Kalau sebut 'Ipoh', menu yang paling famous sekali orang akan kaitkan ialah Hainanese Chicken Rice tapi orang tempatan selalunya akan sebut Hainan Chicken Rice sahaja (HCR). Secara asasnya HCR ialah sejenis menu yang terdiri daripada nasi beraroma wangi yang dimasak dengan stok ayam berserta lauk ayam stim empuk tanpa tulang yang disiram bersama kicap soya disamping sayur-mayur (timun, tomato etc.) dan kuah sup.
Tapi dekat Ipoh ia lebih dikenali dengan nama Bean Sprouts Chicken atau dalam Cantonese nya dipanggil sebagai 'Ngah Choi Kai'. Kalau dalam BM lagi senang cerita panggil 'Ayam Taugeh' saja. Lagi senang. This menu is so famous ada yang sanggup turun ke Ipoh pada waktu weekend semata-mata untuk makan menu ini ataupun kalau setiap kali singgah dekat Ipoh tak sah kalau tak makan. And there is a lot of restaurants selling only this type of menu here. Like a lot.
Namun apa yang tak bestnya ialah mostly restaurant Ayam Taugeh dekat sini dikategorikan sebagai tidak halal. Kebanyakan owner adalah chinese and mostly sangat susaaaaaah (nampak tak dia punya susah) nak cari outlet yang halal. This is the main reason yang aku rasa most people especially muslim that are from other places outside Ipoh macam tak tahu Ipoh ni famous gila dengan Ayam Taugeh. Oh, heck even for me as a Perakian pun tak tahu menu ni begitu sinonim dengan bandaraya Ipoh until I have been asked by tons of people with the same question 'Dekat Ipoh mana Bean Sprouts Chicken paling sedap?'. Dan usually aku macam blur nak jawab apa. Atau mungkin aku je yang duduk bawah tempurung semua orang actually dah tahu. If that the case.... =(
Of course lah after all that burning questions I need to do some of my own research about this dish but ended up zero result. Zilch! Sebab mostly semuanya non-halal. Until I found 'Ipoh Hainan Chicken Rice' *mata bersinar*
Source | Kamalmo |
Tetapi berdasarkan pada review-review yang aku lihat orang kata this is not even that close kalau nak dibandingkan rasa dia dengan the original, I mean the non-halal one. And I was like jadilah. At least dapatlah rasa macam mana rasa dia kan? But before that guys. Some clarification.
Tipikal menu HCR adalah macam dekat apa yang aku gambarkan dekat bahagian intro tetapi menu ini akan berubah-ubah, kalau tak banyak sikit, bila berada di negara-negara lain. Dekat Malaysia or specifically dekat Ipoh selalu digandingkan dengan taugeh. Manakala franchise 'The Chicken Rice Shop' (bukan sekadar nasi ayam~♫ kwok! kwok! kwok!) pun dikategorikan sebagai HCR tapi dia dah fusion dengan pelbagai bahan. Dan bagi bangsa Melayu HCR lebih dikenali sebagai 'Nasi Ayam'. Yes, that nasi ayam but minus lauk taugeh. There are coming from the same thing but different in taste. Jadi apa yang aku nak rasa disini ialah HCR versi Ipoh yang ada lauk taugeh tu.
Welcome! You will be seated at this table |
Ipoh Hainan Chicken Rice ada dua cawangan buat masa ini dan aku decide untuk pergi yang dekat cawangan area Anderson Road. I will link both addresses at the end of this blog post. Nanti kalau nak pergi Waze saja alamat tu nak pergi yang mana. Ok, bila pergi branch ni expect heavy traffic especially during peak hours sebab dia terletak dekat tepi main road. Kalau nak lagi senang pergi branch Greentown sebab kedai dia dalam area gated parking lots.
Bila masuk saja macam gelap juga restoran dia. Macam teduh tak cukup lighting macam tu. Dan aku risau juga nanti nak tangkap gambar nak kena on flash ke? Nevertheless kalau panas-panas terik dekat luar environment macam ni ok juga sebenarnya (untuk tidur).
