Wednesday, 26 July 2017

Game of Serkap: Ep 2 'Stomborn'

Hi there you wildlings! Pejam celik, pejam celik dah masuk episode 2 and that left us with 5 more episodes. 5 minggu lagi dan season 7 akan berakhir. lol. Tunggu punyalah lama kan?  Bu the Good news is disebabkan kali ni aku dah start tulis Game of Serkap lebih awal (bukan macam episode 1 lepas yang hura-hara nak siapkan sebab start last minute) now you can expect pictures and more contents. So, shall we begin?




Last time aku ada complain sikit, sikit lah yang episode 1 punya pace was quite seloww and oh boy! oh boy! this time around it felt patchy. Kadang ada scene terasa cepat kadang rasa perlahan pula. Aku tahu, aku tahu, kebanyakkan ramai memuji episode kali ini. Pujian diberi dari kiri kanan atas bawah but let me be that one jerk this time around. I don't think this episode was that good or that bad either. Ada moments yang aku suka ada juga yang membuatkan aku jadi ????.  

1. I like the scene when Dany started to doubt Varys' loyalty by asking him juicy and straight to the face kind of questions. Dan seperti biasa Varys menjawab setiap soalan dengan begitu mantap sekali. But I don't trust him tho. Bagi aku Varys ni bukan jenis loyal orangnya tetapi lebih kepada orang yang akan memberikan khidmat kepada sesiapa sahaja yang dia rasakan akan berpotensi menang dalam satu-satu situasi. Selagi dia berasa selamat, he is here to stay. He is all about survival.

Dany: "If you ever think that I'm failing to people, you won't conspire behind my back. You'll look in the eye as you have done today and you'll tell me how I'm failing them"

Varys: "I swear it my queen"

Dany: "And I swear this. If you ever betray me, I'll burn you alive".

This is how you rule your people you guys! Bagi kepercayaan kepada mereka kemudian diiringi dengan peras ugutan.

2.  Melisandre (The night is dark and full of terrors) muncul tetiba dan kemudian offer dirinya untuk berkhidmat kepada Dany. lol. Selepas kena pulau dengan Jon dan gagal menjadikan Stannis sebagai 'Putera yang Dijanjikan'. She just won't stop does she? Plus, ada part bila dia kata orang yang tak worship Lord of Light pun boleh berbakti jua. Really beetch? What a snake. Dulu bukan main bakar orang yang tak follow ajaran ko? Sekarang boleh pula bertolak ansur kan. 

Plus, is that Missandei over there? I've heard a voice. Ingatkan tunggul kayu tadi. Finally she got some lines in this episode and moore than that~~ which we will talk about that later. Kalau tak duduk berdiri ajelah kat belakang takde function. 

3. Manakala Cersei di King's Landing pula sibuk menabur segala tohmahan dan fitnah kepada bannermen nya untuk taat setia dan tidak berpaling tadah kepada Dany. And we've got to meet Sam's father; Randyll Tarly. Ok, ini adalah interesting. Randyll Tarly ialah the Head of House Tarly which is one of the bannermen untuk House of Tyrell. Since Olenna Tyrell aka nenek bermulut puaka sedang berpihak kepada Dany, makanya berlaku konflik disini. Jaime reminded him that he is also have sworn the oath to the king. So which side yang dia akan pergi? Maintain being a loyal clan or running the idea of being the warden of the South if Cersei won? 

4. Qyburn our new Hand of The King membawa Cersei ke bawah tanah untuk menunjukkan sesuatu yang akan menolong mereka menyelesaikan masalah naga-naga Dany. Aku sebenarnya excited nak tengok until the reveal was..

a giant modified crossbow.......

Untuk seorang saintis gila dan genius yang mampu menukar The Mountain sebagai zombie dan memeberi idea untuk meletupkan the whole Sept of Baelor dengan menggunakan Wildfire, ini je yang ko mampu buat? lol. Crossbow tu besar kut untuk handle, jadi pergerakan dia akan jadi slow dan limited and those dragons are not going to be static all the time. At one point aku ingat dia nak bagitau yang dia berjaya hidupkan rangka semua naga-naga itu. Boleh bayangkan tak dia punya awesome kalau naga Dany lawan dengan naga tulang Cersei? 

5. Semasa mesyuarat peperangan Dany dan sekutunya, Yara mencadangkan bahawa lebih baik kalau terus serang King's Landing. Senang habis cerita. But of course kalau buat begitu nanti tak payah 7 episode tapi 4 episode pun dah cukup untuk habis season ni. Untuk menggelakkan daripada perkara ini terjadi they are going for divide and conquer method. Zzzzzzz. 

