Sebelum mula apa-apa aku nak buat confession dulu, bukan confess pasal dosa ke apa tapi laksa is not my favourite thing in the world. Jikalau ada pilihan di antara mi goreng dengan laksa, aku akan pilih mi goreng tanpa berfikir panjang. Walaupun sebenarnya mi goreng pun aku tak gemar sangat makan. Amboi, banyaknya tak gemar dia. Tapi nampak tak perbandingan yang aku cuba sampaikan ni? Cuma frasa tak gemar di sini bukan bermakna tak suka makan langsung namun kalau ada pilihan lain, aku akan elak makan.
Tapi ada satu eleman dalam laksa ni yang aku personally suka yang tak akan jumpa dalam menu lain. Bila dok kunyah-kunyah lepas tu tergigit bawang kecil/besar rasa macam heaven sangat. Rasa manis bawang tu jadi ketara sangat dengan masam kuah memang bagai pinang dibelah dua. They are made for each other. Sama macam makan sushi lah duk cicah kicap manis/masin semata tapi tak ada wasabi rasa macam kosong. Tak lengkap. Something is missing. Hambar. Muram. Rasa kehilangan. Biasa-biasa. Plain.
Makanya nak dijadikan cerita lately aku memang ada dengar cerita pasal kewujudan satu kedai yang hanya jual laksa lepas tu menjadi buah mulut di kalangan warga tempatan. But that laksa factor alone didn't gain enough my attention to taste it until there is some twist to it. Dia hidang sekali dengan telur dadar hence the name Laksa Telur Goreng Bersarang. Selalunya telur rebus kan. Namun kali ni tekstur telur dadar tu dikatakan dibuat mirip macam sarang burung dibuat mengguna rumput kering tu tapi ni versi lebih lebar, rata dan boleh dimakan. Elemen hipster, checked. Terus curious nak rasa. Hipster fans would be like "MARILAH AMBIL GAMBAR LEPAS TU UPLOAD DEKAT INSTAGRAM SUPAYA DAPAT BANYAK LIKES SAMBIL MEMAPARKAN LIFESTYLE YANG BEGITU BAHAGIA!!!"
Cumanya aku perasan kedai ni agak celah bedah sikit lah. Lokasi dia macam ke dalam sikit masuk dalam area perumahan. Masa nak belok salah satu simpang dia pun macam ada semak-semak sikit tak tau petanda begitu kebetulannya elemen setinggannya tema cafe dia tu. Tapi tak adalah dalam hutan ke apa sampai kena jungle trekking bawa parang. Cuma mungkin ni kawasan baru. Kawasan yang tengah rancak dengan pembinaan rumah semua. Still lagi bare dan agak legang.
Walaupun lokasi dia celah-celah bedah namun di saat tiba dekat kedai dia tak jadi bedah langsung dah sebab ramaaaai orang. Semua duk tengah beratur nak ambil giliran laksa memasing. And this is at 4p.m. Kalau lunch hour? Berlaga bontot lah korang time nak ambil laksa. So elakkan waktu lunch hour dan public holidays, mungkin pengalaman anda untuk merasai menu ini akan menjadi lebih selesa dan tenteram. Ada orang depan aku order dalam 8 mangkuk sekaligus aku macam wow! bawak sedara-mara, sahabat-handai dan jiran tetangga ke? Don't tell me that I didn't warn you guys. Restoran dekat sebelah dia punyalah hambar in comparison acik tu hayun jelah anak dia dalam buaian sebab customer tak ramai sangat. Beza gila.
The Taste:
It was good! It turned me from Laksa Telur Goreng Bersarang to Laksa Telur Goreng Bersarang-hae! *wink, wink* The portion is big enough for one people, for me at least. Telur dadar dia, surprisingly, walaupun dah kena curah dengan kuah laksa still maintain kenyal. Aku mula-mula ingatkan dia akan lerai dan rapuh sekali. Tapi tak rupanya. Walaupun laksa (bukan laksa beras) dan telur (telur kosong) pada pendapat aku sebenarnya rasa common sahaja aku lebih tertarik dengan kuah dia. Agak pekat dan sedikit pedas. Tak ceroi lah boleh rasa isi ikan dia. Dan rasa masam dia pun cukup tak payah letak limau nipis ke apa dah. Memang habis kuah dia aku hirup. This is rare ok. Aku macam ni aku ke apa ni tetiba boleh habiskan kuah laksa?
Cumanya rencah dia macam sikit. Tak meriah. Timun dengan bawang dia sikit saja and I wish they put more bawang because I love bawang in laksa! Selain itu rencah tipikal lain seperti cili merah dan daun salad tidak pulak kelihatan. Mana yang tak suka sayur tu boleh lah macam menarik sedikit nafas lega tak payah nak pilih-pilih bagai. ZZzzzzZZZzzz.
But other than that, it was worth my time and money. Harga pun dalam range ok-ish. RM4.50. Plus masa nak order tu yang mana ada perut 8 dan nafsu makan yang sangat besar boleh lah siap-siap pesan nak extra laksa ke, tambah fishcake atau fishball ke ataupun nak laksa saja pun boleh. Aku juga ada perasan dekat area luar ada satu lagi kaunter jual menu lain iaitu Nasi Ayam Berempah. Aku rasa ni menu baru before ni tak ada pun. Yang ni pun tengok cepat juga habisnya. RM5 sepinggan. Aku tak sempat nak rasa menu ni sebab 1) perut dah kenyang 2) bila pergi usha ada satu ketul ayam je yang tinggal pun saiz tak semenggah aku nak beli. Kalau nak lain kena tunggu dia goreng which is excuse me, I'm busy liddat. Mana ada masa nak tunggu dia goreng ayam batch baru! *diikuti oleh rolling eyes oleh para pembaca*
Oh, kalau nampak macam penuh line korang boleh je nak tapau sebenarnya. Cumanya kaunter dia asing-asing ye. Tapau = Kaunter luar, Dine in = Kaunter dalam. Harap maklum.
Address:
Cafe Setinggan: Laksa Telur Goreng Bersarang
1, Jalan Margosa B/15
31350, Ipoh
Perak.
*Open every day except on Friday
12pm-7pm
Cawangan Baru Kedua
Kompleks Silveritage Galleria,
Medan Gopeng.
Facebook Fan Page: Link 1
No comments:
Post a Comment