Sunday, 3 September 2017

Hirupan Pertama: Goodday Green Tea & Honey Flavoured Milk

Bila sebut pasal susu UHT dalam kotak ni antara brand yang terlintas muncul dalam ingatan aku ialah Dutch Lady dan Marigold. Goodday? not so much. Tapi aku rasa ni macam satu langkah yang bijak sebab dengan memperkenalkan perisa baru, lagi-lagi perisa yang belum ada lagi dipasaran, dia macam memberi kelebihan untuk membezakan brand Goodday dengan brand-brand yang lain. As for now lah. Mana lah tau lepas ni semua pakat ramai-ramai keluar perisa ni lepas tengok jualan perisa ini agak memberangsangkan.

As you know, sekarang market untuk susu UHT banyak didominasikan dengan 3 perisa klise yang macam sejak dari dulu lagi itu je lah yang ada. Dari aku sekolah sampai lah sekarang sama ada perisa original (either Full Cream or Low Fat), Chocolate dan Strawberry. Tak berubah-berubah. Takut sangat nak amik risiko jual perisa baru konon nanti tak laku. Well in business dik, tak sahlah kalau tak berani amik risiko. Walhal dekat negara luar lain memacam perisa dah keluar sampai bila kita ni nak duduk dibawah tempurung ni dengan perisa-perisa yang biasa? Ceramah pulak kan. Namun kini aku dah nampak kebangkitan perisa-perisa baru dipasaran Malaysia termasuklah produk susu dimana kita boleh ketepikan 3 perisa klise itu seketika dan memberi laluan sementara kepada perisa Honey dan Green Tea.


Bila aku nampak ada perisa green tea I was like..


As a green tea lover I am very pleased with this. 2017 memang tahun kemunculan green tea di Malaysia dimana boleh nampak makin banyak produk makanan dan minuman dah ada perisa ni. And of course Goodday saw this opportunity and jump into this rising trend. Thank you Goodday for having some balls to bring us these new flavours in your products.

Let's jump right in and discuss about the flavours. We will start with green tea first.


Kedua-dua perisa berharga RM1.70 untuk kotak 250ml dimana mungkin ia akan menjadi lebih mahal jikalau dibeli di kedai pam-pam minyak ataupun kedai 24 hours ataupun menjadi lebih murah jikalau dibeli secara pukal atau di kedai runcit. Aku beli dekat kedai runcit biasa sahaja. 

The taste was a bit... disappointing. I was expecting more. As for me, Green Tea = Bitter taste. Tapi versi ni dia punya rasa milky and creamy betul sampaikan rasa green tea tu tenggelam. Rasa pahit apatah lagi langsung tidak dapat dikesan. Maybe just maybe Goodday takut nak all out dengan perisa green tea sebab nanti pahit langsung tiada orang nak beli. Apa yang aku perasan dekat Malaysia ni persepsi orang terhadap perisa green tea ialah either you love it or hate it. Jadi nak play it safe mungkin dia letak sikit sahaja flavour green tea tu tapi tak strong sangat sampai alienate the whole majority of people.

Plus, orang Malaysia sukaaaa sangat rasa manis kalau tak manis nanti tak laku. lol. Cuba rasa minuman kotak ke, yogut drink ke mostly memang manis dia extra sikit untuk market Malaysia. And hey! I also like sweet flavour. No doubt about it. 

Aku boleh nampak lah kalau sesiapa yang macam benci ataupun kurang gemar rasa green tea ni boleh lah minum versi Goodday ni. Sebab dia rasa macam tak ada tapi sebenarnya ada cuma malu-malu kucing nak terasa dekat lidah ni. As for me I was hoping for a more 'strong' flavour. If you want to take a risk how about going all out? 


Ok, as for me, perisa madu ni macam surpriseee flavour dimana ia termasuk dalam kategori perisa yang ko tak tak mintak pun ada tapi tetiba ada. lol. But surprisingly it was good! Manis madu (I don't know if the honey used is from real honey or not) dia seperti ngam dengan rasa susu. Ada rasa distinct flavour between the two. Manis susu dan manis madu kedua wujud secara harmoni. Macam tuu metafora ko. No wonder ramai orang di luar sana suka campur susu mereka dengan madu. 

Dan jikalau kena pilih mana favourite aku, personally aku akan pilih perisa madu. Kononnya nak repeat beli perisa ni lagi tapi kemudian bila singgah dah habis semua stok termasuklah kedua-dua kotak 250ml dan 1liter. Puaka betul.

Perasan tak dekat design packaging untuk honey flavoured tu tetiba hilang lembu-lembu tu. lol. Digantikan dengan padang yang dipenuhi bunga-bunga kuning. Takut overshadow gambar jag berisi madu tu kut. And where are the bees!?

P/s: Aku akan buat blog post pasal air susu tapi dengan perisa yang lain pula. Surprisingly ada jenama susu lain berani keluarkan perisa yang macam wow! Much riskier than honey and green tea. But that would be in the next entry.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...