Hello you wildlings and free folk. Sejak aku start buat segmen ni rasa macam cepat betul seminggu berlalu macam baru saja BERTUNGKUS-LUMUS kejar dateline nak tulis ep 5 lepas tiba-tiba kena tulis lagi. Kali ni aku nak publish awal sikit sebab tak nak terkejar-kejar dah kalau tulis last minute. Plus! Episod kali ni agak banyak benda yang aku nak komplain, I mean komen sebab tu aku tak sabar nak tulis semua ni sebelum api semarak nak membebel mula hilang dan basi.
Sebelum start apa-apa.. boleh tak aku nak highlight yang episod kali ni plot hole dia punyalah berlambak bertebaran kiri dan kanan. What a mess!!
1. Berapa banyak yang mati ni sebenarnya masa lawan White Walkers? AND WHO ARE THEY?
2. Lajunyaaaaa Gendry marathon nak bagi warning dekat Eastwatch.
3. Terror nya The Hound baling batu jauh gila sampai boleh kena sekor zombie tu.
4. LAJUNYAAA burung raven sampai ke Dragonstone nak minta bantuan Dany.
5. Drogon ada GPS ke tahu kedudukan Jon dan rakan-rakan?
6. Mana army White Walkers dapat rantai-rantai besi nak tarik bangkai naga tu?? 24 hours Hardware shop?
7. Terorr nya Jon boleh tenggelam lama-lama dalam air sejuk membeku lepas tu timbul balik.
8. Kuda tu muat untuk dua orang kan? Kenapa Uncle Benjern tak nak naik sekali?
1. Ughh! Lagi sekali GoT tak berani nak matikan watak mereka. Rupanya hanya Thoros sahaja yang mati macam mendeee. Aku predict 4 orang at least akan mati. Empat! But instead yang banyak mati ialah pelakan extra yang tetiba muncul entah dari mana. Aku macam wuuut!! Hari tu yang keluar dari Eastwatch ada 7 orang saja. Confuse kejap. Masa scene lawan-lawan tu aku macam ni sapa? Eh, yang kena tarik tu Thormund ke? Eh, bukan. Sapa ko? Eh, ni sapa pula? Eh? Eh? Eh!
I love Thormund. But at least let him die in this one. Baru terasa the weight of this scene. GoT is becoming not GoT dengan simpan watak-watak kesayangan peminat. Let me tell you, I love Catelyn Stark tapi masa Red Wedding diorang bunuh dia tanpa belas kasihan it was unpredictable! I was shocked at that time. Even masa Ned Stark mati pun kita tak sangka sebab ingat mungkin ada orang akan selamatkan dia. Sebab dalam GoT there is no such thing as kalau ko baik ko akan selamat. Justice in GoT don't work in that way. Everyone can die. Unless if you are a fan favourite nowadays maybe you will survive.
2. Aku dah agak dah salah satu naga itu akan mati sebab aku ada ternampak poster ni masa awal-awal season.
Spoil gila kan? They should know better not to do this. Oh, plus masa Viserion mati walaupun tahu detik ini akan tiba bila-bila masa sahaja disaat lembing tu kena badan Viserion sambil darah keluar mencurah-curah I was like..
I wish Dany's reaction was more than that. I mean kalau aku dah meraung dah (Oscar worth punya meraung) sambil fikir macam mana nak pergi selamatkan Viserion. Lepas tu perasan tak masa Dany dah sampai dekat menara di Eastwatch dan dia tetiba termenung tengok hutan disebalik The Wall. Aku ingat dia nak have a time alone nak bersedih pasal Viserion rupanya dia duk tunggu Jon selamat balik ke tak. Macam hoi! Anak ko baru mati. Kenapa pikir pasal jate lain?
3. Oh ya, do you guys know the differences between White Walkers and Wights? Mereka adalah berbeza jenis sebenarnya walaupun dalam team yang sama.
i) Wights
Mereka-mereka ini ialah umpama zombie yang dihidupkan semula selepas mati oleh Night King dan sekutunya.
a. Wights boleh jadi dalam bentuk manusia dan binatang (anjing, polar bear etc.) janji diorang kena mati dulu baru boleh dihidupkan semula.
b. Bilangan mereka ialah ramai.
c. Boleh mati dengan api, Sebab itu wildlings punya culture kalau ada antara mereka yang mati mayat mereka hendaklah dibakar takut-takut ia akan hidup semula.
