Monday, 27 February 2017

Salah Satu Misteri Kehidupan Peribadi Terungkai

Tajuk bukan main sensasi bagai padahal bukan apa sangat pun. Begitulah cara nak dapatkan views zaman sekarang ni dik. Biar content hampeh asalkan tajuk biar bom kebabom bagi orang klik! lol. Sebenarnya memang betul pun sepanjang aku hidup dimuka bumi ni ada beberapa misteri yang belum terungkai sampai sekarang.  

Salah satunya ialah apa kebenda benda yang macam ulat lutsinar yang kadang-kadang tetiba muncul dekat mata aku? Kadang-kadang banyak pulak tu. Selain macam bentuk ulat ada jugak bentuk bulat-bulat duk terapung-apung dekat mata. Bila aku nak fokus dekat benda tu, bergerak-gerak pulak dia lari hilang daripada pandangan aku. Macam ko dah kenapa?! 

Dan aku tak pernah terfikir lah nak pergi jumpa pakar mata ke ataupun teringat nak Google pasal benda ni sebab dia tak sakit pun. So no big deal kan? Cuma annoying kadang-kadang tetiba dia muncul. Lagi-lagi bila datang dalam group! Ulat ada, bulat-bulat ada 2-3. Ingat kpop band ke? Until recently secara randomnya aku ternampak satu video pasal benda ni.



KUANG AJO. Nama dia rupanya Floaters! Aku tau korang tak akan tengok pun video tu so aku terangkan lah sikit pasal Floaters ni.

Yang paling penting sekali ialah ini adalah common phenomena which is fyiuuh! Aku ingat ada ulat dekat perut masuk dalam mata ke apa. Nama saintifiknya ialah 'Muscae Volitantes' dan ia bukan lah benda hidup ataupun berasal daripada benda luar masuk ke dalam mata.

Ia wujud di dalam mata tu sendiri, lebih spesifik lagi di dalam bebola mata. Secara teknikalnya (homai dah masuk bab sains keee? zzz) 'floaters' terdiri daripada tisu, sel darah merah ataupun protein yang ada di dalam bebola mata sekaligus menghasilkan bayang-bayang dekat retina mata. Sebab tu aku macam boleh nampak benda tu terapung-apung, meliang lentuk dekat visi pandangan aku. 

Lagi satu bila aku cakap masa aku try nak fokus tengok benda, nak perati apa beeeenda tu tapi dia boleh pulak bergerak-gerak lari sebenarnya disebabkan pergerakan mata aku sendiri yang bergerak. So dia pun bergerak lah. Susahnya nak eksplain rasa macam entry ilmiah pula. Senang cerita tengok lah video tu. Siap ada gambarajah bagai lagi senang paham weh daripada dok baca-baca ni karang confuse pula. 

TL;DR

Aku bukan berhasulinasi. Fenomena ini ialah normal. Terdiri daripada sel-sel dalam badan yang terapung-apung dalam bebola mata. 

Sekarang satu misteri dah terungkai, sekarang boleh move one dengan misteri lain pula diantaranya bunyi mengilai pada waktu malam yang kedengaran dekat luar rumah masa aku kecik tu bunyi apa sebenarnya??!

Thursday, 23 February 2017

Random Rants #7

Iye mata korang tak salah. Semalam aku publish Random Rants no 6 hari ni aku publish lagi Random Rants no 7 seolah-olah banyak sangat benda nak cakap kan. Peramah sangat kan? Walhal rasanya boleh combined dua-dua post ni jadi satu. But you know me. I don't do basic thing. I do the unexpected. Wah. Bukan main ko. Macam apa. Ptuih.

#1

It has been a long time since I blog any music stuff (This exclude PERFUME Special! because I don't assume their stuff as music but as LIFE!). Kali terakhir aku buat review ialah album Carly Ray Jepsen 'E.MO.TION' bulan November lepas. One of the most played albums ever in my life. You can read the this personal yet raw kinda review with me giving comments for each track. Each track! GIGIH TAK? Memang gigih.

As all you know by now, I love music. It is a part of my life. Jadi adalah normal untuk aku share dan kongsi mengenai benda ni dekat mana-mana medium yang boleh. Tapi macam biasa kalau aku ada review music mesti entry tu paling sendu dan tak mendapat sambutan langsung. Most people or specifically my readers was not into this thing. This is what I called as casual listener. But first, let me explain what is casual listener. Casual listener ialah orang suka dengar muzik tapi tak sampai ke tahap menghayati lirik ataupun rentak irama yang dihasilkan. Kalau diorang suka lagu tu, diorang akan suka. They won't be critical in judging any beats or any lyrics.   

But I refused to take this signal from them and went on and created another blog to cater or attract another type of audience who loves music just like me.'Pour Me Music' was born baby. But in reality, I made it solely because me. Sekarang blog tu mati begitu saja. lol. (TIPIKAL WZ). 

Aku paling sakit hati sekali kalau baca majalah ataupun surat khabar kalau ada segmen review album ke apa. Kebanyakannya intipati review berkisar album tu genre apa, ada berapa jumlah lagu, letak statistik carta sikit. Macam ni tengok Wikipedia ke dik? Review ke sipnopsis. But honestly dekat Malaysia muzik bukan satu benda yang tinggi permintaannya. Senang cerita rakyat Malaysia suka menyanyi lagu (kalau tak mana ada segmen karaoke lepas kenduri kahwin), tetapi mereka tak akan beli lagu-lagu tersebut. Sebab tu aku macam cringe gila masa kalau tengok MV lagu tempatan siap ada iklan suruh beli caller ringtone lagu tu. Ni zaman batu mana dik beli caller ringtone lagi.

I guess I won't do any review or talk about any current music or whatsoever. Reviewing music is tiring plus setiap hari ada saja benda baru. Kosser weh. But once in a blue moon aku publish review album yang aku betul-betul suka. It can be from 2008 or 1999 as long I like it. Lagipun apa yang nak perlu dirisaukan. Ada ke reader baca blog ni? Tak rugi apa-apa pun. I won't lose any views because there are no views in the first place. Hahaha. 

