Friday 8 April 2016

JPN Series #1 Obsesi Kit-Kat

Hi! Bertemu kita dalam siri terbaru blog suam-suam kuku ini; "JPN Series". Episod pertama selalunya akan memberi petanda aras penentu dimana hala tuju dan masa depan siri ini. Makanya aku berdebar nak taip. Please bantu episod pertama ini rating tinggi supaya ada sponsor nak taja dikemudian hari. *mata duitan*

Maka secara amnya "JPN Series" akan mengisarkan tentang topik-topik menarik datangnya daripada sebuah negara matahari terbit. Aku ada bebel sikit sinopsis siri ini di artikel lepas. Boleh refresh semula ingatan lemah korang di artikel tersebut dengan klik di >>> SINI.

Sekarang mari kita mulakan! よろしくおねがいします!

Bercakap mengenai Kit-Kat, spesies coklat ini tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia, yakni kalau sebut tagline "Rehat sebentar bersama..??!" *hulur mikrofon dekat audiens* 

"KIT-KAT!"

Yess! Betul. Dia punya sinonimnya tagline tu menunjukkan betapa jenama Kit-Kat tu sendiri dah sebati dalam kehidupan harian kita. Coklat yang berasal daripada England ni terkenal dengan pek berwarna merah dan isi kandungannya mengandungi beberapa coklat bar (mengikut saiz) yang dicantum rapat-rapat. Dulu masa kecik-kecik coklat ni aku rasa yaa ampunn mahal benar rasa tak mampu lah beli. Dah lah pek halus 4 bar tu ko caj beringgit-ringgit! Maka kembali lah ko kepada snek Apollo murahan. Tapi bila dah dewasa alhamdullilah boleh lah beli kalau rasa teringin tu ada. 

Dekat Malaysia selalunya aku tengok perisa dia coklat original biasa cuma tahun ni Nestle tetiba bawak masuk Kit-Kat Green Tea which is like a blessing to us. To be honest aku tak gemar makan Kit-Kat ni tapi bila Kit-Kat Green Tea datang I was like..


And don't forget the special Kit-Kat Edition Rubies yang acah eksklusif ko jangan main-main satu kotak sampai berpuluh ringgit boleh lah buat hantaran tunang budget ke apa.

Itu di Malaysia, which is aku rasa adalah dalam 2-3 perisa (correct me if I'm wrong) tetapi jikalau di Jepun *bunyi gendang rebana muzik Naruto start * bukan satu, dua mahupun tiga. Tetapi empat puloh enam ratus qewdstqcwtxc! perisa.

Acah letak beberapa perisa dulu..
Kemudian menggeluppur lemas dalam lautan Kit-Kat

Mengapa di Jepun (usually always get the good things) ada banyak perisa manakala kalau Nihonjin datang Malaysia dia boleh jeling je 2 perisa Kit-Kat kita tu?

Always remember children.

"Demands = Supply"

Kit-Kat is among the famous chocolate snack among Nihonjin. Sebab tu supplier dia berani letak perisa pepelik bagai. But the first big question is 'WHY?" Of course there is a reason for it. Dan aku rasa Kit-Kat agak.. how do I said this.. "lucky?" dalam hal ini. First thing first, dekat Jepun cara sebutan Kit-Kat ialah:

  • Kit-Kat = キットカット (Kitto Katto) 

secara literalnya bermaksud "You surely get a cut!" LOL! which is like ni petanda malang ke apa? Tetapi there is a twist about it bila guna dalam form plurals.

  • Kit-Kats = キット勝つ。キットカツ (Kitto Katsu) 

which is tetiba perkataan yang berunsur malang tadi berubah kepada "You surely win!" macam wut! Sebutan 'Katsu' tu sendiri mirip benar dengan sebutan "To win". Dan maka tetibalah coklat Kit-Kat ni berubah nasibnya bukan hanya sekadar sebuah makanan malah ia juga boleh menjadi tanda keramat bertuah! 

Biasanya Kit-Kat akan selalu diberi kepada calon-calon pelajar untuk amik peperiksaan. Jadi bila makan or terima Kit-Kat ini, Insya-Allah (tetiba) boleh jawab soalan exam tu nanti. Amin! But one thing that get my attention is how Kit-Kat siap sediakan ruangan kosong dibelakangnya. Boleh lah tulis ucapan ringkas ke apa. 

Tulis "Dear Oppa! Ganbare! - Kekasih mu dari seberang,
Mikochan"

Ah! Did I mentioned yang ada perisa-perisa dia ada yang keluar eksklusif di sesetengah daerah di Jepun. For example,
1. Kit-Kat Citrus Golden Blend - Daerah Chugoku/Shikoku
2. Kit-Kat Beni Imo (Sweet Purple Tomato) -
Daerah Okinawa/Kyushuu
3. Shinsu Apple- Daerah Shinsu

Dan kadang-kadang ada juga seasonal/special edition perisa yang pelik-pelik macam gila experimental ko kadang-kadang tak boleh nak proses otak.

Kit-Kat Soy Sauce. Kalau benda ni first thing masuk Malaysia
 kicap Jaleen mesti volunteer dulu.
Kit-Kat Wasabi.Goodluck makan.
Kit-Kat Sports Drink. YUP, YOU READ ME RIGHT.
Dan berbagai-bagai lagi lah perisa macam Edamame, Read Bean Sandwich, Baked Corn, Sake, Chilli etc, But unfortunately semuanya tak confirm halal toyyiban makanya to boleh lah rasa even kalau ada depan mata pun.

As for me jikalau Malaysia nak memperkenalkan perisa baru lagi dekat sini, since aku tak yakin dia akan bawak masuk perisa pepelik. Please bawa masuk at least perisa pisang. Nak luar warna kuning juga macam dalam gambar!



Jikalau anda? Perisa apa yang ingin anda dibawa ke sini? じゃ、またね。

Glosari:

1. よろしくおねがいします, Yoroshiku Onegaishimasu = Sila beri tunjuk ajar
2. Nihonjin, 日本人 = Orang Jepun
3. じゃ、またね,, Jya, mata ne = Baiklah, Jumpa lagi.

(BONUS MATERIAL)

Lihat tips daripada Kourtney Kardashian bagaimana cara-cara untuk makan Kit-Kat! 




2 comments:

  1. Waah! Edisi pertama dah sentuh Kit Kat.
    Aku ingat nak citer pasal Nippon itself.
    Tapi a great start.

    Kalau boleh pilih, Kit Kat Durian mesti dapat menarik minat orang Malaysia.
    Hahahaha.

    Pada aku, kalau Kit Kat kat Malaysia ni nak jadi macam kat Japan boleh je, tapi slow-slow arr...Macam Yakult. Skang dah dikenali. Pastu datang plak Wonda, skang pi pi pi pi Calpis pon datang.

    Lama-lama Japanization laa Mareshia ni, which is OK for me. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Nak cerita pasal asal usul Jepun ke? which is can be soo long and boring semua berjemaah tidur baca. lol.

    Malaysia payah lah nak buat buat variety mcm tu since we Malaysian tak berani beli kalau benda tu pelik sikit. Macam yg Kit Kat Green Tea tu pun aku ada dengar orang geli tengok awat coklat hijau? =(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...