d. Berdasarkan info baru daripada episod kali ini kita dapat tahu yang apabila kita berjaya membunuh White Walkers, automatik mereka akan mati. Sebagai contoh kalau White Walkers A dah hidupkan 500 Wights masa kehidupan dia, kalau dia mati terus 500 pengikut dia akan arwah sekali.
ii) White Walkers/Night King
a. White Walker ni macam general-general bagi Night King. Sebab tu siap ada proper baju dengan kuda sendiri. Dasar dah mati pun ada darjat-darjat ni.
b. Bilangan mereka agak sedikit tapi ada berapa tak tau lah pula.
c. Boleh menukarkan mayat kepada Wight (semak nota diatas).
d. Dijelmakan sebagai White Walker oleh Night King semasa bayi. Ingat tak kes Gilly punya family yang kalau ada baby lelaki lahir je kena sedekahkan dekat someone? That's probably is The Night King.
e. Boleh dibunuh dengan Valeryan Steel dan Dragonglass.
Night King |
a. Ketua pemerintah White Walkers.
b. Setakat ni any details pasal kekuatan dia tak diketahui melainkan pakar membaling lembing dari jauh! Bekas atlet Olimpik katanya.
4. Lawaknya bila Sansa jumpa beg Arya dimana didalam dia berisi koleksi muka-muka limited edition dari seluruh pelusuk dunia. Aku ingat benda ni macam magik. Sekali siap ada beg. Bila ada beg ni mula lah aku pikir mana datang rambut palsu, pakaian masa Arya nak menyamar. I supposed all of this is magic. So bila ada beg ni macam banyak persoalan pula timbul. Patutnya tak payah tunjuk. Biarlah rahsia.
And don't let me start with Arya and Sansa. Korang berdua ni dah kenapaaaa?!! Bergaduh pula sesama sendiri macam weh ni dah Season 6 dah patutnya memasing dah boleh pikir. Lagi-lagi si Sansa tu ko ni acah jelah dah mengharungi pelbagai dugaan semua. YOU ARE NOT SUPPOSED TO BELIEVE LITTLEFINGER. Tak ingat ke dia yang bagi cadangan ko kahwin dengan Ramsay? Adoi. Tak belajar dari kesilapan langsung.
Arya pulak tetiba jadi psycho mende budak ni. Hari-hari duk ugut Sansa mana tak perempuan tu jadi gusar dan buat plan untuk nyahkan ko dari Winterfell. Kalau Catelyn hidup pasti dah dua-dua kepala ni dia lagakan antara satu sama lain. Mende ntah.
Bran pula mana pergi!? Woi adik beradik ko tengah bergaduh yang boleh membawa kematian ni ko tak kisah langsung kan. At least kalau ko explain sikit salah faham bagai ni kan habis cerita. Kata Three-Eyed Raven. Tau segala-galanya. Tolak wheelchair dalam tasik belakang Winterfell tu kang. Tengok boleh lagi tak nak ko nak act calm ke tak.
5. Incest alert masa Dany melawat Jon sakit atas katil tu kan tak boleh blah betul. Kalau tak si John tu sakit terlentang mesti dah berlaku adegan lucah. SOMEONE PLEASE TELL THEM THEY ARE RELATED. At least Jon pasti akan fikir dua kali untuk tidak berfikiran tidak senonoh lagi. Walhal aku rasa Dany pasti akan ok saja meskipun dia tahu John tu related dengan dia. Even masa dia kecil lagi dia ingat dia akan kahwin dengan abang dia. Jezzz.
At least Jon dah setuju untuk bend the knee.
6. I've told you Uncle Benjen akan muncul. Muncul untuk mati. ZZZzzzzZZZzzzz. Boleh je kalau nak lari sama-sama acah lah nak tunjuk hero.
RIP |
Honourable mention
Dany is serving us classy style of winter coat. |
Beric is giving us some flaming sword awesomeness. |
Our next last episode for this season is titled as 'The Dragon and The Wolf'. Wuhuu adakah rahsia Jon akan terbongkar? Plus will there be another epic scene battle? (Depend tengok budget cukup ke tak). Kalau ada aku rasa lah ramai akan mati next episod. Mestilah extra actors yang banyak mati. lol. Dan cliffhanger dia aku rasa The Wall akan retak lepas tu White Walkers akan start serang Westeros all out. Aku dengar durasi untuk episode depan ialah 81 minit macam fuyoo dah jadi short filem dah.
No comments:
Post a Comment