The Taste:
I ordered 'Roasted Hainan Chicken Rice' (RM6.15). Harga dia quite reasonable juga. Dia ada lagi satu dish signature iaitu 'Steam Hainan Chicken Rice' and I should pick this one instead. Tapi dah terorder makan jelah apa ada. Maybe next time. And guess what lauk taugeh dijual berasingan dan aku kena order ia sebagai side dish dan harga dia agak mahal juga (RM5.85). Tambah lagi seringgit lagi dah boleh dapat satu lagi set Roasted Chicken Rice. Okayyy. Since yang versi tauge tu lah yang aku nak rasa mestilah kena order side dish ni. Tapi kalau nak jimat tak payah order pun boleh tapi takde lah unsur Bean Sprouts Chicken nya. Tak ke sia-sia datang. Baik pergi medan selera order nasi ayam bukan?
Nasi dia macam tawar. Rasa agak bland. Aku da suspek awal-awal sebab warna dia pun macam agak putih macam nasi biasa. Aroma stok ayam macam kurang dan tak menusuk kalbu pun. And the chicken texture was ok-ish. Walaupun pada mulanya tengok kulit roasted ayam dia bersinar-sinar kelazatan. But the problem is kuah dia agak masin untuk selera aku. Terkejut kejap. But I bet orang yang suka makan masin-masin ni will love this one. Mujur ada sambal cili dia. So for the whole time aku depends makan nasi dengan sos ni lepas tu letak lak sos kicap tu sikit. Kalau makan kuah kicap tu semata tak ke terkebil-kebil nak habiskan.
Bila 'Steam Bean Sprouts' ni tiba di meja aku macam kejutan budaya sekejap sebab portion dia baaanyaak. Adalah dalam 300gram. WELL THAT EXPLAINED THE HEFTY PRICE. Kalau sorang memang terlebih-lebih tak habis. Siap terfikir macam nak sedekah sikit lauk ni dekat meja sebelah tapi since nanti orang ingat aku buang tebiat ke apa baik aku tapau bungkus bawa balik saja. Aku rekomen 2-3 orang untuk satu serving ni.
To be honest walaupun taugeh di crunchy sos kicap dia sebijik rasa macam kuah kicap dekat Roasted Chicken Rice tu tapi versi sedikit cair. Sebab rasa dia pun masin juga. Hahaha. Ya ampuun. Tapi since kuah dia tak meresap dalam taugeh (sebab steam sekejap) rasa dia tak masin pun. You can ignore the kuah kicap.
Ada kacang dalam sup. |
Overall aku macam dissapointed sikit. I mean I wish the taste was a bit better despite me having some low expectation. But mungkin aku je kut. Since aku tengok ada saja orang keluar masuk restoran ni walaupun tak ada lah sampai penuh meja. Senang cerita datanglah sendiri and judge it by yourself. Mungkin hari yang aku pergi tu tertumpah garam ke apa manalah tau.
Oh, ada lagi 2 side dishes yang orang ramai duk rekomen untuk dirasa tapi aku tak berkesempatan nak order. Kalau order juga memang confirm tak habis. I might order it if I come with friends. Boleh cuba 'Deep Fried Beancurd in Oyster Sauce' dan 'Kerabu Manga'. I heard waay more positive reviews regarding these two. So you might want to try them also.
Address:
Branch Anderson Road
107, Jalan Raja Musa Aziz,
Kampung Jawa,
30300 Ipoh, Perak
Branch Greentown
B-G-13, Greentown Suria,
Jalan Dato Seri Ahmad Said,
30450 Ipoh, Perak
Business Hour: 10am-10pm
Salam bang, restaurant ni sme x dgn Bukit Bintang Hainan chicken rice??
ReplyDeleteSetakat ni rasanya dia ada 2 cawangan sahaja. Dua-dua dekat Ipoh.
Deleteye bang rse ni x sme dgn Bukit Bintang HAILAM chicken rice hehe, btw thank you.
Delete