#2

If any of you (ada ke) follow me dekat blog ke Twitter ke InstaBahagia ke, you'll notice that I will always talk, talk, talk lot of Animal Crossing. Kalau tak pernah dengar, shame on you!! Kah kah. Paksa semua orang tahu pasal Animal Crossing (AN).

By the way AN ialah satu game daripada Nintendo. Dia bukan game ko cross dressing jadi haiwan ke (THAT IS WEIRD!) tapi kita berpeluang menjadi jadi Mayor untuk satu pekan kecil yang didiami oleh haiwan. Yup you read it right, Haiwan. BECAUSE HUMAN ARE ANNOYING AND NASTY! Imagine game macam The Sims ataupun Stardew Valley tapi lebih comel dan calming. 

So macam biasa Nintendo akan cuba untuk memerah duit peminat dengan buat miniature watak-watak dalam AN dan jual dengan harga mahal. Miniature ini dipanggil sebagai 'amiibo'.


'Sapalah nak beli kan?' korang fikir. BUT I HAVE 2 ALREADY!!! Ada 14 lagi kena kumpul. Demmit Nintendo. Why? Korang ingat semua ni berakhir begini saja? Nope. Nintendo rasa diorang boleh perah duit peminat lagi dengan release 100+ amiibo versi card untuk semua watak dalam AN.  


Puaka! This is Pokemon all over again. But don't worry guys. I will not buy the cards. It's too much. I will only be focusing on the real amiibo. OR AM I?

And of course masa ni dan-dan Funko Pop, (western type of amiibo) keluarkan edisi watak 'Lara Croft'.


COME ON LA!!

To be honest aku tak pernah terfikir nak beli benda-benda macam ni. But somehow aku dah terperangkap. I need this in my life!! Berangan susun semua ni dekat rak lepas tu pandang dengan hati yang puas. Jangan ingatkan aku amiibo Yoshi yang aku tak beli-beli lagi tu.

#3

Tahun ni aku cuba nak baca buku lebih banyak. At least sebulan satu buku. Tapi February dah nak berakhir, satu buku pun tak habis baca lagi. I don't know why this is happening. I used to read a lot of books. I used to be that contoh model program 'NILAM'. 

Macam last year aku dah siap beli tujuh siri Harry Potter (adoring their beautiful covers right now), dan berjaya habiskannya dalam tempoh 3 bulan lebih macam tu? Gila laju macam kena rasuk. Tapi selepas tu pace aku makin lama makin kurang lepas tu langsung berhenti. Aku cuba method setiap malam at least 2-3 pages pun jadi lah. Again tak menjadi. 

Aku rasa antara puncanya ialah sekarang aku lebih gemar dengar talk, discussion sama ada melalui video ataupun podcast. Durasi masing-masing pulak kalau tak 20-30 minit memang tak sah. Afterwards bila nak baca buku rasa letih dan minda pun dah penat berfikir. Terus tidur. Besides this, I do thing that selection of genre really plays some role here. Aku lebih terarah suka baca Young Teenagers punya section walaupun realitinya dah kertu. Kalau baca jenis lain dia akan start slow dan kena paksa diri untuk baca. Bila dah paksa-paksa ni mulalah tak best sebab pengalaman membaca tu instead of being fun dah jadi bebanan nak habiskan senaskah buku. Patricia Cornwell I'm looking at you. *berdendam*

Jadinya aku dah setkan sekarang kalau ada buku yang aku rasa not into it, aku just stop reading. Walaupun macam rugi sebab spent berpuluh ringgit tapi buat apa nak paksa diri baca? One thing for sure sebelum beli satu-satu buku tu aku kena survey sikit tengok kena tak dengan diri tak payah nak buat challenge 'Blind Date with The Book' sangat unless ko memang ulat buku semua boleh genre boleh masuk. 

One more thing! Magazine Natgeo January 2016 pun aku tak habis baca lagi! Walhal aku ada 11 edisi lagi kena habiskan. Rasa nak tampar diri rasanya. 

#4

So basically there are two things that I wanted to buy at McDonalds right now.

1.  Milo Mcflurry



Will it taste better than Horlicks Mcflurry?

2. Green Tea Frappe



Will it taste better than Starbucks Green Tea Frappuccino?

Now if only I could find nearest McDonalds in my area. 

Wednesday, 22 February 2017

Random Rants #6

Dia macam nak buat random rants tapi blur nak tulis apa. Boleh? Tapi, tak apalah nanti masa menaip point nombor satu tu nanti bertimbunlah idea aku nak merepek untuk point seterusnya. You know me.


#1

Aku waktu tengah aktif balik berblog ni kan tergerak hati nak jugak-jenguk blog yang aku follow dulu. Which was like 4 years ago. Makanya mestilah hampir 90% blog-blog yang aku follow tu dah tak aktif dan luput. Aku macam NOOOOoooo! Ada yang bertahun tak update, ada yang langsung hilang, ada yang dah tukar nama dan ada yang ko pergi tetiba blog tu jadi macam website pelik penuh iklan yang mencurigakan. Cuma 2-3 blog saje yang masih lagi bertahan itu pun update dia dah kurang. Tak semeriah dulu. 

So basically memang dunia blog dah tamat ke? Dah melepasi zaman 'Golden Age' ke? Ke sebab aku tak explore betul-betul sebab tu tak perasan? Mungkin dunia blogging masih lagi sama tapi dengan blogger baru (yang lebih muda dan lebih FRESSSH intipatinya). Please enlighten me with this.

Talking about this stuff aku saja lah check-check tengok blog lain (blogwalking secara liar), lepas tu terserempak beberapa blog yang macam banyak betul buat entri tunjuk jumlah hasil pendapatan blog mereka melalui iklan. Never mind. Mungkin dia nak kasi motivasi untuk para blogger untuk berusaha dapatkan apa yang dia dapat. Sumber inspirasi macam tu. But then aku tengok kandungan entri dia mostly banyak entri berkisar berita-berita semasa dengan artis. Lepas tu bentuk ayat macam mengundang fitnah betul seolah-olah copy paste dekat sumber lain. #SerkapJarang Bukan satu tapi banyak blog macam ni wujud lepas tu masing-masing iklan kencang lol. 

