Saturday, 12 August 2017

Game of Serkap: Ep 4 'The Spoils of War'

Hello there you wildlings and lowborn people! Pejam celik pejam celik sudah hampir separuh Season 7 Game of Thrones (GoT) sudah berlalu dan kita ada hanya lagi 3 episod untuk season ini berakhir. Kemudian kita akan ke season terakhir GoT; Season 8 dimana ia cuma ada total 6 episod sahaja. lol. Makin lama makin sikit episode dia tapi nak tunggu season baru macam nak tunggu White Walkers sampai The Wall. Punya lah lamaaaa.

Berdasarkan tajuk episod kali ini aku dapat rasakan peperangan berskala besar pasti akan terjadi. I mean sampai bila nak simpan budget tu? And thankfully we've got one! But we will talk about the war later.

Shall we begin?





1. Start-start episod saja kita dapat lihat bala tentera Lannister duk berkawad kaki punya lah ramai aku macam terkaget sebentar sebab ni semua pelakon extra tahu. Ramai gila. Nak siapkan kostum semua. Makan belanja banyak ni. Tapi memandangkan mereka sudah berjimat cermat selama 3 episode SEWAJARNYA gunakan budget yang ada. Ni macam random sikit tapi aku perasan masa Jaime bersembang kencang dengan Bronn tu muka dia dah nampak tua dah. 

Dari kiri Jaime dalam Season 1 dan Jaime dalam Season 7. Rambut pun
dah tak perang berkilat dah. lol

2. Semasa perbualan diantara Cersei dan wakil Iron Bank, Cersei ada mention pasal Qyburn tengah buat proposal dengan Golden Company dekat Essos. Dimana aku pun blur sebab tak pernah dengar. Kalau pernah dengar pun mungkin brief sangat sampai aku pun tak perasan. Namun jangan risau semua, selepas membuat penyelidikan secara intensif aku dah tahu siapa mereka. 'Golden Company adalah lebih kurang satu organisasi yang terdiri daripada 10 ribu bala tentera yang terror belaka dimana ko boleh upah mereka untuk bekerja dengan kau. Macam Unsullied tapi ada penis. Macam tu lah. lol! 

Plus dulu masa Stannis Baratheon masih lagi hidup nak takhluk King's Landing, Ser Davos ada bagi suggestion untuk upah mereka ni namun ditolak mentah-mentah oleh dia. Katanya diorang ni sellswords maknanya tak boleh dipercayai walhal tak de duit lah tu. Dan Golden Company ni lepas ko dah bind kontrak dengan mereka, insyaallah diorang tak akan belot. Berdasarkan moto diorang lah 'Our word is as good as gold'. Maknanya bertambah lah kekuatan tentera Cersei selepas ni. Dany is SHOOK!

Lagi satu Cersei ada sebut pasal nak retrieve barang miliknya dengan menggunakan bantuan Golden Company ni dan aku macam barang apa lagi sis?! Merata harta ko eh? Kena tengoklah episod seterusnya sebab aku pun tak pasti apa benda tu.

3. Beralih ke Winterfell, Littlefinger pula sedang sedang cuba menanam tebu dibibir dengan Bran katanya akan memberi sokongan padu kepadanya. Namun bila Bran sebut 'Chaos is a ladder' terus diam ko! Haha. For those who didn't know, ungkapan ni Littlefinger ada sebut masa sembang dengan Varys masa season lama dulu. Diorang duk berdebat apa yang negara akan dapat kalau berlaku peperangan. Varys kata 'Chaos is a pit' maknanya ia akan bagi impak negatif pada rakyat semua manakala Littlefinger kata 'Chaos is a ladder'. Maknanya bila berlaku kacau-bilau ini adalah peluang emas untuk dia naik dan maju kehadapan. Which is kena sangat lah bila Bran quote ni balik dekat dia dan menunjukkan Bran tahu yang Littlefinger ni sneaky gila dan palsu semata-mata. 

Ntahlah Littlefinger ni kan dari Season 1 sampai sekarang macam tak pernah ada benda malang berlaku pada dia. Kena seksa ke? Kena sabotaj ke? Asyik terlepas saja. Lepas tu sekarang duk macam belangkas dekat tepi Sansa. Mende ntah.

Dan macam biasa Bran jadi asshole dengan riak muka takde emosi masa Meera nak berambus balik ke kampung dia. Kalau aku jadi Meera lah aku tolak wheelchair Bran tu ke tangga. Poor Meera. Poor Summer. Poor Hodor. Poor Adik Meera (tak ingat nama). Stress aku. "I'm not Bran", "I'm not Lord Stark", "I'm a Three-Eyed Raven". ZZZZzzzzZZZZZ.

4. Arya, Arya, Arya, Arya. Finally your story is not a mess anymore. Her reunion with Sansa was sweet. Tapi aku tak berapa sokong lah dengan tindakan dia berlawan dengan Brienne tu. Fan service sangat. I mean she is an assassin now. Sekarang ni semua dah tahu dia hebat belaka. Nevertheless it was a nice fight tho I admit it.

