Thursday, 3 November 2016

Gigitan Pertama: KitKat Traditional Malaysia Nasi Lemak

Remember last April dalam segmen siri #JPN episode satu aku ada cerita pasal KitKat di Jepun. Dan disana ada ada pelbagai jenis perisa KitKat yang boleh dibeli lantas menimbulkan rasa dengki dan busuk hati kenapa dekat Malaysia tak ada limited perisa yang available?

Jangan bimbang *gerak jari telunjuk ke kiri dan ke kanan*.

Sekarang dah ada satu store yang baru dibuka dekat Mid Valley yang jual semata-mata KitKat sahaja daaaan boleh custom made pulak tu perisa dia! Another good thing is dia juga boleh beli secara online makanya tak perlu bersesak-sesak ke Mid Valley semata-mata nak beli beberapa ketul bar chocolate. Being a lazy ass I am, I'm opted the second option on how to get this thing. Gila ko tak beli lepas komplen macam-macam kata KitKat Malaysia boring tak berani amik risiko lah apa lah lepas dia buat satu kedai khusus pasal benda ni ko pulak tak beli memang cakap tak serupa bikin lah kan? I'll give you guys all the links where to buy this thing at the end of this entry. Harap bersabar. Kalau rakus sangat jiwa jenis tak bersabar pergi teruslah check dekat ending entry ni.

Custom made KitKat ni proses dia ko boleh pilih nak base dark chocolate ke white chocolate ke kemudian pilih 16 jenis toppings macam hazelnut ke pistachio ke dried blueberry ke. Tapi sebab aku malas nak pikir aku pilih saja perisa limited edition yang dah sedia ada.

Diantaranya pilihan yang ada ialah:

  • Traditional Malaysian Nasi Lemak
  • Cafe Latte With Cookies & Cream
  • Banana Nuts Caramel Cluster
  • King of Fruits
  • Orange Pineapple & Crunchy Pecan

Since aku suka try perisa yang kalau boleh bizarre semacam memang aku order Traditional Malaysian Nasi Lemak lah kan. Dan ini menjadikan perisa ini esklusif di Malaysia dimana dekat Jepun pun takde. Kalau ada dekat Jepun pun diorang akan pelik. "Ano, Nashi Remakku wa nan desuka?"

*Pada Hari Kejadian*

Selepas mendapat penggilan daripada receptionist ada barang sampai. Terus pergi ambil lepas tu berpura-pura buat muka confius dihadapan receptionist sapa yang hantar ni? Peminat misteri ke? Padahal ko yang order sendiri. 

It came in a small red bag. Uuuuuu.  


And the isi kandungan also getting smaller.


Ok. The illustration is nice. Giving me some high hope also. Terus beranggapan kemeriahan kandungan dia. 


You will get another box in there, a silver one. Which giving you this premium vibe. Acah macam tengah buka kotak phone baru kan. But then....


Dia ada hanya 4 bar sahaja. 4 bar. *meratap* For a price of RM12++ per unit this is very pricey one. Aku boleh dapat 8 Match Kit-Kat dan melahap benda tu sampai fed up. But again for the sake of kepuasan hati dan duniawi aku tutup sebelah mata sajalah.

Ok, as you can see in the picture above. Yang merah-merah tu adalah chili flakes dan yang putih tu adalah parut kelapa kering. 


Meanwhile dekat belakang dia ada hancuran kasar kacang tanah, Which is a lot sampai terkeluar-keluar dari pada kotak dia. I wish all the peanuts can stick nicely there.

THE TASTE

I was quite disappointed. Salutan putih tu sebenarnya white chocolate and not santan. Thus, the nasi lemak flavour really not quite menjadi. But surprisingly rasa white chocolate dia kena dengan parutan kelapa. And after a few bite you will notice a slight hint of spiciness. SMAAAAALLLLLL one. Sebab mungkin takde biji cili dan mengharapkan cili semata maka logically the spiciness level will reduce tremendously. Tekstur dia pulak agak lembik make it quite messy masa makan. Kalau waktu suhu bilik pun dah lembik bayangkan kalau tengah cuaca panas. Nescaya pasti rupa macam tak cukup sifat dan kalau diberi sebagai hadiah orang akan ingat 'ikhlas ke tak dia ni?'

Will I buy it again? Nope. Will I try another flavour? Yes. Maybe rasa dia boleh improve. Tukar base white chocolate tu kepada plain santan. Lepas tu tabur parutan kelapa yang jenis macam lemak-lemak masin sikit. As for the chili pilih yang pedas lagi. Biar terasa. While the kacang can remain the same. Maybe just maybe rasa dia akan lebih menjadi. But overall it is a good attempt. I need more product out there to take risk in offering us new flavours. 

Below are the links if you are interested to know this product better or even buy it for your own!

Website: kitkat.com.my
Instagram: @MYKITKATCHOCOLATORY

But hurry up kalau nak beli jenis perisa yang limited edition tu. Dia buat tak banyak since Malaysian tak berani beli perisa yang pelik-pelik ni. "I prefer the regular choclate one", kata seseorang yang nama dirahsiakan sambil membuat muka jelak. BOOO!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...