To be honest trend macam ni seolah-olah tak fair untuk blogger yang tulis beriya, kandungan mantap, tapi takde sapa nak bagi iklan dekat dia. Sudahnya blog yang betul-betul ada content tertimbus dengan wujudnya jenis blog mudah macam ni. Benda yang sama jugak terjadi dekat Youtube. Homai dekat sana pun lagi dasyat. Dengan tajuk video yang 'click bait' nya, lepas tu gambar cover video kalau boleh nak letak 20 anak panah merah ataupun bulat-bulatkan dekat certain area (apa yang dia bulatkan aku pun tak tau) ataupun letak gambar wanita berbody mengiurkan tapi isi video hampeh. But sadly video macam ni views dia berjuta weh. Tapi nak buat macam mana this is how our world works. (Bitter tetiba)

#2

"If you want to state your opinion without any opportunity for response, argument or pushback or growth, write a blog"

LOL. Really hit me deep inside. Walhal aku tak rasa aku jenis yang masa berbual akan dominate the whole thing. Maybe the word 'blog' there somehow drag me into this feeling. Oh, if you are interested to have a better conversation with other people, please do watch the video below. I really found it really informative and helpful.



#3

I should probably study Japanese back. Semakin lama terbiar semakin hilang macam tu saja pengetahuan yang sedia ada sebab jarang guna dan practice. Aku dulu ingat nak tangguh sementara dulu untuk fokus benda lain. Tapi macam dah lama sangat berhentinya. Tup tap tup tap dah setengah tahun!

Memandangkan aku bercadang nak start balik, aku ada satu idea. Do you guys want me to share with you any tips and tricks, references and maybe sometimes I will update what is my current Japanese learning progress? Macam ilmu ni kalau share lagi cepat kita ingat. Ecewah.

Dia bukan macam aku buat segmen "Nihongo bersama WZ sensei". Nope! Gila ko nak jadi cikgu online pulak. Udah-udahlah cukup jadi blogger pun terkejar-kejar nak update. Ini kan pula nak mengajar orang. More like aku senaraikan website yang bagus, ataupun suggestion favourite buku rujukan/latihan aku guna, apps aku pakai etc. Believe me aku pernah beli satu CD Japanese yang macam konon menjanjikan a very new, FRESSSH kinda way of learning Japanese. At the end I was cringing the whole time masa dengar CD tu. HAHA. IT WAS THAT BAD.


#4 

Last but not least do follow me on my other social networking sites seperti di Twitter dan InstaBahagia kalau rasa macam content dekat blog ni tak cukup and you need mOOOree!!

Monday, 20 February 2017

Diverge

Let's say that I'm not happy with what I'm doing right now. The term 'happy' itself can be subjective and different depends on individual. Some people can have a chocolate bar and can considered them self happy but to some, having a chocolate is not enough. It must filled with nuts and made with white chocolate. And maybe to some having one bite of chocolate is merely enough. Life is tricky I know. It can be more tricky if you do not know what is the purpose of your life. 

I've been constantly asking myself whether what I am doing all these years is really what I wanted in my life. Deep down in my heart I know it is not. But due to other commitments, I can't get out from this situation yet. Not now. Plus, when I look at to my surrounding, almost everyone didn't feel happy with what they are doing right now but still doing it for the sake of 'living'. I should be ok.

Almost a decade after that, it comes back. After repressing it for so long it haunts me back. Maybe it was triggered by recent changes that happened in my life. But why do I have this feeling? Why can't I just ignore it and just move with follow? Why there is so much resistance?

Perhaps I can't be like them. Like people from surrounding. I need to found out what is 'happy' meant for me. So I've decided to make a drastic decision to change my life. It is about time that I'm thinking about myself. Not from other people's view about happiness and applied it into my life. I'm not going to repress it once again and when it comes for the third time it's just to late to do anything. Let's be honest here when you are 40-ish and you feel like making major changes in your life, it is quite hard. Possible but hard. 

It is was risky decision. I know it. There are tons of possibilities that will happen next. I'm not going to sugar coat anything by saying that I'm not worried. I am. But at least for the first time in my life I'm going to take the lead and decided for myself where it is going to be next. Wish me luck.

Friday, 17 February 2017

Nintendo Switch And My Broken Heart

Let me get this straight to the point. I want a Nintendo Switch.

For the last past months, technically last year when Nintendo officially declared that the next gen of their game console will be called as Nintendo Switch, I knew that I need this thing in my life. But first thing first, some introduction. My first game device is Nintendo New 3DS XL (Let's called it as N3DS shall we. We are not going to waste either you or my time by typing that lengthy name) which was purchased by using my own hard work money back in 2014.

My first game console was neither PS2 nor Gameboy Colour like most common kids. My childhood was filled with me standing at the corner (alone) while watching people playing this thing on TV. I could not even dare to ask my father to buy this thing because it was waay too expensive. But fortunately he did indulge me with more practical toys. 

But I knew deep down in my heart when I saw a group of (untalented) people playing Mario on PS1 at the burger stall during Pasar Malam, that I was born as a gamer. Fast forward to almost 2 decades, I finally managed to have my own game device. Unfortunately, my dream game console would be something that can be played on TV. That is either PS4 or XBox. For your information, N3DS is a handheld game console and the main reason I bought it in the first place was because it is cheaper and it didn't need me to buy another additional stuff to play a game such as a TV.

Don't get me wrong, I love my N3DS. I highly recommended you guys to buy it. The game library is huuuuge and filled with amazing game titles to be chosen from. (If only I manage to play another game by moving on with Animal Crossing. It's been like what? 2 years? Help!). You will not regret yourself by buying it.

On January 2017 finally Nintendo decided to shed some light by sharing more information. Apparently it is a hybrid game console which you can play either by using a TV or play it as a handheld mode while on the go. DAMN IT! Basically now I can play game with beautiful visual which is far more superior than the visual on N3DS (Sorry. But I still love you) while at the same I can wait for my next year bonus to buy a TV. This is fantastic.

