Monday, 13 February 2017

Voice Review Ep 1 "Medicine to Save Lost Lives"

Hai semua. Akhirnya. AKHIRNYA!! Review pertama berjaya dibuat dan dipublish walaupun asyik tertangguh banyak kali macam. I'm sorry. Tapi mesti korang tak sangka kan? Ingat aku hangat-hangat tahi ayam.

Sebelum kita pergi jauh ke dalam mengenai episode pilot 'Voice', meh aku kenalkan dulu watak-watak utama dalam siri ini berdasarkan judging skill aku. Jadi semua spekulasi watak adalah berdasarkan episode satu semata-mata dan mungkin some description akan berubah sama sekali apabila plot cerita mula berkembang.

Mungkin ada tertanya-tertanya eh bukan aku dah tengok ke cerita ni? Apa nak judging first impression bagai sebab dah habis tengok? Wahai kawan-kawanku sekalian, walaupun aku dah tengok beberapa kali drama ni, kadang-kadang sesetengah scene tu aku tak berapa ingat. To be honest ending dia pun aku dah lupa. Jadi jangan risau ya. Aku tak acah-acah berlakon dalam memberi review ini. Bagi Disclaimer sekejap.

Tapi sebelum tu ini adalah peringatan kepada semua. Kita akan memasuki kawasan spoiler. Jadi yang mana belum tengok sila elakkan diri daripada terus membaca. Tengok episode satu dahulu kemudian baru datang ke sini semula. Ataupun yang mana malas nak tengok pun tapi hati memberontak nak baca. Silakan. Ni jenis yang suka baca sipnopsis cerita dekat Wikipedia lah ni. Dasar.

****SPOILER TERRITORY*****














Kaji Daiki (Daiki)

Tengok sekali pun sudah tahu inilah hero cerita ini dengan ciri-ciri stand-out seperti style rambut model wax Gatsby warna Pink. Plus, dengan long jaket winter hijau yang macam menyerlah betul dari kejauhan. History Daiki ni agak kabur which is aku memang tak ingat langsung ada tak dalam mana-mana episode seterusnya ada mention pasal kisah peribadi dia. Sapa parents dia? Ada adik-beradik ke? Mysterious macam tu. Lepas tu pertemuan Daiki dengan Sagawa Sensei (Professor yang ajar subjek Forensic Pathology) macam tetiba sangat dan nak kata kebetulan pulak macam weird. Sebab first time diorang jumpa ialah masa kejadian accident kereta api 15 tahun lepas dan lepas tu boleh pulak jumpa balik dekat universiti yang sama. Kemudian suka-suka hati tarik nama Daiki ni dalam seminar ko dengan berpegang pada prinsip yang Daiki ni 'special'. Ko dah kenapa? Plus, mana dia tau Daiki ada belajar di universiti yang sama dengan tempat dia mengajar 15 tahun kemudian? Student beribu kan? Are you like stalking him?

Jawapan klise: Drama, biasalah.















Ishimatsu Ryosuke (Ryosuke)

Macam kawan baik Daiki, tapi aku tak sure sejauh mana rapatnya hubungan mereka. Kawan sekelas ke, BFF ke, rakan taulan ke. I don't know yet. Cuma bila orang yang jenis happy-go-lucky ni kan, bukanlah nak menyerkap jarang ke apa tapi aku selalunya berpendapat orang yang happy-happy sebenarnya dia lah yang paling banyak sekali pendam masalah. Sebab cara dia cope untuk atasi problem tu dengan cara be happy. Lepas tu muncul pulak scene dia macam tak agree certain thing dengan ayah dia. (Aku dah kata kan?)

Ayah dia pulak... (sigh) adalah tipikal seorang ayah yang jenis nak anak dia ikut jejak langkah dia ataupun jenis buat expectation siap-siap nak anak dia jadi apa. Of course aku paham hospital tu adalah legacy bapak dia. Mestilah nak anak sendiri yang mewarisi perniagaan tu. Tapi macam tak adil lah. Lain orang lain journey nya. Kalau dia betul minat sama fine, good for you tapi kalau yang nak kejar bidang lain? Nak paksa juga? Penat lah dah 2017 wei (walaupun cerita ni 2009). Lepas tu ko tengok lah Ryosuke rebel dengan tak nak amik seminar yang ayah dia suruh amik. Dia pilih seminar yang paling sendu sekali iaitu forensic pathology. Tak ke obvious tu?














Kuboaki Kanako (Aki)

Perempuan bermuka serius 24/7. Kalau dalam satu team tu semua dah setuju nak pergi lunch sushi, dia ni lah yang akan tak setuju lepas tu buat muka masam nak makan Pizza. Dia ni lah! Acah hati keras. Buat tembok tinggi-tinggi tak nak orang tau isi hati dia.














