Warning: Entry tidak mempunyai gambar.
Kadang-kadang boleh tahan jugak sakit hati dengan diri sendiri. Bayangkan masa zaman remaja dulu dengan kehidupan yang masih naif, kurang kedut dimuka, stamina masih lagi tinggi (lol), macam banyak gila benda nak dibuat tapi terbantut dengan alasan kurang sumber. Contoh macam ni:
'Teringin nak pergi [masukkan nama tempat disini], tapi...'
a. tak cukup duit, nanti masa akhir semester nak makan apa? Bestnya kalau ada kerja boleh simpan duit sikit untuk pergi mana-mana.
b. tak ada transport lah. Kan best kalau ada kerete sendiri. Tak payah susah-susah nak cari bas bagai.
c. seronoknya kalau ada kawan yang boleh join sekali, Tak ada lah macam terpinga-pinga nak pergi sorang-sorang.
d. jauh sangat tempat ni. Kenapa tak dekat je. Kenapalah [masukkan kawasan tempat tinggal] tak ada tempat yang best-best.
e. blah blah blah blah. Blah blah blah.
f. hurmm... haaah. hurmmm (Tak tau alasan apa lagi nak bagi tapi berdegil nak mengeluh jua)
*fast foward ke masa depan semasa sudah berkerja*
'Teringin nak pergi [masukkan nama tempat disini], tapi...'
a. tak ada masa lah, banyak sangat rasanya komitmen nak kena buat. Balik-balik kerja dah malam. Tak sempat!
b. susah nak cuti lah. Dulu waktu belajar ada waktu lapang banyak. Senang nak rancang pergi mana-mana. Ni kalau cuti pun weekend or public holiday memang ramai lah orang pergi tempat yang nak dipergi tu.
c. tak cukup duit lah. (DUIT LAGI!) nak bayar loan sana sini. Last-last tinggal untuk savings dengan duit makan saja. Ko rasa?!
d. Kan best kalau blah blah blah...
e. *bebel tak berenti*
In fact rasanya aku memang sedar tapi kadang-kadang buat tak sedar sebenarnya all these a, b, c or you can call it as nonsense whatsoever tu adalah purely alasan saja padahal either ko a) hangat-hangat tahi ayam nak pergi or b) malas. Sebabnya ko keep on creating excuses and more excuses konon nak justify ko memang tak boleh nak buat satu-satu benda tu. Walaupun pepatah ni klise af 'Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih' tapi dia dia adalah relevan af.
Aku bagi lah contoh diri sendiri. Example pasal event Big Bad Wolf (BBW). Masa zaman belajar dulu, aku gila meroyan nak pergi event ni (masa ni BBW tak sediakan basket dan troli and you literally need boxes to fill in your books. Rupa macam homeless dah usung kotak ni sana-sini) Setiap kali baca blog entry orang lain pasal experience diorang pergi BBW ni (blog was a thing this time around) rasa dengki meluap-meluap tengok. Ko gila ke buku semua murah-murah melampau, sebagai pembaca tegar (at that time) mestilah nak pergi. Jimat duit.
But I didn't get to go I guess to their first or second year, dengan alasan-alasan klise di atas. But demmit! bila ko apply papatah klise tu. I've finally managed to go there.. unharmed. With at that time aku tengah study area Johor dan BBW usually buat dekat area Selangor. It was quite far kalau nak naik bas, takut rasa penat, nanti nak tidur mana? Takde sapa nak teman ke? Selamat ke? Nak beli tiket macam mana? All over again with unnecessary excuses.
Tapi at that time rasa determine lantak lah apa nak jadi (ditambah pula dengan darah muda acah rebel Star Wars: Rogue One) capai beg isi apa barang patut terus pergi station bus beli tiket on the spot alone, pergi waktu pagi, start survey buku dari tengah hari sampai subuh esoknya! Lepas tu balik macam zombie waktu pagi-pagi buta. Sekarang, mana perginya alasan a, b, c bagai ko tadi?
Contoh lain? Remember dekat blog lama aku (tak habis lagi move on kan), meroyan tak tentu pasal kata bestnya kalau dapat pergi itu ini. Guess what? Again dengan dengan budget ciput student plus dengan ko nya yang anti sosial, kenderaan tak ada itu ini. Aku managed pergi ke Melaka, Seremban etc. Sekarang, sekali lagi mana perginya ko punya alasan a, b, c bagai tu?
Kembali kepada waktu sekarang, again bila aku mula merungut tak boleh buat itu ini. After all this while, ko tak perasan ke ko dah lalui semua benda ni?? Dan mostly bila aku merungut ialah masa baring atas katil. HAAA! Let's be frank kadang-kadang memang ada time bila betul-betul tak boleh nak buat sesuatu sebab well, kita hanya merancang. But most of the time we or should I say I keep on creating problem that should not exist in the first place. Paranoid tak tentu hala.
Macam dulu nak tulis blog konon harapannya kalau lah ada kamera yang berkualiti mesti bersemangat nak tulis blog kalau ada gambar-gambar menarik. Tapi bila dah ada kamera digital sendiri, gambar ntah ke mana blog ntah ke mana and I've once stop completely writing any post for about 1-2 years after that. Sekarang mana relevan kamera cantik = banyak blog post tadi?
Bukan pasal tulis blog saja tapi benda lain juga macam at one time aku pernah rasa kalau ada kamus ni blah blah mesti proficiency bahasa aku akan bagus melambung-lambung dalam 3-4 bulan. Bitch, you are delusional. Bila dah ada bukan 1, tapi 3 kamus dan satu daripadanya adalah freaking mahal punya kamus yang mengakibatkan diri sendiri merana dihujung bulan nak survive duit dah habis tapi lepas tu kemajuan yang nak dicapai tak seperti yang diharapkan. After owning this stuff mostly start buat benda-benda melagho lantas terus lupa nak buat apa yang patut in the first place. This sounds like me dishing out my own dirt, haha, but joking aside aku nak remind balik diri sendiri yang sebenarnya ia kembali pada diri sendiri. Please tell me that you can relate to this. Bukan aku sorang saja struggle pasal ni. (Mula drag semua orang).
*tengok cermin*
If you wanted to do it. Then do it.