Just watch these video to feel and grasp the awesomeness of this device.


While waiting for 3rd March to arrived and blessing our world, I have calculated and create some budget plans. With a device that cost USD299 should not be a problem right. I can eat less, stay at home, fasting on Monday, avoiding any social events that cost money and if we translated it into our currency it should be around RM1,500 right? or at least max to RM1,700 right, right?

I WAS WRONG!

A few days ago some of the main game retailers here in Malaysia finally revealed the price.







EXPENSIVE NAK MATI.

Mind you that we can't buy the console alone but only together with 2 games hence the insane price. 

My heart shatters like glass. I'm sad. I can't play Zelda anymore. I can't imagine myself holding those colourful, vibrant joy-con anymore and dance my ass out to Dance Revolution 2017. At that price like that I can buy a freaking PS4 Pro which is waaay powerful compared to Nintendo Switch. But the Zelda game alone is just enough reason for me to buy this thing.

Just like Lady Gaga new song "Million Reasons"

Me: I've got a hundred million reasons to walk awaaaaay~~! But baby, I just need one good one to stay.
Switch: Legend of Zelda
Me: Ok.

But still, why are they doing this to me? Why everything must be expensive when it comes to region like South East Asia. Why Nintendo didn't want to have official distributors here? Why we must go through to some third party agent? WHY?

I guess I will wait maybe until next year for a price drop. And that time there will be variety games available. *sedapkan hati* Now back playing with Animal Crossing.

Wednesday, 15 February 2017

Endless Dark Pit

Macam biasa antara aktiviti harian aku ialah melayari YouTube untuk check out video-video yang interesting daripada list channel yang aku dah subscribe. FYI, aku dah lama tak tengok TV. So one video really grab my interest. It is from a channel called Simon & Martina. Mungkin sesetengah antara korang pernah dengar dan mungkin tidak. Below is the video if you interested enough to watch it.


Some brief explanation about the content of this channel. It is about a married couple named Simon and Martina doing some various videos of them experiencing thing while living in a foreign country. Dulu dekat Korea sekarang dekat Jepun. Now about this video. Korang dah boleh agak kan apa isi kandungan dia berdasarkan tajuk tu sendiri. But first aku nak highlight, Martina's personality is funny, lovable and full of life. Bila dia open up about her depression, I really felt it. Oh heck I didn't know that she has depression at all before watching this video.

Firstly, I never assumed myself having depression because it is not fair for people who really have it. Sebab sekarang ada rising trend bila orang senang sangat self classified of having depression padahal mungkin hanya perasaan sedih yang normal. Lepas tu mula seek for attention. Based from this trend lah yang aku rasa majoriti umat manusia di alam maya mula start salah anggap kalau orang depress ni sebenarnya suka buat 'pity party' untuk orang kasihan dia. It is bad sebab aku rasa awareness tentang depresi dekat Malaysia ni tak meluas mana. With this people creating this bad stigma, we are not going anywhere on how to educate people with this serious issue.

Again, I don't know that I have depression or not tapi yang pastinya aku ada insecurities aku sendiri dimana aku ada tulis mengenai isu ini. Mungkin perasaan insecurity ni tak sama dengan isu depresi tapi maybe it can leads to this illness.

Aku pernah berhadapan dengan satu situasi bila ada orang start judging kenapa certain orang sanggup buat keputusan yang tak munasabah (attempt suicide etc.) apabila satu-satu masalah timbul. Lepas tu beberapa bulan kemudian orang yang sama jokingly (maybe) said that dia rasa nak terjun bangunan sebab dia tengah runsing dengan masalah yang dia ada. See, you won't know the real thing until you feel it yourself.

Back again with the video, there is one word that struck me in my heart when she said,

"Why not do things that you wanna do if you willing to end it all?"

Monday, 13 February 2017

Voice Review Ep 1 "Medicine to Save Lost Lives"

Hai semua. Akhirnya. AKHIRNYA!! Review pertama berjaya dibuat dan dipublish walaupun asyik tertangguh banyak kali macam. I'm sorry. Tapi mesti korang tak sangka kan? Ingat aku hangat-hangat tahi ayam.

Sebelum kita pergi jauh ke dalam mengenai episode pilot 'Voice', meh aku kenalkan dulu watak-watak utama dalam siri ini berdasarkan judging skill aku. Jadi semua spekulasi watak adalah berdasarkan episode satu semata-mata dan mungkin some description akan berubah sama sekali apabila plot cerita mula berkembang.

Mungkin ada tertanya-tertanya eh bukan aku dah tengok ke cerita ni? Apa nak judging first impression bagai sebab dah habis tengok? Wahai kawan-kawanku sekalian, walaupun aku dah tengok beberapa kali drama ni, kadang-kadang sesetengah scene tu aku tak berapa ingat. To be honest ending dia pun aku dah lupa. Jadi jangan risau ya. Aku tak acah-acah berlakon dalam memberi review ini. Bagi Disclaimer sekejap.

Tapi sebelum tu ini adalah peringatan kepada semua. Kita akan memasuki kawasan spoiler. Jadi yang mana belum tengok sila elakkan diri daripada terus membaca. Tengok episode satu dahulu kemudian baru datang ke sini semula. Ataupun yang mana malas nak tengok pun tapi hati memberontak nak baca. Silakan. Ni jenis yang suka baca sipnopsis cerita dekat Wikipedia lah ni. Dasar.