Kirihata Teppei (Teppei)

A comic relief punya watak. Mungkin tak nak cerita ni serius sangat. So wujudkan lah  watak kelakar sikit. Cuma dia ni pulak suka benar cakap tanpa berfikir dulu. To be honest I don't really care about him in the first episode. 












Hanei Akira (Hanei-kun)

Suka pukul Teppei. Bekas Yankie katanya. I also don't really care about him in this episode. Cerita ni macam serius sangat ke sebab kena ada 2 watak kelakar macam tu?

~~~~~~

Case Plot: Seorang lelaki mati secara tiba-tiba ditempat construction site dalam keadaan posisi yang pelik. 

Punca: Mangsa cuba menyelamatkan seorang budak sekolah yang ingin membunuh diri dengan terjun dari bangunan. Namun kepalanya terhantuk pada sebuah pasu semasa cuba untuk menyambut budak tersebut.


1. Daiki Awakening
Perasaan Daiki bila sedar yang nyawa seseorang boleh ditarik bila-bila sahaja tu aku macam terasa betul. Sebab to be honest aku tak suka dengar khabar berita ada kematian. Sebab aku rasa sedih bagi pihak orang yang kehilangan someone daripada family dia. Walaupun aku tak kenal orang tu secara rapat pun. Sebab tu bila dia kata semalam mangsa ni hidup tapi hari ni dah mati macam bagi kesedaran yang kehidupan kita ni pendek dan tidak dapat diagak. 

Lepas tu aku relate dengan diri sendiri. Esok kita dapat hidup lagi ke? Kalau kita bitter hari ni dan decide untuk happy esok tapi rupanya tak sempat rasa macam tak sia-sia ke? This really bugging me quite a bit for sometime. Imagine we stuck in one place/situation yang kita tak rasa happy langsung. Tapi kita decide untuk tak buat apa-apa dan plan dikemudian hari. Tapi sebelum waktu tu tiba, sempat ke kita nak mengalaminya?  

2. Redemption
Bila bekas isteri mangsa mula bercerita pasal anak mereka yang mati tu aku macam dah start sedih. Sebab aku tahu suami dia rasa dia rasa guilty sangat dalam isu ni. Walhal kita sebagai orang luar bila tengok situation ni tahu kematian anak dia tu takdir semata-mata. Tapi biasalah bila kita bukan ditempat orang tu macam-macam kita boleh kata.

Mungkin dengan selamatkan budak tu can be some form of redemption yang dia tak dapat selamatkan anak dia dulu. Sebab tu ada scene dia tersenyum masa berjaya selamatkan budak tu. 


Other rambling shit because I can:

a. Sagawa sensei punya decision untuk amik Daiki dari seminar lain masuk ke seminar dia. I'll be piss off weh kalau ada orang buat begitu. Tapi nampaknya Daiki cepat sangat redho terus macam ok lepas dengar penjelasan ringkas daripada Sagawa.

b. I don't like the idea macam director cuba nak mengajar kita, "Ok penonton semua. Ini adalah Daiki masa kecik ye. Jadinya saya akan pakaikan dia sweater hijau yang sama macam dia besar. So orang boleh lah cam dengan sekilas pandang!" Oh really budak tu sampai ke besar almari dia penuh sweater hijau ke?

c.


Style rambut Sagawa Sensei macam Nintendo Shiigeru Miyamoto. lol

d. Penjelasan untuk kes dia macam too abrupt. Biasalah kan kalau drama Jepun tak pelik kalau ada watak yang tiba-tiba dapat 'moment kesedaran'. Slowly dia immersed dalam fikiran dia (surrounding start kabur), making some connection dan terus dapat jawapan. Lepas tu bergegas lari keluar tanpa penjelasan dengan watak lain macam WTF ko kenapa? lantas mengejar dia. HAHA. 

e. Masa scene jumpa bekas isteri mangsa tu (which is tetiba sangat lagi) Daiki dia punya cerita over betul, menokok nambah tentang apa sebenarnya yang telah berlaku. Aku rasa part ni saja lah buat begitu supaya audience rasa bersimpati dan sedih bersama. And it works. Aku sedih. 

f.













I know what you are trying to do guuurrrrl! Plus anak director hospital kot. Cerah masa depan ko nanti. lol.

h. SOME PERFUME SHIT IS HAPPENING! Cool gila bila ada lab assistant dengar Perfume. The song his listening to is "Polyrhythm". You can check their awesome live performance HERE.

i. Assistant Sagawa Sensei. What a bitch. You are too pretty for this kind a job. 

j. Aku rasa dengan bunga yang budak cuba untuk bunuh diri tu dah cukup kut. To put yet another apology card is too much. Macam beriya ko nak suntik sentimen kesedihan kan? Tapi to be honest mesti budak tu akan guilty gila sampai besar sebab dah accidentally bunuh orang. It's going to haunt him forever!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...