Aku part ni macam terkejut betul ingat dia nak start berkungfu style mentadak ke apa.
Kemudian lepas habis fight tu tetiba Sansa pulak buat muka tak puas hati. Aku macam ko dah kenapa weh? Dengki ke adik ko dah pandai lawan?

IYE. AKU MEMANG TAK SENANG TENGOK ORANG
LAIN LEBIH SIKIT - Lady Sansa the Mess, 2017
Ye, ye. Aku macam berpura-pura tak ingat scene reunion Arya dengan Bran. Zzzzz. Sebab reaksi dia sama saja macam dia sahaja yang acah knowledgeable bagai tak ada masa untuk menjaga isu perasaan. Mr. I-Know-Everything. Jerk! Kalau aku jadi Arya lepas dapat dagger daripada Bran tu aku tinggal sahaja dia dekat situ. Biar dia sorong sendiri wheelchair dia. Tak pun suruh lah raven-raven dia tu sorongkan. #emotional 

5. Manakala di Dragonstone pula Jon Snow sedang sibuk menunjukkan mural dan gambar dalam gua kepada Dany bukti bahawa terdapat musuh yang lebih bahaya yang perlu dilawan aka White Walkers. Is it me or masa dalam gua tu the sexual tension between these two sangat tinggi. John siap pegang-pegang tangan Dany lagi nak tunjuk lukisan gambar tu semua aku macam INCEST ALERT! INCEST ALERT!! Please don't it you guys. Astaga.

That stare! Demmit Jon. Taulah dengan Ygritte pun ko 'beramas' mesra dalam
gua jua kan. She is your aunt! lol.
Manakala si Dany pulak tak habis-habis dengan 'Bend The Knee' dia. Macam gurlll~! Nampak saja ada peluang sempat ko nak jugak selit kan? Tapi aku suka bila Dany sebut

".... They chose you to lead them. They chose you to protect them. Isn't their survival more important than your pride?"

The same thing Jon sebut masa jumpa Mance Ryder (ketua wildlings) untuk suruh dia tunduk kepada tentera Stannis Baratheon. 'Bend the knee'. On the side note, korang tak rasa ke ntah-ntah Jon dengan Davos yang duk lukis gambar-gambar tu. lol! Manalah tahu. Tengah terdesak kan.

6. Finally selepas asyik saja dikalahkan Dany naik berang dan terus menyerang tentera Lannister somewhere dekat Highgarden.

PESTA BBQ BERMULA!!!


Kita dapat melihat dari pelbagai sudut Drogon menghembuskan apinya secara berleluasa.

Dari sudut tepi
Dari sudut depan

Dari sudut atas

Lagi satu scene yang aku impress betul ialah dimana Dothraki menunjukkan taring mereka dengan melompat dari kuda like it was nothing. Like a master.



This scene was really good and necessary sebab Dothraki adalah satu puak yang hidup mati adalah dengan kuda even their god is horse. With them handling horses like it was nothing and bravely attack the enemies like a brutal maniac is a correct depiction of them. Good job director!

The war was good but there are some things (yes, I'm being picky again) that I found weird:

i. Celah bedah mana Dany boleh bawak bala tentera dengan kuda-kuda dia daripada Dragonstone yang agak jauh itu ke Highgarden dengan masa yang singkat? Naik MRT ke? Damn. Dany should lend her MRTs to White Walkers I guess. Kalau difikirkan at least mesti ada orang hantar tips in advance ke bagitau there is a freaking huge of armies headed to their way. Ni macam serangan mengejut weh.

ii. It is not a war if no one is dying at least for the main characters. GoT terkenal dengan stunt mereka membunuh watak-watak secara berleluasa. Even Bronn tu pun gila terror mengelak api left and right tanpa sebarang kecederaan. Aku yakin betul dia akan mati rentung at least. But nope. It was a bummer really. Dickon pun gamaknya hidup lagi.

iii.This is small issue. Tapi Dany at least wear some armor ni pakai baju sama saja dari awal episod sampai sekarang? Takde tajaan ke? At least call some high branded houses to sponsor your attire.

Kalau berminat boleh tengok behind the scene peperangan ini pada video dibawah. Macam mana diorang set up semua api bagai. It's interesting.

    

Soalan Trivia: Mampukah Jaime hidup setelah tenggelam di dalam sungai dengan full plate armor di badan dan hanya mempunyai sebelah tangan yang berfungsi secara normal? 

*************
Aku tak tengok sedutan untuk episod akan datang, kalau boleh memang nak elak. But I do know the title of it. 'Eastwatch'. Damn! Is this the time? Eastwatch ialah salah satu castle dekat The Wall. Dalam 19 castles cuma ada 3 saja yang masih lagi aktif iaitu Eastwatch, Castle Black dan Shadow Tower. 


Adakah finally White Walkers akan sampai di Eastwatch dan sesi peperangan seterusnya akan bermula di situ? Are we going to get another epic war scene?! Let's us wait and see the next episode.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...