****SPOILER TERRITORY*****














Kaji Daiki (Daiki)

Tengok sekali pun sudah tahu inilah hero cerita ini dengan ciri-ciri stand-out seperti style rambut model wax Gatsby warna Pink. Plus, dengan long jaket winter hijau yang macam menyerlah betul dari kejauhan. History Daiki ni agak kabur which is aku memang tak ingat langsung ada tak dalam mana-mana episode seterusnya ada mention pasal kisah peribadi dia. Sapa parents dia? Ada adik-beradik ke? Mysterious macam tu. Lepas tu pertemuan Daiki dengan Sagawa Sensei (Professor yang ajar subjek Forensic Pathology) macam tetiba sangat dan nak kata kebetulan pulak macam weird. Sebab first time diorang jumpa ialah masa kejadian accident kereta api 15 tahun lepas dan lepas tu boleh pulak jumpa balik dekat universiti yang sama. Kemudian suka-suka hati tarik nama Daiki ni dalam seminar ko dengan berpegang pada prinsip yang Daiki ni 'special'. Ko dah kenapa? Plus, mana dia tau Daiki ada belajar di universiti yang sama dengan tempat dia mengajar 15 tahun kemudian? Student beribu kan? Are you like stalking him?

Jawapan klise: Drama, biasalah.















Ishimatsu Ryosuke (Ryosuke)

Macam kawan baik Daiki, tapi aku tak sure sejauh mana rapatnya hubungan mereka. Kawan sekelas ke, BFF ke, rakan taulan ke. I don't know yet. Cuma bila orang yang jenis happy-go-lucky ni kan, bukanlah nak menyerkap jarang ke apa tapi aku selalunya berpendapat orang yang happy-happy sebenarnya dia lah yang paling banyak sekali pendam masalah. Sebab cara dia cope untuk atasi problem tu dengan cara be happy. Lepas tu muncul pulak scene dia macam tak agree certain thing dengan ayah dia. (Aku dah kata kan?)

Ayah dia pulak... (sigh) adalah tipikal seorang ayah yang jenis nak anak dia ikut jejak langkah dia ataupun jenis buat expectation siap-siap nak anak dia jadi apa. Of course aku paham hospital tu adalah legacy bapak dia. Mestilah nak anak sendiri yang mewarisi perniagaan tu. Tapi macam tak adil lah. Lain orang lain journey nya. Kalau dia betul minat sama fine, good for you tapi kalau yang nak kejar bidang lain? Nak paksa juga? Penat lah dah 2017 wei (walaupun cerita ni 2009). Lepas tu ko tengok lah Ryosuke rebel dengan tak nak amik seminar yang ayah dia suruh amik. Dia pilih seminar yang paling sendu sekali iaitu forensic pathology. Tak ke obvious tu?














Kuboaki Kanako (Aki)

Perempuan bermuka serius 24/7. Kalau dalam satu team tu semua dah setuju nak pergi lunch sushi, dia ni lah yang akan tak setuju lepas tu buat muka masam nak makan Pizza. Dia ni lah! Acah hati keras. Buat tembok tinggi-tinggi tak nak orang tau isi hati dia.














Kirihata Teppei (Teppei)

A comic relief punya watak. Mungkin tak nak cerita ni serius sangat. So wujudkan lah  watak kelakar sikit. Cuma dia ni pulak suka benar cakap tanpa berfikir dulu. To be honest I don't really care about him in the first episode. 












Hanei Akira (Hanei-kun)

