapkan pagar, pagar makan padi!! Antara tiga-tiga aiskrim ni, yang ni aku macam tak berapa nak enjoy makan. Lagi satu dikatakan aiskrim ni perisanya buttermilk tapi aku makan macam rasa coklat saja. Tapi bukan rasa coklat yang sedap tetapi coklat palsu yang bersembunyi disebalik sandiwara wafer itu.

So overall:

Must Try: -
Boleh lah: Jumbo Cendol Pandan
Nope: Kentucky Dairy Piccolo & Fon's Wafer

4 comments:

  1. Aku rasa, aiskrim coklat durian tu pun mengalami proses cair beku berulang kali, sebab tu tak nampak distinction antara dua perisa tu hahaha.

    That wafer is actually good kalau menurut memori aku zaman kekanak dulu. Sbb tu bila aku rasa yang aiskrim ada komik tu aku rasa macam "Eh, kenapa macam kecewa je ni.." gittew.

    Tapi susah laa cari aiskrim macam ni sekarang. Sebab kedai asyik letak 2 kotak freezer je, satu jenama Wall's, satu jenama Nestle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perspektif masa kita kecik dengan besar kadang-kadang akan berubah. Bukan nak menidakkan statement ko kata aiskrim wafer tu tak sedap masa kecil (setiap orang orang lain citarasanya) tapi bila dah besar selalunya apa yang kita rasa best masa kecil akan jadi sebaliknya.

      Sebagai contoh, Aku suka tgk movie A ni. Dulu masa kecik selalu tgk tak jemu-jemu. Tapi bila dah meningkat dewasa bila tonton balik rasa macam shitty gila. Tetapi disebabkan faktor nostalgia aku still ada soft spot for this movie walaupun rasa movie ni tak lah sebest mana pun sebenarnya. =)

      Tapi betul lah aiskrim yang kurang famous ni memang susah nak cari. Wall's dengan Nestle yang banyak conquer peti ais.

      Delete
  2. Mintak maaf menyampuk, aiskrim Picollo tu kat tempat aku 70 sen je. Setakat ni tak jumpa lagi yang terpisah durian dan coklatnya, memang bercampur.

    ReplyDelete
  3. Terbaik bang. Saya guna gambar abang untuk tunjuk aiskrim potong tu kat member saya ni. Dia tak pernah jumpa!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...