Tapi part kegemaran aku ialah semasa Lady Olenna membuat keputusan untuk menyekolahkan Dany dengan beberapa perkara:

"They won't obey you unless they fear you"

"Then how do you mean to take the iron throne? By asking nicely?"

"Peace never lasts, my dear"

"I've known a great many clever men. I've outlived them all. You know why? I ignored them"
   
"The lords of Westeros are sheep. Are you a sheep? No. You're a dragon. BE a dragon"

OH. I LOVE THIS WOMAN. Bagi jelah Iron Throne dekat dia.

6. Disaat aku mengingatkan Missandei akan kembali menjadi tunggul kayu dan mereput di tepi. She is back. Now with some skin showing scene. Scene dia dengan Greyworm agak meleret to be honest (lol!) tapi aku suka how it shows that love is not driven based on what you've got in your pants. Accepting the flaws and try to understand each other is the key in a long lasting relationship. But in this case entahlah. Macam akan mati je Greyworm tu.

7. Citadel ni tak boleh jijik lagi ke? Lepas scene tahi dengan sup sekarang scene nanah dengan pai pula. Lepas ni apa lagi? Sedih lah. Citadel is a great city. Full of knowledge and inventions. Show us this side more! 

8. Arya decided to meet Hot Pie. Our great bakery boy. Dan selepas bagi tau yang sekarang Jon Snow berjaya mengambil alih Winterfell, Arya dengan pantasnya berpatah balik ke utara instead of headed to King's Landing. GURLLL, macam lalang tau ko ni. Dari dulu lagi macam ni. Kejap itu kejap ini. Kejap A kejap B. Lepas tu tak ke kelakar kalau masa dia sampai dekat Winterfell nanti bukan yang akan dia jumpa since dia dah bertolak ke Dragonstone. LOL! Arya, arya. 

But the reunion between Arya and Nymeria.... this is personally my favourite scene in this episode. Arya mengajak Nymeria untuk kembali ke pangkuannya but nope Nymeria is done for it. She's got this new family to be taken care off. And Arya seems to understand this. Every action has its own consequences. Nymeria clearly has moved on without her. So did Arya. Kedua-dua dah ada kehidupan sendiri. It will be a bummer kalau Nymeria kembali ke sisi Arya.

Nymeria is huuuge!

9. Sekali lagi didalam mesyuarat PIBG Winterfell, semua orang tak menyokong dengan keputusan Jon untuk pergi berjumpa Dany di Dragonstone termasuk lah si Sansa. Perasan tak muka Sansa sebelum tu pot pet pot pet tak puas hati sekali bila Jon kata dia akan jadi Queen of the North sewaktu dia tiada terus muka macam lega. GURRRLL!! I see you. And you too Littlefinger. Dua ekor ni asyik menjeling saja antara satu sama lain masa mesyuarat PIBG semua orang tak sedar ke?

Shout out to Craven delivery postage system. Bila Dany suruh hantar surat kepada Jon esoknya terus dapat! Kalah pos laju.

10. And lastly our first mini fight in this season. Euron Greyjoy tetiba tahu mana kapal yang ada Yara dan konco-konconya lantas membuat serangan hendap. Me the whole scene was like ???????? So many questions. Haha. Tapi scene semasa Euron berjaya menangkap Yara dan cabar Theon untuk selamatkan kakaknya tetapi Theon tiba-tiba terus terjun dari kapal (This where his trauma/PTSD started to kick in and I understand his decision to jump). And you can see that disappointment face coming from Yara's face. Good acting there.


Dan 2 daripada 3 Snake Sisters telah kembali kepadaNya. Nampak tak kewujudan mereka ni macam useless sampaikan diorang mati pun aku macam. "Oh!" Lepas tu dah move on. Tapi aku tak risau pun sebab salah seorang daripada mereka  (Yang guna cemeti dekat kapal. Like seriously sis, cemeti? atas kapal?) still ada job dalam Marvel's The Iron Fist/The Defender. And Loras Tyrell our Flower Knight is in it as well. lol.

Dan guys jangan risau, Yara tak mati lagi. Rule pertama dalam drama ialah jangan assume satu-satu watak tu mati selagi ko tak nampak dia mati betul-betul depan mata ko. Dan perasan tak dalam GoT akan ada satu villain yang super annoying dan kejam. Mula-mula kita ada Joffrey lepas tu Ramsay sekarang Euron. Did you see the pattern.

As conclusion I'm worried. Let's hope episode 3 will be good. Plus, Bran Stark kirim salam tanya kenapa dia tak ada dalam episode kali ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...