Suka pukul Teppei. Bekas Yankie katanya. I also don't really care about him in this episode. Cerita ni macam serius sangat ke sebab kena ada 2 watak kelakar macam tu?

~~~~~~

Case Plot: Seorang lelaki mati secara tiba-tiba ditempat construction site dalam keadaan posisi yang pelik. 

Punca: Mangsa cuba menyelamatkan seorang budak sekolah yang ingin membunuh diri dengan terjun dari bangunan. Namun kepalanya terhantuk pada sebuah pasu semasa cuba untuk menyambut budak tersebut.


1. Daiki Awakening
Perasaan Daiki bila sedar yang nyawa seseorang boleh ditarik bila-bila sahaja tu aku macam terasa betul. Sebab to be honest aku tak suka dengar khabar berita ada kematian. Sebab aku rasa sedih bagi pihak orang yang kehilangan someone daripada family dia. Walaupun aku tak kenal orang tu secara rapat pun. Sebab tu bila dia kata semalam mangsa ni hidup tapi hari ni dah mati macam bagi kesedaran yang kehidupan kita ni pendek dan tidak dapat diagak. 

Lepas tu aku relate dengan diri sendiri. Esok kita dapat hidup lagi ke? Kalau kita bitter hari ni dan decide untuk happy esok tapi rupanya tak sempat rasa macam tak sia-sia ke? This really bugging me quite a bit for sometime. Imagine we stuck in one place/situation yang kita tak rasa happy langsung. Tapi kita decide untuk tak buat apa-apa dan plan dikemudian hari. Tapi sebelum waktu tu tiba, sempat ke kita nak mengalaminya?  

2. Redemption
Bila bekas isteri mangsa mula bercerita pasal anak mereka yang mati tu aku macam dah start sedih. Sebab aku tahu suami dia rasa dia rasa guilty sangat dalam isu ni. Walhal kita sebagai orang luar bila tengok situation ni tahu kematian anak dia tu takdir semata-mata. Tapi biasalah bila kita bukan ditempat orang tu macam-macam kita boleh kata.

Mungkin dengan selamatkan budak tu can be some form of redemption yang dia tak dapat selamatkan anak dia dulu. Sebab tu ada scene dia tersenyum masa berjaya selamatkan budak tu. 


Other rambling shit because I can:

a. Sagawa sensei punya decision untuk amik Daiki dari seminar lain masuk ke seminar dia. I'll be piss off weh kalau ada orang buat begitu. Tapi nampaknya Daiki cepat sangat redho terus macam ok lepas dengar penjelasan ringkas daripada Sagawa.

b. I don't like the idea macam director cuba nak mengajar kita, "Ok penonton semua. Ini adalah Daiki masa kecik ye. Jadinya saya akan pakaikan dia sweater hijau yang sama macam dia besar. So orang boleh lah cam dengan sekilas pandang!" Oh really budak tu sampai ke besar almari dia penuh sweater hijau ke?

c.


Style rambut Sagawa Sensei macam Nintendo Shiigeru Miyamoto. lol

d. Penjelasan untuk kes dia macam too abrupt. Biasalah kan kalau drama Jepun tak pelik kalau ada watak yang tiba-tiba dapat 'moment kesedaran'. Slowly dia immersed dalam fikiran dia (surrounding start kabur), making some connection dan terus dapat jawapan. Lepas tu bergegas lari keluar tanpa penjelasan dengan watak lain macam WTF ko kenapa? lantas mengejar dia. HAHA. 

e. Masa scene jumpa bekas isteri mangsa tu (which is tetiba sangat lagi) Daiki dia punya cerita over betul, menokok nambah tentang apa sebenarnya yang telah berlaku. Aku rasa part ni saja lah buat begitu supaya audience rasa bersimpati dan sedih bersama. And it works. Aku sedih. 

f.













I know what you are trying to do guuurrrrl! Plus anak director hospital kot. Cerah masa depan ko nanti. lol.

h. SOME PERFUME SHIT IS HAPPENING! Cool gila bila ada lab assistant dengar Perfume. The song his listening to is "Polyrhythm". You can check their awesome live performance HERE.

i. Assistant Sagawa Sensei. What a bitch. You are too pretty for this kind a job. 

j. Aku rasa dengan bunga yang budak cuba untuk bunuh diri tu dah cukup kut. To put yet another apology card is too much. Macam beriya ko nak suntik sentimen kesedihan kan? Tapi to be honest mesti budak tu akan guilty gila sampai besar sebab dah accidentally bunuh orang. It's going to haunt him forever!

Saturday, 11 February 2017

Senarai Ambassador Olimpik 2020 Jepun Dan Sedikit Ulasan Mengenainya

Mesti sudah ramai yang tahu Jepun akan menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik yang seterusnya. But more importantly not this game (personally by me) but benda-benda melagho seperti macam mana rupa design maskot kali ni? Artis mana akan perform untuk opening dengan closing ceremony? Apa rekaan logo dia? Since sports and me, well... they don't mix together very well. 

Walaupun tahun 2020 ada lagi beberapa tahun, Tokyo sudah pun bergerak proaktif dengan mengeluarkan senarai nama official ambassador dan you guys can expect some(!) recognizable faces in there!! Be aware that these ambassadors might be used only for commercial purpose only since they might come out and reveal the original mascot design sometime in near future. Come on lah kan Jepun dengan maskot mana boleh dipisahkan. They even have their own annual event to vote their favourite mascot. 


We've got Astro Boy, Sailormoon (which aku suka sebut sebagai seraaaa mooon), Crayon Sin-chan, Luffy (One Piece), Naruto, Jibanyan (Yokai Watch), San Goku (Dragon Ball) dan  Cure Miracle and Cure Magical (Mahou Tsukai Pretty Cure).

Being as a normal human being of course aku nak komen sikit lah pasal senarai list. Aku agak berpuas hati dengan nama-nama list ni (And that include Jibanyan) sehinggalah sampai ke Cure Miracle dan Cure Magical. Who the hell are these girls??! Where the hell is Mario? DORAEMON?? That overrated yellow mouse, Pikachu?? GUNDAM? Why? Whyyy?

Untik siapa-siapa  yang dispute kenapa Jibanyan daripada Yokai Watch boleh masuk sekali dalam senarai ni to be honest Yokai Watch is huuuuuuuuge right now in Japan. (Imagine Pokemon but with variety of ghosts) So kids will relate to it. While the rest tak payah kenalkan pun takpe, Dah memang terkenal pun. Tapi Cure girls whatever ni apa relevant dia? Hahaha. Is there any money involved in this list. #SerkapJarang

Anyhow, let's us embrace the list since 7 lagi maskot tu dah cukup nak promote this kinda stuff. Aku macam pejam mata sebelah lah kan. Mungkin jugak  tahun depan ke wave 2 punya ambassador akan keluar. We don't know yet. Makanya dengan pengumuman rasmi ini, pastinya akan keluar pelbagai jenis merchandise. Dimana pengunjung-pengunjung, otaku, fans, akan membeli benda-benda ni secara rakus padahal lekat gambar sahaja dekat mug ke apa. Oh heck aku pun akan beli kalau ada depan mata. -_-"

