Dikala tengah menunggu giliran untuk membayar barangan yang aku beli dekat kaunter, aku TERjeling lah dekat customer dia beli apa kan. Selalunya aku bersopan dan menundukkan pandangan macam tu. lol. Namun kali ni aku macam TERpandang pak cik tu macam beli ais krim Paddle Pop. Tapi pelik bukan main sebab bungkusan dia tunjuk ada ais krim berbentuk tembikai yang dipotong nipis.
I was like (dalam hati lah tapi luaran still maintain cool and calm)... IS THIS SOME KIND OF NEW FLAVOUR THAT I'M NOT AWARE OF!? Maka lepas balik rumah buat quick Google research sikit betullah ada ais krim Paddle Pop Watermelon flavoured yang baru. You guys know how I am very supportive bila bab perisa-perisa baru yang bukan klise ni kan.
Tanpa berlengah masa lagi terus selongkar peti ais kedai tersebut dan cari perisa tersebut. Dan dengan wang berjumlah RM1.50 you will get yourself this fella..
But wait a minute. WHO EXACTLY
ARE
YOU?!
Have we ever met before? Mana pak cik Paddle Pop singa dulu yang kepala dia lonjong semacam tu? Are you his son? Never mind. Ko tunggu situ kejap aku akan kembali sekejap nanti.
Ok, here is the ice cream will look like lepas bungkusan dibuka.
Pandangan hadapan |
Cute bukan maiiiin. Aku tak boleh blah siap ada details biji tembikai 3 ketul hitam tu (Bukan tahi lalat). Tapi aku tak pastilah kalau korang dapat yang defect punya instead of dapat 3 biji hitam dapat dua ke ataupun kedudukan dia tak tentu hala nanti. Nasib badan lah ye.
Pandangan belakang |
Bila belek belakang dia takde pula bijinya? Ok, sekarang untuk rasa dia pula kalau korang expect rasa ibarat jus tembikai kedai siam dengan harga belian RM1.50 tuu lupakan saja impian anda itu ye. Rasa dia macam tembikai tawar yang rasa artificial. Nothing fancy here. Tapi yang bestnya bila dalam situasi hangat pijar ke apa dan ko mula gigit ais krim ni rasa dia macam fresh betul. Takde macam kalau ko makan ais krim perisa lain especially yang ada susu lepas habis makan ko rasa makin dahaga terasa nak minum air kosong pula. This one ada rasa tu tapi tak sekuat dengan selepas memakan perisa ais cream milk based. And yes, 3 bintat hitam acah biji tembikai tu adalah coklat dripping semata. Tak terasa langsung pun kewujudan dia unless kalau ko cabut dan makan dia begitu saja.
Maybe sebab rasa dia tawar sebab tu rasa macam ala fresh? I mean kalau ko makan kiub ais pun rasa begitu juga kan?
Pandangan sisi |
Overall it was a good attempt. Kalau tak takde lah aku beli kan? Adult pulak tu. lol. Surpringly untuk produk yang berharga RM1.50 Paddle Pop siap ada buat iklan lagi. Macam wow! Are you like setting some high target here konon Paddle Pop ni akan jadi viral dikalangan Instagrammers hipster lantas laku di pasaran? Maybe. Sebab aku pun akan upload gambar ais krim ni jugaa. But I'm not a hipster.
You can watch the ad below.
Ok, back to this guy yang rambut macam Justin Bieber semasa pre-akil baligh. Who are you again? Paddle Pop punya maskot kena reboot juga ke? Where is he? The original mascot? Kenapa tiada dalam packaging kali ni? #MisteriNusantara #Konspirasi
No comments:
Post a Comment