Oh guys, one more thing. Could you imagine semua watak-watak bergabung macam ni terjadi dekat Amerika? Contoh macam gabungkan Captain America, Ben 10, Wonder Woman, Spongebob, Transformers? Hell no, since dekat sana payah gila nak gabungkan dua watak yang terkenal daripada 2 syarikat yang berbeza. Inikan pula nak 6 kan? Tunggulah 2060 baru selesai agreement. Tapi dekat Jepun benda-benda macam ni tak lenient pun. Since they know by doing this it can benefit them more. Oh hail Japan comic industry!


What about you guys? Agree with the list or not? LUAHKANNYA!

Monday, 6 February 2017

Random Rants #5

Selepas beberapa hari tiada entry baru diblog, aku dah mula rasa gusar kalau mood malas langsung nak update blog datang merasuk tubuh kembali kemudian bila tengok kalendar dah masuk bulan March. Jadi macam biasa kita akan buat Random Rants untuk menyelamatkan keadaan! *Keji*


#1 

Kalau siapa-siapa yang follow blog ni mesti sudah tahu ada some sort of mini project yang aku ada announced 3-4 hari lepas. Kalau ikutkan sebenarnya project ni tak termasuk pun dalam list a few project yang aku cadang nak buat untuk tahun ni. Dia datang tiba-tiba. Terus rasa nak buat. Kemudian dengan yakinnya siap ada schedule lagi dekat bawah. Tu yang tak boleh blah ingat macam boleh ditepati ke? Sebenarnya setiap episode review tu aku dah ada tarikh dia aku setkan. Kemudian last minute aku decide letak disclaimer TBA instead. Dan aku bersyukur gilaaa dengan keputusan tu sebabnya sekarang aku terkial-kial nak siapkan the first review. Kalau ikutkan dah lewat beberapa hari dah ni. lol

The problem is sekarang ialah bila dah tetiba buat project ni dengan ko tak ada plan bagai. Susah sikit, Since ko tak buat certain guide nak buat review ni jenis macam mana. Nak buat versi formal ke? Ada gambar ke? Tulisan saja ke? Nak describe plot ke ataupun nak highlights main scene saja ke? And I was like 2-3 kali delete, redo certain thing sebab rasa tak kena dan nampak pelik.

Aku boleh saja buat 'follow the flow' punya style, taip apa yang rasa time tu. Janji siap. Tapi aku tak rasa aku boleh buat macam tu.  Kalau buat benda saja-saja (half-ass) baik tak payah buat ye tak? O think this is definitely one of my strength yet can be one of my major weakness. Sigh. Sebab terlalu kritikal sangat progress nak siapkan sesuatu tu jadi slow sangat. But don't worry,(Macam ada orang tertunggu-tunggu pula kan?), I can assure you yang dah 70-80% completed. Eceh. Macam nak yakinkan shareholder pulak bagi number-numbe ni.

#2 

I am so desperately wanted to do a food review right now. Sebab my writing core, my passion when doing this blogging thingy used to be all about food. Tapi sejak makin matang ni (alternatif perkataan untuk sejak makin tua ni), makin banyak pula buat post membebel about life. And to be honest perut aku yang dulu dikenali sebagai 'The Mighty Four Perut' dah makin mengecil sekarang dan senang kenyang. So I don't do cafe/restaurant hopping anymore as frequent as I used to. Plus, dengan lokasi aku berada sekarang macam tak mengizinkan aku untuk berhuha-huha untuk ke cafe-cafe hippppstur. I'm sad. Do you miss my food entry? So am I.

Tapi I might drop one entry in the near future. *kekening* (Sebut near future macam lagi 5-10 tahun kemudian). Ataupun ayat yang paling aku menyampah. Coming soooon. Soon bilanya!

#3

Can I have a few moments please. Cuba tengok gambar dinosaur kat bawah ni.

His name is Yoshi. Yoshi ialah salah satu watak dalam dunia Nintendo dimana dia ada his own game sendiri which is I don't give a ffuuu abaout it. Sapa yang nak main dia ni? A downgraded version of Barney with shoes! Puh-lis. 

Until I saw this clip.


Hati melonjak-lonjak mengatakan Yoshi sangat comel disaat dia mengeluarkan suara 'Yoshiiiiii!' tetapi fizikal luar maintain tenang.

Lepas tu clip ni pulak muncul.



I'm done. Where can I get this game? And you know what that bloody Nintendo want to squeeze our money into their pocket by releasing these Yoshi amiibo.


Yoshi in a form of wool is everything and my inner child is burning and screaming. I NEED TO HAVE THIS. Plus, I might buy his new game; Poochy & Yoshi's Wolly Word.

Below is the preview of 12 minutes for this game.


Bunyi Yoshi cuba terapung diudara atau bunyi macam dia nak berak tu lol. is cutest thing I've heard in a while.

#4

Am I the only yang fikir kalau nak buat satu-satu benda kalau boleh senyap dulu kalau jadi dah siap semua baru hebahkan pada orang ramai. Kalau cerita awal-awal macam jinx pulak nanti tak menjadi. Sebab tu aku selalu diamkan certain thing dulu. Contoh kalau aku bercadang nak buat benda A, lepas dah sampai satu peringkat baru hebahkan.

Mula-mula duk heboh kepochi satu kampung cerita nak buat lepas tu tak jadi, Malu woi, And I don't want that thing to happen to me. What do you think about this? Aku ada terfikir masa bulan Januari lepas nak list semua possible benda yang aku nak buat dalam blog ni untuk tahun 2017. Which is I'm gladly not doing it. Tapi at the same time rasa nak bagitau sebab nak bagi reader (ada ke?) excited bersama-sama. Tapi kalau anda ada mata tajam macam helang you might notice some hints I drop here and there. Kalau perasan lah. 

Thursday, 2 February 2017

PERFUME Special!: Membebel Macam Mak Nenek Tentang Cover 'Tokyo Girl'

Selepas full album 'Cosmic Explorer' yang dilancarkan pada April tahun lepas (dimana aku ada janji nak buat full review pasal album ni tapi macam biasa janji telah dicapati), Perfume akhirnya tersedar dari lamunan dan akhirnya release single baru yang berjudul 'Tokyo Girl'.

And here are the covers for both Limited Edition and Regular Edition respectively:

Regular Edition

Limited Edition

Love the outfits (The hats look so dangerously runcing rasanya kalau masuk mata boleh buta, but I still can deal with that), the choice of colour is vibrant, love the transparent glass boxes, but I just can't with the font. Especially the Limited Edition one. Font tu nampak benar direka oleh designer yang telah dipaksa menggunakan set geometric yang telah dicuri dari budak sekolah teknik untuk subjek lukisan kejuruteraan. Lepas tu dia tepek pulak font tu dekat dalam kotak purple tu. No! No! You making this looks cheap. The Regular Edition is clearly the winner. At least dia clean and simple. Plus, ko tengok Nochi punya pose, awat bending awkward macam tu. Bontot tu macam keluar dari propotion yang sepatutnya. (lol). While A-Chan as always giving us that inspired but tired stare again and Kashiyuka pose is alright.

Bila sebut Tokyo first thing aku bayang ialah menara Tokyo (ok you can see that clearly drawn dekat huruf 'T' but still!) dengan pemandangan sebuah bandaraya yang dipenuhi dengan limpahan cahaya lampu. But with this, I don't see any Tokyo-ness? Posing in a simple photo set don't give me any Tokyo vibe at all. Adakah team Perfume on budget? Adakah mereka tiada masa nak shot dekat luar? Adakah team Perfume rasa burned out dan fed up untuk come out dengan design baru? Adakah intern yang pitch idea ini? Adakah top management memberi guide terlalu ketat untuk single kali ini? So many burning questions! 

Aku usually akan pre-order Limited Edition but the style really don't give me any excitement at all dan 15 hari bulan Februari, hari single keluar semakin hampir ye rakan-rakan semua. I SHOULD HAVE ORDERED MINE NOW! But I have second thought tho that maybe, just maybe I'll skip for this release and wait for the next single? I don't know. Let's hope that the song itself will sounds good and the choreo is going to rip my head off.

Wednesday, 1 February 2017

Mini Project Announcement!

Aku rasa guilty betul lepas entry Januari lepas yang macam positif bagai lepas tu blog ni pun senyap tanpa sebarang entry baru. To be honest a lot of things happened after that. A lot. Life ni for my experience, lagi ko rebel lagi kaw-kaw dia kenakan kau balik. Satu, satu dia datang tanpa belas kasihan. lol. Plus with limited internet coverage makes me feel less enthusiast to write anything. But again, kalau aku nak tak kisah lah macam mana pun mesti akan cari jalan nak update kan. Again, excuses.

Alright. Since aku tak nak bazirkan bulan Februari begitu sahaja, aku bercadang ehem.. this mini project is soo risky coming out for me yang susah nak maintain schedule post.. untuk buat episode review untuk drama. I mean review dan discuss acah ilmiah dan bersahaja (lol) pasal setiap episod untuk drama terpilih. Dari dulu lagi aku memang teringin betul nak buat entry macam ni. Sejak dari 2009 lah. Nampak tak? Dah lama teringin. I guess this is going to be one time only sebab I don't think I'm going to have the same amount of time doing this masa bulan March ni.

 So below are some of description about this mini project:

1. Drama tersebut seharusnya drama yang ada satu season saja. Kalau ada 10 season matilah naaak nak buat semua. Plus rasa tergantung kalau buat satu sahaja. So no Criminal Minds, no Game of Thrones ok.

2. Episode dia kalau boleh sikit lah. Kalau 22 episode (matilah naaak sekali lagi) nak review. Boleh buih mulut aku sambil taip semua 22 episode tu. So no The Good Wife, no The Flash. Sorry.

3. Every episode aku cadang akan buat post review selang 2-3 hari. Sebab tu aku prefer drama yang yang episode sikit so that around end of February/early March semua boleh habis. (HOPEFULLY!)

4. Review dia bukan format yang aku akan review dari awal cerita sampai habis. Aku akan point dan highlight scenes yang aku rasa interesting. Kalau ada yang tertinggal boleh dibawa bincang ke ruang komen.
4. Sit tight and enjoy. :)

Ok, sekarang masa yang dinanti. Drama yang dipilih untuk project ini ialah...


VOICE (ヴォイス)

One of my favourite Japanese medical related drama yang aku rasa begitu wajar untuk dibebel bersama. Seingat aku, aku dah tengok 2 ke 3 kali drama ni dan setiap kali rasa tersentuh tengok. Thanks to my short term memory kadang-kadang aku tak teringat pun ada scene tu. Dengan syarat langsung tak tengok drama tu pada jangka masa yang lama.

Oh this one is waaaay back masa 2009. Dah 8 tahun punya cerita. Rasanya aku tengok first time masa uni, time tu final exam lepas sedih saja. Entah lah stress exam ke apa cepat betul tersentuh. Then again after second watch lagi teruk. lol. Makin tua makin hati cepat benar terasa. Btw cerita ni bukan emosi heavy macam 100 Liters of Tears tu cuma ada certain aspect as a human, the relationship between people aku boleh relate atau faham. Tengok orang lah, ada certain tengok cerita ni biasa-biasa je. (This would be me kalau tengok masa zaman remaja. Hard cold stone). Sama lah masa aku tengok The Conjuring ada certain scene orang duk terjerit-jerit tapi aku boleh pulak gelak sebab macam kelakar.

Kalau sapa2 dah tengok cerita ni a big thumb up to you. Let's watch it together again. Manakala yang belum, please do join me by watching it. I insist! 

Sedikit sipnopsis pasal cerita ni, to spice thing up. Drama ni pasal satu group student medikal (5 orang) yang buat short seminar forensic pathology. Forensic pathology ni pasal course mengkaji punca orang tu mati. Macam CSI tapi more tone down kind a vibe dimana dia tak guna teknologi canggih dan lebih fokus pasal mayat tu sendiri. And they go beyond that. Trying to encrypt this.. a some sort of last message from the dead body to their living relatives.

Interesting right? Tapi aku agak gusar jugak nak buat project mini ni. Based from my track record hehehe susah sikit nak habiskan. Nanti episode 1 post bulan Feb episod 7 akhir tahun 2017. But please do spam me through all my social network kalau dah nampak macam petanda-petanda waktu post tak konsisten and demand me to post this thing. Hahaha. 

So here is the schedule:

Episode 01 'Medicine to Save Lost Lives'  (13/2/2017)*

Episode 02 'Man Carrying Eggs Electrocuted' (TBA)*

Episode 03 'The Cause of Mother's Death Fifteen Years Ago' (TBA)*

Episode 04 'My Best Friend on the Autopsy Table' (TBA)*

Episode 05 'Unseen Scoop Photograph' (TBA)*

Episode 06 'Anticipated Inpatient' (TBA)*

Episode 07 'Life-Threatening Special Time Sale' (TBA)*

Episode 08 'The Flame That Cannot Be Erased' (TBA)*

Episode 09 'The Death of A Man Who Understood The Rain' (TBA)*

Episode 10 'The Last Biggest Match' (TBA)*

Episode 11 'Time of Parting, Our Tomorrow' (TBA)*

I'll update all the links here as soon the entry is up. We will treat this entry as our main database ok. Wish me luck.

(UPDATE) 11/2/2017: Aku buat keputusan untuk buat post review as weekly basis. Untuk buat selang 2-3 hari sangat burdensome aku rasa plus nanti blog jadi macam ni hilang arah tuju manjang post review drama. Dan aku akan set kan tarikh untuk bila post itu akan keluar. Dah tak ada TBA bagai. Haha

(UPDATE) 27/5/2017: Mati la naaaak. Dah beberapa bulan berlalu review episode no 2 tak kunjung tiba. Aku try my best to to finish this stuff sebab macam apa ntah buat kerja tak habis ni. Tak senonoh. So aku akan reschedule tarikh publish tu semua. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...